pasigrafi | (Lin) sistem tulisan yg menggunakan lambang yg diterima secara meluas dan tidak terbatas kpd sesuatu bahasa tertentu, mis sistem angka Arab, 1, 2, 3…. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Arab | 1. bangsa yg berasal dr semenanjung besar barat daya Asia; 2. bahasa yg dituturkan oleh bangsa ini, yg merupakan bahasa al-Quran; mengarabkan menjadikan atau menyebabkan seseorang atau sesuatu mengikut atau bertukar kpd ciri (nilai, pengaruh dsb) Arab: kita tidak bermaksud hendak ~ bahasa Melayu; kearaban (yg) memperlihatkan ciri (pengaruh dll) Arab: syair dagang, syair Burung Pingai, dll mempunyai isi yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ta | 1. huruf ketiga abjad Arab (mempunyai nilai 400); 2. huruf ketiga abjad Jawi; ~ marbutah huruf ta di akhir kata tulisan Arab (Jawi) yg boleh menjadi ha besar atau ta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gambus | 1. sj kecapi Arab yg bertali enam (dimainkan dgn iringan gendang); 2. = orkes ~ Id pancaragam yg terdiri drpd gambus, harmonium dsb yg memainkan lagu-lagu Arab; lagu ~ lagu yg dimainkan oleh pancaragam gambus; tarian ~ tarian dgn iringan gambus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
liga | 1. persatuan atau persyarikatan (antara negara-negara dll); L~ Arab persyarikatan negara-negara Arab; 2. persatuan kelab sukan yg menganjurkan perlawanan antara pasukanpasukan ahli yg sama tarafnya: ~ bola sepak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Jawi | Melayu. ~ peranakan peranakan orang Melayu dgn orang Arab atau dgn orang India. huruf ~ huruf Arab dgn beberapa huruf tambahan yg digunakan utk menulis dlm bahasa Melayu. menjawikan 1 menterjemahkan ke dlm bahasa Melayu. 2 menulis dgn huruf Jawi. penjawian perbuatan atau proses mengalih atau mengubah sesuatu makalah, buku dsb ke dlm tulisan Jawi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
zal | 1. huruf kesembilan abjad Arab (mempunyai nilai 700); 2. huruf ke-10 abjad Jawi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jim | 1. huruf kelima abjad Arab (mempunyai nilai tiga); tahun ~ tahun ketiga drpd tahun yg kelapan (dlm daur kecil); 2. huruf kelima abjad Jawi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sa I | 1. huruf keempat abjad Arab (mempunyai nilai 500); 2. huruf keempat abjad Jawi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kha | (khO) 1. huruf ketujuh abjad Arab (mempunyai nilai 600); 2. huruf kelapan abjad Jawi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |