Asyura | ; hari ~ hari yg kesepuluh dlm bulan Muharam yg disambut oleh orang Islam dgn berpuasa sunat (berkenduri tahlil dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bubur Asyura | bubur drpd campuran berbagai-bagai bahan yg dibuat pd hari Asyura, iaitu hari yg ke-10 dlm bulan Muharam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bubur | sj makanan (drpd beras, jagung, kacang hijau, dll) yg lunak dan berair; ~ Asyura bubur drpd campuran berbagai-bagai bahan yg dibuat pd hari Asyura, iaitu hari yg ke-10 dlm bulan Muharam; ~ ayam bubur nasi yg mengandungi daging ayam; ~ kacang hijau bubur drpd campuran kacang hijau, gula, dll; ~ kanji (ayam) bubur nasi (ayam) yg dibubuhi bawang dan rempah-rempah lain; ~ lambuk sj bubur nasi yg dicampurkan dgn sayur-sayuran, isi ikan, dll; ~ sumsum bubur drpd tepung beras; kurang-kurang ~, lebih-lebih sudu prb a) perkara kecil yg dibesar-besarkan orang; b) sedikit pengetahuan tetapi cakap besar; nasi sudah menjadi ~ prb sesuatu (perbuatan dll) yg sudah terlanjur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hari Asyura | hari yg kesepuluh bulan Muharam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hari Asyura | hari yg kesepuluh dlm bulan Muharam yg disambut oleh orang Islam dgn berpuasa sunat (berkenduri tahlil dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bulan Sura | bulan yg pertama dlm tahun Islam, bulan Muharam; ®Asyura. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Sura | ; bulan ~ bulan yg pertama dlm tahun Islam, bulan Muharam; ®Asyura. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hari | 1. masa dr matahari terbit hingga matahari terbit sekali lagi (masa sekali bumi berpusing pd paksinya, 24 jam): ada tujuh ~ dlm seminggu; ~ Ahad (minggu), ~ Isnin, ~ Selasa, ~ Rabu, ~ Khamis, ~ Jumaat, dan ~ Sabtu; 2. = siang ~ masa dr matahari terbit hingga matahari terbenam: dua ~ dua malam; hari ini kami bekerja setengah ~; tengah ~ waktu ketika matahari sangat tinggi; 3. bahagian dr masa antara matahari terbit hingga matahari terbit sekali lagi; malam ~ bahagian sebelah malam; pagi ~ bahagian sebelah pagi; petang ~ bahagian sebelah petang; 4. keadaan (alam, cuaca, udara, dll): kerana ~ hujan, dia tidak keluar rumah; apabila aku balik dr hutan, ~ pun sudah malam; 5. masa kerja dlm satu hari: dia mendapat gaji tiga ringgit satu ~; gaji ~ gaji berdasarkan bilangan hari seseorang itu sebenarnya bekerja; 6. masa yg lalu atau yg akan datang: dia telah membeli sebuah rumah utk ~ tuanya; belakang (kemudian) ~ masa yg akan datang; tempoh ~ dahulu; ~ acara Id ark hari diadakan pemeriksaan perkara; ~ akhirat = ~ kemudian masa sesudah berakhirnya kehidupan di dunia yg ada sekarang ini; ~ Asyura hari yg kesepuluh bulan Muharam; ~ baik bulan baik Hari Raya (Krismas bagi orang Kristian, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji bagi orang Islam, perayaan Tahun Baru bagi orang Cina, Deepavali bagi orang India, dsb); ~ bapa hari (pd Ahad ketiga dlm bulan Jun) utk mengenang atau memperingati jasa bapa; ~ batal ark = ~ jatuh Id waktu yg ditentukan sbg had yg terakhir bagi membuat sesuatu tuntutan dll; ~ besar hari yg dirayakan kerana memperingati sesuatu peristiwa penting; ~ bulan tanggal, tarikh; ~ Buruh hari cuti am sbg penghormatan kpd kaum buruh; ~ depan (nanti) masa yg akan datang; ~ gaji hari para pekerja dibayar gaji atau upah, mis pd akhir setiap bulan dsb; ~ guru hari (pd 16 Mei) yg disambut utk mengenang atau memperingati jasa guru; ~ ibu hari (pd Ahad kedua dlm bulan Mei) utk mengenang atau memperingati jasa ibu; ~ ibu bapa hari perayaan sekolah (ibu bapa dijemput); ~ jadi = ~ lahir hari memperingati lahirnya seseorang; ~ Jumaat Besar Id hari kematian Jesus; ~ kebangkitan hari apabila manusia dibangkitkan (drpd mati) utk dihisab segala amalannya dan diberi pembalasan; ~ Kebangsaan hari (yg tertentu tarikhnya) yg dirayakan oleh seluruh rakyat sesebuah negara sbg memperingati kemerdekaan dsb; ~ kelepasan = ~ libur hari cuti, hari rehat; H~ (Memperingati) Kekasih hari (pd 14 Februari) yg diraikan oleh pasangan kekasih, suami isteri dsb, yg juga dikenali sbg Valentine’s Day; ~ Kemerdekaan = ~ Merdeka hari menyambut atau memperingati kemerdekaan negara; ~ keputeraan hari lahir (nabi, raja); ~ kerja hari orang biasanya bekerja (bukan hari cuti atau hari minggu); ~ lebaran Id Hari Raya; ~ mahsyar = ~ hisab hari diperhitungkan segala dosa dan pahala manusia di akhirat; ~ matahari hari yg panjangnya ditentukan oleh matahari; ~ muka hari depan; ~ Natal hari jadi Jesus; ~ Pahlawan hari memperingati pahlawan yg terkorban; ~ pembalasan hari apabila manusia menerima balasan atas segala amalan baik dan buruk di dunia; ~ penamaan (calon) (Udg) hari yg ditetapkan utk menamakan calon pilihan raya; ~ perniagaan hari berlakunya urusan atau kegiatan perniagaan; H~ Raya a) = H~ Raya Puasa (Aidilfitri) hari yg dirayakan sesudah puasa (pd 1 Syawal); b) = H~ Raya Haji (Korban) = H~ Raya Aidiladha hari besar Islam yg dirayakan pd 10 Zulhijah (selepas berhenti di Arafah); ~ sekolah hari waktu bersekolah; ~ syak hari yg mungkin 30 Syaaban dan mungkin juga 1 Ramadan (belum pasti mula wajib berpuasa bagi orang Islam); ~ tasyrik hari yg disunatkan menyembelih korban (11, 12 dan 13 Zulhijah); ~ tua masa seseorang sudah tua; ~ ulang tahun hari yg bertepatan dgn hari bulan dan bulan seseorang dilahirkan, atau sesuatu (perkahwin- an, penubuhan organisasi dsb) berlaku: ~ ulang tahunnya adalah pd 1 Januari; pasangan itu menyambut ~ ulang tahun perkahwinannya yg ke-50; ~ wuquf hari jemaah haji berhimpun di padang Arafah (9 Zulhijah); ~ baik (pagi) dibuang-buang, ~ buruk (petang) dikejar-kejar prb membiarkan peluang yg baik berlalu, kemudian apabila sudah terlambat baru terkejar-kejar; ada ~ ada nasi prb selalu akan beroleh rezeki sekiranya masih hidup; ia sepanjang ~ janji sepanjang jalan prb mudah mengucapkan janji tetapi sukar menepatinya; sehari satu hari; ~ dua satu atau dua hari, beberapa hari; ~ suntuk sepanjang hari; ~ tumbas Kl sehari suntuk; raja ~ pengantin (pd hari perkahwinan);seharian sepanjang hari (dr pagi hingga petang), sehari suntuk, sehari-harian: doh itu dipotong dan dijemur ~ hingga benar-benar kering sebelum dibungkus; kadang-kadang doktor sendiri tidak makan ~;sehari-hari tiap-tiap hari, saban hari: barang keperluan ~; sehari-harian seharian: dia merasa tersangat letih selepas bekerja ~; berhari; ~ minggu bersenang-senang pd hari minggu; ~ raya merayakan Hari Raya dll; berhari-hari beberapa hari: kadang-kadang dia pergi ~ lamanya; berhari-harian beberapa hari penuh: buruh yg mogok berpiket ~; harian 1. setiap hari; buku (catatan) ~ buku utk dituliskan catatan hari-hari; buruh (pekerja) ~ buruh yg dibayar mengikut berapa hari dia sebenarnya bekerja; catatan ~ catatan tentang apa yg berlaku setiap hari; Maktab (Pusat) Latihan ~ maktab (pusat) latihan guru-guru sekolah rendah; pengurus ~ Id pengurus yg mengerjakan urusan hari-hari; perintah ~ pemberitahuan panglima kpd pasukan-pasukannya; suhu ~ hitung panjang suhu tiap-tiap hari; 2. (diterbitkan) setiap hari (bkn akhbar): ~ Utusan Melayu; perharian hal mengira bilangan hari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |