Bangsa II | ; ~-~ Bersatu pertubuhan antarabangsa yg dianggotai oleh negara-negara merdeka yg bertujuan memelihara keamanan di dunia dan mewujudkan kerjasama antarabangsa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
saing II | banding, imbang, tanding: gadis yg hemat selalu mendalihkan lamaran orang yg bukan ~nya dgn pelbagai helah; sesaing Mn sebanding, sepadan, setanding; bersaing, bersaingan atas-mengatasi, dahulu-mendahului, berlawanan berlumba-lumba: orang-orang Melayu telah bergerak hendak bangkit ~ dgn bangsa-bangsa yg maju; menyaingi menandingi, melawan (atas-mengatasi dll): spt anak dagang yg serba miskin cuba-cuba ~ orang terkenal; saingan tandingan, lawan: Rusia dan China Komunis tidak lagi mendapat ~ dr Amerika Syarikat dlm memberi bantuan ekonomi kpd Yaman; persaingan perihal bersaing, perlawanan (utk atas-mengatasi), pertandingan: getah asli sekarang ini sedang menghadapi ~ yg kuat drpd getah tiruan; pesaing orang (pihak dll) yg bersaing(an): dlm era tersebut syarikat perfileman Amerika telah menguasai hampir keseluruhan pasaran dunia dan berjaya menangkis ~ lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Serani II | Kristian; air ~ air suci (dlm agama Kristian utk pembaptisan); masuk ~ memeluk agama Kristian; orang ~ a) orang yg beragama Kristian; b) orang peranakan drpd bangsa Eropah dgn bangsa Asia (Eurasian); c) sl orang Portugis; menyeranikan 1. menjadikan Kristian, mem-baptis(kan), memandikan (dgn air Serani); 2. Id mengahwini dgn sah (orang Eropah yg memperisteri orang Indonesia); keseranian hal (sifat, keadaan dsb) yg ber-kaitan dgn Serani; penyeranian perihal atau perbuatan menjadikan seseorang Serani, pengkristianan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Banjar II | suku bangsa campuran yg berasimilasi drpd Melayu, Jawa, Ngaju, Maayan dan Bukit, yg berasal dr Kalimantan Selatan, Indonesia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rukun II | 1. tenang dan tenteram, aman (perhubungan, persahabatan, dll), tidak bertengkar dll: ia ingin kembali hidup ~ dgn isterinya; hidup ~ damai dlm masyarakat berbilang bangsa di Malaysia; 2. bersatu hati, bersepakat, berseia dan bersekata: ingin memberikan sumbangan kita supaya semua bangsa di dunia ini hidup ~; 3. persatuan yg bertujuan utk bantu-membantu; ~ kampung Id persatuan penduduk kampung; ~ tani Id persatuan kaum tani; ~ tetangga Id persatuan antara orang-orang yg berjiran (bahagian drpd rukun kampung); merukunkan 1. menyebabkan damai (aman dll), mendamaikan: siapa yg dapat ~ dua beradik yg berselisih itu? 2. menjadikan bersatu hati (bersepakat dll), menjadikan bersepakat: penduduk tempat itu tidak dapat dirukunkan dgn cakap-cakap biasa sahaja tetapi harus dgn usaha-usaha yg positif drpd kerajaan; kerukunan 1. perihal hidup rukun, kesepakatan: ~ hidup dlm masyarakat; 2. perasaan rukun (bersatu hati). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Batak II | ; orang ~ a) orang asli; b) suku bangsa yg hidup di Sumatera; bersesalan bagai ~ lari prb jikalau di dlm suatu kelompok terjadi bencana, maka satu menuduh yg lain yg bersalah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rubah II | ark; merubah menjadikan lain drpd yg asal, mengubah: ia ingin ~ penghidupannya; kebudayaan Islam telah ~ perwatakan bangsa manusia; ~ perangai menukar perangai; perubahan perihal berubah; ® ubah I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sepit II | 1. = sepit-sepit sj tumbuhan (herba yg menjalar), gelang laut, sesepit, Sesuvium portulacastrum; 2. sj tumbuhan (pokok), bangsa jantan, hal(e)ban, leban, leban bunga (hitam, kunyit, nasi, pelanduk, tanduk), tam-pang besi, Vitex vestita; 3. sj tumbuhan (pokok), Ormosia microsperma. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bentur II | ; berbenturan berlanggaran, berhantukkan, bertumbukan; membenturkan melanggarkan, menghantukkan, menumbukkan;terbentur 1. terlanggar, terhantuk, tertumbuk: kakinya ~ batu; 2. terhalang, terhambat, gagal: maksudnya selalu ~;perbenturan perihal berbenturan, pertentangan, perlanggaran: ketegangan dlm kehidupan bangsa yg sedang berkembang, diakibatkan oleh ~ antara aspirasi ekonomi moden dgn aspirasi kebudayaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
undang II | ; undang-undang 1. sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yg digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yg berkenaan: dlm sesebuah negara demokrasi, parlimen membuat ~ yg mesti diikut oleh setiap orang; 2. peraturan yg digubal utk sesuatu perbadanan (perkumpulan, persatuan, dll) oleh orang-orang tertentu: tiap-tiap ahli hendaklah patuh kpd ~ persatuan ini; 3. Id rumusan yg dibuat berdasarkan hukum alam (dlm ilmu sains dll), hukum: ~ Boyle; ~ Newton; ~ adat amalan yg diikuti turun-temurun di sesebuah kawasan atau dlm sesuatu masya-rakat, yg diterima sbg undang-undang di kawasan atau dlm masyarakat tersebut; U~ Anak Negeri undang-undang yg berkaitan dgn peribumi di Sabah dan Sarawak mengikut konteks Perlembagaan Persekutuan; ~ antara-bangsa undang-undang yg mengatur per-hubungan antara negara; ~ awam undang-undang yg berlaku utk seluruh rakyat (tidak berkaitan dgn jenayah); ~ darurat undang-undang yg dikuatkuasakan dlm masa berlaku-nya keadaan darurat sahaja; ~ dasar Id perlembagaan; ~ hukum pidana Id undang-undang yg menentukan hukuman utk perbuatan jenayah; ~ jenayah undang-undang mengenai perbuatan jenayah (spt bkn perbuatan me-rompak, membunuh, dll); ~ kecil undang-undang atau peraturan yg dibuat oleh pihak berkuasa atau agensi pentadbiran, mis pihak berkuasa tempatan, perbadanan dsb, yg diberi kuasa berkanun atau kuasa undang-undang; ~ pentadbiran undang-undang yg berhubungan dgn kuasa, kewajiban dan tatacara sesuatu agensi pentadbiran; ~ tubuh peraturan dasar yg mesti dipatuhi oleh ahli sesuatu pertubuhan dll; berundangan; pandai ~ Mn a) mengerti benar (memahami benar-benar) tentang adat; b) pandai berbicara; mengundangkan 1. menjadikan sbg undang-undang, menentukan atau menetapkan sesuatu berdasarkan undang-undang; 2. mengumum-kan undang-undang kpd orang ramai, menye-rantakan undang-undang; memperundangkan menjadikan sesuatu undang-undang: segala hukum yg diper-undangkan oleh Allah ke atas hambanya; undangan; majlis (dewan) ~ majlis (dewan) yg menggubal undang-undang; perundangan 1. yg berhubungan (berkaitan) dgn atau berasaskan undang-undang: meng-gunakan Bahasa Melayu sepenuhnya termasuk bidang ~ dan kehakiman; suatu sistem ~, ekonomi, dan politik yg menyeluruh; Islam ialah agama ~; 2. kumpulan undang-undang, keseluruhannya yg berkaitan dgn undang-undang: Yang di-Pertuan Agong sbg lambang sumber segala ~ Malaysia; sikap sedemikian adalah bertentangan dgn ~ Islam; perundang-undangan perundangan; pengundang-undang orang yg menggubal undang-undang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |