tegak | 1. berdiri: lambat amat ibu ~; 2. lurus ke atas (garisan, tiang, sikap badan, dll): dia berdiri ~; 3. tidak berbengkang-bengkok, lurus, tepat (pandangan): gunakan benang halus dan jarum halus supaya ~ jahitannya; 4. ki tetap tidak berubah, tetap teguh (pen-dirian dll): mereka tetap ~ dgn pendirian mereka; 5. = setinggi ~ sama tinggi dgn orang berdiri, sependiri; 6. wujud dan berkembang (sesuatu yg abstrak): mereka menganggap bahawa agama itu ~ di atas sangkalan ter-sebut; ~ cancang tegak lurus (letak telinga binatang dll); ~ damar tempat memasang damar; ~ duduk sekejap berdiri sekejap duduk (gelisah); ~ ekor menunjukkan keberanian dan ke-garangan masing-masing; ~ tegun tegak dan tidak bergerak-gerak; ~ pd yg datar prb tetap berpegang pd kebenaran; ~ sama tinggi, duduk sama rendah prb dua orang yg sama darjatnya; ~ seroman-roman, duduk serupa-rupa prb dipandang rupa sbg orang kaya (orang pandai) tetapi sebenarnya tiada harganya dlm masyarakat; yg ~ disokong, yg lemah ditopang prb orang yg kaya itu biarlah bertambah kaya tetapi yg miskin patut dibantu pula; setegak setinggi orang berdiri, sependiri (tingginya); tegak-tegak 1. sentiasa tegak (berdiri), berdiri tidak dgn sungguh-sungguh; 2. berdiri (duduk dll) lurus-lurus: mereka itu disuruhnya berdiri ~ spt askar; 3. ki dgn terang-terang, dgn begitu sahaja, mentah-mentah: dihalaunya ~ sahaja agaknya; kapal musuh yg lengkap dgn senjata itu ditentangnya ~; bertegak; ~ lutut duduk dgn lutut ditegakkan; ~ nama Mn berkenduri utk memberi nama; ~ penghulu Mn merasmikan perlantikan penghulu;menegak 1. lurus ke atas, tidak condong atau miring: sesuatu garisan itu ~ jika ia menghala ke pusat bumi ini; 2. bergerak dr satu tangga gaji dlm sesuatu peringkat ke peringkat yg lebih tinggi dlm tangga yg sama dlm Sistem Saraan Baru (bkn pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia); menegakkan 1. meletakkan berdiri tegak (tiang dll), mendirikan: ~ tiang; 2. ki mem-bina, membangunkan (rumah dll), menubuh-kan (persatuan dll): ~ rumah; ~ perkum-pulan; 3. menjadikan (menyebabkan) tegak: ~ bulu roma; 4. mengusahakan supaya berdiri tegak, mengusahakan supaya menjadi teguh dan kuat, mempertahankan (negara, keadilan, keyakinan, dll), memelihara atau memper-tahankan (kemerdekaan, kedaulatan, dll): perjuangan utk ~ bahasa Melayu sbg Bahasa Kebangsaan; berusaha utk ~ keamanan dlm kawasan ini; 5. memegang teguh (pd pen-dapat, pendirian, kebenaran, dll), mempertahankan (pendapat dll): Tuhan sentiasa berada dgn kita dlm ~ kebenarannya; 6. memperkukuh (hati, semangat, keberanian, dll), memperteguh; tertegak tiba-tiba berdiri tegak, terdiri: bebe-rapa minit kemudian kereta itu pun ~ di depan pejabat besar; dgn ~nya keadilan, seseorang hakim akan bebas bertindak mendaulatkan undang-undang; ketegakan perihal tegak, kedudukan; penegakan perihal menegakkan; penegak 1. sesuatu yg menegakkan (mendirikan), pendiri; 2. orang (pihak) yg memperjuangkan sesuatu: ~ kebenaran; sepertegak Mn sepersalinan pakaian: sekarang dia hendak pulang, spt sediakala juga, dgn nasi sebungkus dan kain ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
duduk | 1. beristirahat di atas punggung (spt bersila, bersimpuh, dll): saya terpaksa ~ di atas pokok itu sahaja; anak kecil itu ~ di atas pangkuan ibunya; 2. tempat letaknya: skru itu tidak betul ~nya, senget; 3. terletak, berada: sebuah lampu yg ~nya 3 meter dr lantai; rumah kediaman bapa Busu ~nya di hujung suatu lorong; 4. = kedudukan keadaan yg sebenarnya (bkn sesuatu hal dll): pekerjaan berternak kuda lain ~nya dgn bercucuk tanam; 5. tinggal (di), diam (di), menetap, berumah: maka ~lah dia di Sungai Baharu menjadi khatib; sudah bertahun-tahun mereka ~ di rumah itu; 6. terus berada (di sesuatu tempat), tinggal: malam itu selepas makan, Bakar ~ di biliknya spt biasa; 7. berkahwin, bernikah, bersatu: Tun Teja sudahlah bertunangan dgn raja Pahang dan hampirlah akan ~; 8. hampas (kopi, teh, dll); 9. = terduduk termendak atau mengendap (bkn serbuk kopi, teh, bauran, dll); 10. mempunyai tempat atau kerusi (di parlimen, majlis tertinggi, dsb), berada: dia adalah salah seorang wakil rakyat yg ~ dlm Majlis Tertinggi Keselamatan Dalam Negeri; 11. bp sedang (melakukan sesuatu): dia ~ termenung seorang diri; ~ menjahit (membaca, menulis, dll); ~ antara dua sujud duduk selepas sujud yg pertama (di dlm sembahyang orang-orang Islam); ~ berapit duduk di antara dua orang; ~ berjuntai duduk di tempat yg tinggi dgn menjuntaikan kaki; ~ berlutut duduk dgn kaki dibengkokkan dan kepala lutut mengenai lantai, bertelut; ~ bernama bunga sekuntum duduk berlutut ketika mengangkat sembah; ~ bersila duduk dgn melipatkan dan menyilangkan kaki; ~ bersimpuh (bertimpuh) duduk dgn melipatkan kedua-dua belah kaki ke belakang; ~ bertindih lutut duduk di atas kerusi dgn sebelah lutut diletakkan di atas lutut yg satu lagi, bersila panggung; ~ bertinggung mencangkung; ~ perut mengandung; ~ berkelompok, tegak berpusu prb orang yg duduk pd tempat selayaknya dlm sesuatu majlis; ~ berkisar tegak berpaling prb mungkir janji atau tidak menepati cakap; ~ di ambung-ambung taji prb orang yg selalu dlm kerunsingan; ~ di dlm tabir langit-langit berbau tembelang prb perempuan yg berkurung dlm rumah tetapi kejahatannya diketahui orang; ~ dlm duri yg banyak, bersandar di tiang rengas prb hidup yg serba salah kerana menghadapi bencana; ~ dgn cupak gantang prb ketua yg adil; ~ dgn sukatan prb orang yg kaya; ~ meraut ranjau, tegak meninjau jarak prb orang yg sentiasa membuat kerja; ~ sama rendah, berdiri (tegak) sama tinggi prb orang yg sama sedarjat; ~ sehamparan, tegak sepermatang prb orang yg sedarjat dlm adat; ~ seorang bersempit-sempit, banyak berlapang-lapang prb fikiran yg diperoleh drpd perbincangan lebih bernas drpd fikiran yg bersendiri; ~ spt kucing, melompat spt harimau prb orang pendiam yg tangkas bekerja dan berfikir; belum ~ sudah berlunjur menganggap sudah memperoleh atau memiliki sesuatu perkara yg belum pasti dapat dimiliki atau dikuasai atau bergirang dahulu sebelum maksud tercapai; jikalau kita ~ di atas ciau emas sekalipun, lamun hati tiada senang juga prb jika hati seseorang itu selalu susah dan resah, walau bagaimana senangnya tetap berduka juga; duduk-duduk berehat-rehat (mengambil angin dsb): sewaktu sampai di situ, aku melihat Said dan beberapa orang lain sedang ~ di bawah pokok; berdudukan sedang duduk (di atas bangku, kerusi, dsb): orang-orang yg ~ di bangku-bangku panjang di ruang menunggu itu memandang ke arah mereka yg baru memasuki ruang itu; menduduki 1. mengambil tempat duduk, duduk di: tikar terbentang diduduki; 2. = mengeduduki mendiami, tinggal di: beberapa orang datang ke bilik yg diduduki orang baru itu; rumah itu sudah lama tidak diduduki orang; 3. menakluki (mengalahkan) dan menguasai sesebuah negeri dll: penyerangan itu bermaksud hendak ~ Sri Wijaya; 4. mengambil (memasuki, mengikuti) sesuatu peperiksaan atau ujian: mereka telah ~ peperiksaan itu dlm bahasa Inggeris pd tahun lalu; 5. duduk (berada) di (kerusi parlimen, majlis tertinggi, dsb): beliau akan ~ kerusi dlm Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu; 6. ki memikat hati seseorang: pemuda itu telah berjaya ~ hatinya yg kosong selama ini; mendudukkan 1. meletakkan (menyuruh, mempersilakan) duduk: maka baginda pun ~ anakanda baginda di atas singgahsana yg dua belas tingkat; dia mengambil anaknya dan ~nya di atas ribanya; 2. mendapatkan kesimpulan (penyelesaian) sesuatu perkara; 3. mengahwinkan, menikahkan: maka oleh Raja Aftabul-Ardl akan Raja Chulan itu didudukkan baginda dgn anakanda baginda tuan puteri Mathabul-Bahri; terduduk 1. terjatuh duduk, duduk dgn tiba-tiba dan tidak sengaja; 2. mengendap atau terendap (serbuk kopi, teh, dll); kedudukan 1. tempat tinggal (yg didiami); 2. tempat letaknya: ~ Singapura di tengah-tengah jalan laut yg menghubungkan Timur dan Barat menyebabkannya menjadi pelabuhan yg begitu penting di Asia; 3. keadaan atau selok-belok (hal) sesuatu perkara (terutama pd masa tertentu), situasi: sudah berkali-kali ia menerangkan ~ yg sebenarnya kpd penduduk-penduduk di situ; ~ politik (eko-nomi dsb); 4. tingkatan taraf (martabat, darjat, dsb): tiap-tiap orang ada harapan utk mendapat pangkat dan ~ yg tinggi dlm negaranya; sekedudukan 1. sama tarafnya (martabatnya, darjatnya); 2. bersetubuh: ada suami yg terus membunuh laki-laki yg ~ dgn isterinya sendiri; bersekedudukan 1. bersetubuh: terasa loya tekaknya, kerana rasa getik dan jijik ~ dgn orang tua bangka itu nanti; 2. tinggal bersama (spt suami isteri) tanpa bernikah: Cik Mah dihadapkan ke Mahkamah Syariah di atas tuduhan ~ dgn Kandasamy selama 27 tahun sehingga mendapat sembilan orang anak; berkedudukan 1. mempunyai kedudukan (tempat letaknya), terletak, berada: jarum penimbang itu diganjakkan sehingga ~ betul-betul pd nombor 0; 2. mempunyai kedudukan (taraf, darjat, dsb), bertaraf, berdarjat, bermartabat: dia ~ tinggi di mata masyarakat; pendudukan perihal atau perbuatan menduduki sesuatu daerah atau negara oleh kuasa luar (tentera dll): dlm masa ~ Jepun saya bekerja di Berita Malai; penduduk orang yg menduduki sesuatu daerah (tempat, negeri, dll): tidak ada seorang pun drpd ~ kampung itu yg berani keluar melihat pembunuhan itu; berpenduduk mempunyai penduduk: Malaysia ~ lebih drpd 14 juta orang dlm tahun 1984; kependudukan segala hal mengenai penduduk (sesuatu tempat, daerah, negeri, dsb): aspek ~ dibincangkan dlm simposium itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tengah | 1. tempat (titik dll) yg letaknya di antara dua tepi (batas, benda, dll), bahagian di antara hujung dgn pangkal, lwn tepi (hujung): ia berdiri di ~ bukan di tepi; di ~ jalan mereka itu berdiri pula sejurus sambil melayangkan mata ke sana ke mari; 2. seperdua dr, separuh: hingar bingar itu terus-menerus hingga ke ~ malam; ~ dua satu satu perdua; ~ dua puluh lima belas; 3. di dalam, di antara (masyarakat dll), di kalangan: ia lebih suka bekerja diam-diam dan tidak suka mencari nama di ~-~ orang ramai; 4. dalam: ikan haruan di ~ sawah dan kuang di ~ rimba tidak selalu galak; 5. (anak dll) di antara yg sulung dan yg bongsu: yg tua laki-laki Baginda Mani Parindan dan yg ~ Raja Akar Muluk Syah namanya; 6. sedang (melakukan se-suatu), dlm pd itu, pd waktu (ketika) itu: Sultan Mahmud pun ~ santap; ~ berat sedang sarat (orang mengandung); ~ hari lebih kurang pukul 12 siang; ~ harungan di tengah laut; ~ malam lebih kurang pukul 12 malam; ~ naik a) matahari mulai tinggi (lebih kurang pukul 9 pagi); b) sudah mulai besar (anak yg berumur lebih kurang 15 tahun); ~ rumah = ~ ruang bahagian rumah yg di dalam; ~ tapak bayang ketika matahari tepat di atas kepala; ~ tubuh separuh umur; ~ turun lebih kurang pukul tiga petang; ke tengah 1. menuju (menghala, mengarah) tengah; 2. ki ke pengetahuan orang ramai, ke khalayak ramai: tidak apa-apa pun keterangan yg boleh dibawa ~; (boleh) dibawa ~ a) boleh diadukan; b) boleh didengar (dilihat dll); (boleh) ~ ke tepi ki dapat menyesuaikan diri; mengetengahi menjadi perantara dlm per-selisihan dll, mendamaikan (orang yg berban-tah, bertengkar, dll), mencampuri (perbualan orang dll); mengetengahkan 1. membawa ke tengah: ~ perahu; 2. memberitahu kpd, mengemukakan (usul, cadangan, dll), mengutarakan, memajukan: terasa mahu hendak ~ perkara itu; 3. menampilkan ke muka, menonjolkan, mengemukakan: beliau sebenarnya seorang pengarah yg boleh diketengahkan; 4. me-ngadukan kpd (hakim, pengadil, dll); setengah 1. separuh, seperdua: luasnya tanah itu ~ ekar; bekerja ~ hari; 2. tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya, tidak ... betul; 3. bp kurang waras fikirannya (otak-nya, akalnya), agak gila: bercakap merepek-repek tidak tentu hala spt percakapan orang ~; 4. setengah-setengah; ~ hati tidak dgn sungguh-sungguh hati; ~ masak a) belum masak betul (tentang buah-buahan dll); b) ki orang yg tidak mempunyai pengetahuan yg cukup atau luas; ~ mati hampir akan mati; ~ mengerti tidak mengerti betul-betul; ~ rasmi tidak rasmi benar; ~ tiang ki agak gila; ~ umur (baya, tua) kira-kira berumur 35–40 tahun; setengah-setengah 1. beberapa (orang dll), sebilangan (sebahagian) daripadanya, sese-tengah: sesudah sembahyang maghrib ~ orang berangkat pulang, ~ pula duduk berzikir; dlm bahasa Melayu vokal di akhir ~ kata dan kata pinjaman dibunyikan sbg a tetapi yg lain sbg e pepet; 2. tidak dikerjakan (diselesaikan) dgn sempurna, kepalang, kepalang tanggung, tanggung-tanggung: kalau bekerja hendaklah betul-betul jangan ~; sesetengah beberapa (orang dll), sebilangan (sebahagian) daripadanya, setengah-setengah; bertengah sl naik dll setengah (gunung dll): baru kira-kira ~ gunung itu, maka tidaklah ternaiki lagi oleh segala mereka; menengah 1. menuju (menghala) ke tengah, pergi ke tengah: dr pinggir ia ~; 2. yg di tengah-tengah, sedang (tidak besar dan tidak kecil); anak ~ anak yg di tengah-tengah (ada kakak dan adiknya); pegawai ~ pegawai yg pangkatnya antara pegawai tinggi dgn pegawai rendah; sekolah ~ sekolah yg peringkatnya antara institusi pengajian tinggi (spt universiti dsb) dan sekolah rendah; ~ tulang bumbungan (punggung) prb Mn mahal tidak murah pun tidak (harga); menengahi mengantarai (mendamaikan, me-leraikan) perselisihan dll, mengetengahi: ia datang ~ pertengkaran itu; tengahan = wang ~ Id setengah rupiah (suku); pertengahan 1. tempat (titik waktu dll) yg di tengah-tengah atau kira-kira di tengah-tengah: maka pd ~ jalan itu, bertemulah ia dgn suatu sungai; pd ~ tahun tujuh puluhan pd tahun 1975 (mungkin juga pd lewat tahun 1974 atau awal tahun 1976); 2. setengah atau separuh (melakukan sesuatu): hatta sedang ~ bendahara makan, Raja Kedah pun datang; 3. bp sedang: dia ~ makan sekarang; 4. tidak berapa tinggi dan tidak rendah dll, sedang, sederhana: bukit itu ~, tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah; 5. sama banyak, rata-rata; penengah 1. yg terletak di tengah-tengah; 2. perantara, pelerai, pendamai (dlm perselisihan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |