Er | simbol kimia bagi erbium. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sisipan | imbuhan spt -el-, -em-, -er- yg disisipkan di tengah-tengah sesuatu kata akar. | Kamus Pelajar |
sisipan | imbuhan spt -el-, -em-, -er- yg disisipkan dlm sesuatu kata akar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyisipi | (Lin) membubuh sisipan (em, el, er, dsb) dlm kata-kata: perkataan “gilang” apabila disisipi dgn “em” menjadi “gemilang”; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sisip; ~ kaca | sisipan imbuhan spt -el-, -em-, -er- yg disisipkan di tengah-tengah sesuatu kata akar. | Kamus Pelajar |
sisipan | 1. sesuatu yg disisipkan; 2. (Lin) imbuhan (el, em, er, dsb) yg disisipkan di tengah-tengah sesuatu kata pokok; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
imbuhan | 1 wang yg dibayarkan sbg sagu hati; bayaran tambahan. 2 penambah dlm ilmu bahasa spt ber-, ter-, -i, -kan yg dpt ditambahkan, atau -el-, -er- atau -em- yg dpt disisipkan pd kata dasar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
imbuhan | 1. wang yg dibayarkan sbg sagu hati; bayaran tambahan. 2. Penambah dlm ilmu bahasa sptber-, ter-, -i, -kan dll yg dpt ditambahkan, atau –el-, -er- atau –em- yg dpt disisipkan pd kata dasar. | Kamus Pelajar |
imbuh | tambahan pd barang yg ditimbang (dibeli dll); tokok: Dia telah memberikan ~ secupak. mengimbuh memberikan tambahan; menokok; menambah. imbuhan 1 wang yg dibayarkan sbg sagu hati; bayaran tambahan. 2 penambah dlm ilmu bahasa spt ber-, ter-, -i, -kan yg dpt ditambahkan, atau -el-, -er- atau -em- yg dpt disisipkan pd kata dasar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sisip | ;bersisip terletak dll di celah-celah (di sela-sela), terselit: sepucuk pistol ~ di pinggangnya; ~ keris a) memakai keris dgn menyelitkannya di pinggang; b) ki masih muda atau belum keluar mayangnya (pohon kelapa), dara; bersisipkan memakai sesuatu (keris dll) dgn menyelitkannya di pinggang: di dlm andung itu duduk seorang bangsawan dgn pakaian yg indah, ~ keris; menyisip 1. masuk di celah-celah (di selasela): ditikamnya Raja Suran, kena baluhan gajah, sejengkal ~ ke sebelah; 2. = menyisipi memasang atap baru (menggantikan atap lama), menutup atap yg bocor: Kamal telah ~ bahagian-bahagian atap yg bocor dgn daun pisang atau dgn upih pinang; 3. = menyisipi menyirat (jala, jaring, dll): sentiasa baldu itu disisipnya; 4. = menyisipi (Lin) membubuh sisipan (em, el, er, dsb) dlm kata-kata: perkataan “gilang” apabila disisipi dgn “em” menjadi “gemilang”; 5. = menyisipi menukar tanaman yg mati (yg kurang baik) dgn tanaman yg elok dan lebih segar: ~ padi; menyisipkan, mempersisipkan 1. memasukkan di antara dua benda (di celah-celah, di sela-sela), menyelitkan: bunga itu disisipkannya ke lubang kancing baju tentang dadanya; pura ialah sj pundi-pundi tempat menyimpan wang yg disisipkan di pinggang; 2. memasukkan (ke dlm cerita, buku, dll), memuatkan: bahagian-bahagian lucu disisipkan di sana sini; 3. menggunakan sesuatu utk menyisip (atap, jala, dll); 4. (Lin) memasukkan sisipan (em, el, er, dsb) dlm katakata: ~ “em” dlm kata “guruh” menjadi “gemuruh”; tersisip 1. sudah disisip, terselit: sebilah keris ~ di pinggangnya; 2. terkandung (termasuk) dlm; sisipan 1. sesuatu yg disisipkan; 2. (Lin) imbuhan (el, em, er, dsb) yg disisipkan di tengah-tengah sesuatu kata pokok; kesisipan termasuk (tertikam) sesuatu ke dlm daging, kemasukan; penyisipan (Lin) perihal membubuh sisipan pd kata-kata pokok; penyisip alat utk menyisipkan sesuatu: proses ini memerlukan ~ utk menegangkan anyaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |