Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hujung (kata nama)
1. Dalam konteks pisau
bersinonim dengan bahagian runcing, mata,
Berantonim dengan hulu

2. Dalam konteks jalan
bersinonim dengan bahagian akhir, punca,
Berantonim dengan pangkal

3. Dalam konteks hutan
bersinonim dengan tepi, pinggir, sempadan, batas,

4. Dalam konteks peristiwa
bersinonim dengan akhir, penghabisan, penamat, kesudahan,
Berantonim dengan awal

5. Dalam konteks perbarisan
bersinonim dengan bahagian belakang, ekor,

6. Rujuk maksud 1

Kata Terbitan : berhujung, menghujung, penghujung,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
audit hujung tahunaudit yg ter­tumpu pd penentuan tepat tidaknya baki akaun yg terdapat dlm kunci kira-kira;Kamus Dewan Edisi Keempat
volum(Eko) banyaknya atau kuantiti sesuatu: pd hujung tahun, ~ jualan sebenar akan dibandingkan dgn apa yg ternyata dlm belanjawan; satu drpd caranya adalah melalui carta harga dan ~ sesuatu saham.Kamus Dewan Edisi Keempat
habis tahuna) akhir (hujung) tahun; b) awal tahun yg berikut;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyasarkan1 menujukan; menghalakan. 2 mene­tapkan matlamat (hasil, perolehan dsb) yg hendak dicapai: Pihak pemasaran ~ jualan sebanyak 10,000 unit menjelang hujung tahun ini.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sasar II; menyasar membidik; me­ne­nang; menuju. menyasarkan 1 menujukan; menghalakan. 2 mene­tapkan matlamat (hasil, perolehan dsb) yg hendak dicapai: Pihak pemasaran ~ jualan sebanyak 10,000 unit menjelang hujung tahun ini. sasaran 1 benda yg dituju ketika berlatih menembak dll; bulan-bulan. 2 sesuatu yg menjadi tujuan serangan (kritikan dll). 3 hasil atau perolehan yg ingin dicapai drpd sesuatu usaha: Mereka menetapkan ~ yg agak tinggi bagi projek itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tingkat1. lapis drpd sesuatu benda (binaan dll) yg berbentuk bersusun-susun (bertindih-tindih, berlapis-lapis), lantai ketinggian, leng­gek (bangunan), tumpuan (tangan dll): bangunan enam ~ itu akan siap hujung tahun ini; mangkuk ~ bekas yg bertindih-tindih dan dirangkaikan oleh pemegangnya, mangkuk tepen, siya; ~ peraduan lantai yg lebih tinggi letaknya utk tempat tidur; 2. = tingkatan taraf kedudukan (jawatan, kema­juan, dll), darjat, kelas, pangkat, peringkat: jawatannya sekarang lebih tinggi ~nya drpd jawatan sebelumnya; kemajuan ekonomi negeri ini sudah mencapai tingkatan yg agak tinggi; ~ hidup taraf hidup; 3. = tingkatan batas waktu, perenggan sesuatu kejadian (proses), takat: rancangan itu masih dlm ~ permulaan; setingkat 1. satu tingkat (tingkatan); 2. = ~ dgn sama tingkatnya atau martabatnya dll (dgn), setaraf (dgn); ~ demi ~ sedikit demi sedikit (bertambah dll); tingkat-tingkat Mn pemijak kaki; tetingkat kepingan papan dsb tempat me-letakkan buku (pakaian, kasut, dsb), rak, para; bertingkat ada tingkatnya, mempunyai tingkat; bertingkat-tingkat 1. berlenggek-lenggek, bersusun-susun, bertindih-tindih: bangunan-bangunan lama dirobohkan dan pd tempat­nya didirikan bangunan yg ~; 2. berkelas-kelas, berpangkat-pangkat, bertaraf-taraf: kebolehan kanak-kanak dlm pelajaran mereka ~ antara seorang dgn yg lain; kedudukan manusia dlm sesuatu masyarakat lazimnya ~; 3. makin tinggi (naik, sukar, dll) sedikit demi sedikit: dlm tempoh sepuluh tahun pangkatnya naik ~ drpd askar biasa menjadi kapten; meningkat 1. menginjak (tangga dll) utk naik ke atas, memanjat (pokok dll), menaiki (basikal dll): sedang mentuanya membawa perian dan labu ke pancuran, Basanai ~ pintu itu; 2. mencapai tingkat (angka dll), naik (meninggi, mengatas, dll), bertambah banyak (hebat, penting, dll): perbelanjaan utk pendidikan ~ dr setahun ke setahun; dgn ini jumlah kematian telah ~ ke angka 79 orang; keriangannya ~ dan ia berdiri mem­beri pidato tanpa rancangan; 3. berubah dlm keadaan (masa dll) yg lain: apabila ~ dewasa anak itu menjadi seorang pahlawan muda yg gagah berani; meningkat-ningkat 1. terus meningkat (ber-tambah dll): keuntungan yg diperolehnya ~; 2. menjadikan bertingkat-tingkat (ber­lapis-lapis, bersusun yg satu di atas yg lain); meningkatkan meninggikan kedudukan (taraf dll), membesarkan (pengeluaran dll), memper-hebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi; ~ diri membesarkan (mengangkat) diri; mempertingkatkan menjadikan lebih tinggi atau lebih besar lagi (kedudukan, taraf, mutu, hasil pengeluaran, dll), menjadikan lebih hebat (giat, erat, dll), memperhebat: peranan ~ mutu bahasa Melayu tidak terletak di bahu pengkaji dan peminat bahasa sahaja; sikap kejam Soviet itu telah menambah keazaman Mujahideen utk ~ perjuangan mereka; tingkatan tingkat, kelas, peringkat, pereng­gan, takat; ~ gaji peringkat (tingkat) gaji; orang ~ atasan orang kelas (golongan) atasan; peningkatan perbuatan (usaha dsb) mening­katkan atau mempertingkatkan: ~ daya pengeluaran; ~ hasil jualan; ~ mutu.Kamus Dewan Edisi Keempat
audit(Eko) pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (akaun); ~ awal audit yg mula dilakukan sebelum tahun perakaunan yg diaudit itu berakhir; ~ baucar pemeriksaan dokumen asal (spt invois, surat perjanjian, pesanan belian, dll) utk mem­buktikan sahih tidaknya sesuatu urus niaga sebelum bayaran dibuat; ~ bebas audit yg dilakukan oleh juruaudit luar utk mendapat­kan pandangan tentang penyata kewangan se­sebuah organisasi; ~ berkala audit yg dilaku­kan oleh juruaudit luar utk setiap tempoh per­akaunan tertentu (spt setiap setengah tahun dan setahun); ~ berkanun audit bebas yg di­lakukan pd sesebuah organisasi spt yg diper­untuk oleh undang-undang; ~ bersama audit yg dilakukan secara bersama oleh dua firma audit atau lebih; ~ dalam = ~ dalaman peme­rik­saan rekod kewangan dan bukan kewangan sesebuah organisasi oleh organisasi itu sendiri utk memastikan bahawa organisasi dikendali­kan dgn betul; ~ hujung tahun audit yg ter­tumpu pd penentuan tepat tidaknya baki akaun yg terdapat dlm kunci kira-kira; ~ personel (Tadb) audit pd sumber manusia dlm sesebuah organisasi biasanya dilakukan oleh pihak luar, yg meliputi aspek kesesuaian kelulusan staf dgn pekerjaannya, kesesuaian gaji dgn tugas yg dilakukan dsb; mengaudit memeriksa dan mengesahkan kira-kira (akaun): kira-kira yg telah disedia­kan itu perlu diaudit sebelum dapat diterima; pengauditan pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (akaun).Kamus Dewan Edisi Keempat
hujung I1. bahagian yg terakhir dr sesuatu yg panjang (spt jalan, tali, dll), punca, lwn pang­kal: rumahnya terletak nun di ~ jalan; ~ galah; 2. akhir (bulan, minggu, tahun, dll): saya akan bercuti panjang pd ~ tahun ini; ia pulang ke kampung tiap-tiap ~ minggu; yg paling ~ yg kemudian (penghabisan dll) sekali; 3. kesudahan (percakapan, mesyuarat, dll): kedua-dua pihak telah mengeluarkan suatu kenyataan bersama di ~ pertemuan; 4. tempat yg terjauh dr orang yg bercakap, tempat yg terjauh dr pusat, yg dekat dgn tepi (bandar, kampung, dll): saya tinggal di ~ ban­dar Kuala Lumpur; suara azan dr langgar di ~ kampung sudah hilang; 5. bahagian yg tajam (lancip): ~ hidung (kepala, lembing, panah, pensel, pokok, tanduk, dll); 6. baha­gian tanah (daratan) yg menganjur ke laut dll; ~ tanah bahagian selatan sekali dr Seme­nanjung Malaysia; 7. tujuan (maksud) per­kataan dll: barangkali tuan-tuan dapat me­nangkap ~ percakapan saya itu; ~ lidah a) bahagian lidah yg di hadapan sekali; b) = sambungan ~ Mn orang yg menyam­paikan ucapan (pesanan dll) orang lain pd sesuatu majlis dll; ~ mata a) penjuru mata yg di sebelah luar, ekor mata; b) bahagian yg tajam pd alat pemotong (kikir, pisau, dll); ~ Subhanallah bp di hujung yg jauh (tidak tahu hujungnya); ~ sut hujung sekali; mengadu ~ lidah berbahas (bertengkar dll); mengadu ~ penjahit (dgn) a) bertemu muka atau mulai berkenalan (dgn); b) saling menunjukkan keahliannya, kepintarannya, kepandaiannya, dll); c) berusaha mendapatkan nafkah dgn susah payah; nyawa tinggal di ~ rambut hampir-hampir mati, tidak ada harapan lagi (sakratulmaut); se~ rambut = (sampai ke) ~ rambut (sampai kpd yg) sekecil-kecilnya (sangat berkira); tidak tentu (ada, tahu) ~ pangkal tidak tentu hala tujuannya (hubung­an satu sama lain); jadi ~ (penghujung) lidah prb jadi jurubicara dlm sesuatu perundingan dll; berhujung 1. ada hujungnya, mempunyai hujung: antara batu yg banyak itu ada sebuah yg ~ tajam; tidak ~ terus-menerus (tidak berkesudahan); ~ berpangkal ada tujuan yg tentu atau nyata dan tersusun (percakapan dll); 2. berakhir (pd), berakibat (pd): perun­dingan yg ~ kpd perdamaian; ~ minggu berehat (bersenang-senang) di hujung minggu; berhujungkan mempunyai atau memakai sesuatu sbg hujung: sj tongkat yg ~ kait besi; menghujung 1. mendekati kesudahan (akhir, penghabisan): musim buah sudah ~; 2. memuncak, meruncing: perbalahan antara dua negara itu sudah ~; hujungan sesuatu (tulisan dll) yg di hujung (buku): dlm ~ di akhir buku ini ada di­nyatakan keterangan bkn vitamin A; kehujungan kena hujung senjata, kena sen­jata yg tajam: ada seorang anak Sang Nara Diraja telah kena parang oleh seorang Beng­gali dr ekor pipinya lalu ke kening, tetapi ~; penghujung akhir, kesudahan, penghabisan; ~ bulan (abad, minggu, tahun, dll) akhir bulan (abad, minggu, tahun, dll); ~ cakap akhir cakap, penghabisan cakap; buah ~ buah yg penghabisan; berpenghujung ada penamatnya (kesuda­han­­nya, penghabisannya dsb): hari demi hari dia menanti bagaikan suatu penantian yg tidak ~; tugasnya sbg suri rumah memang tidak ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
hujung1 bahagian yg akhir pd sesuatu yg panjang (tali, jalan dll): tongkat besi yg tajam ~nya. 2 akhir; penghabisan (bulan, minggu, tahun dll): Dia pulang ke kampungnya pd tiap-tiap ~ bulan. 3 bahagian yg tajam atau lancip: ~ pensel; ~ hidung. 4 tempat yg dekat dgn tepi; tempat yg terjauh dr pusat: Mereka tinggal di ~ bandar Kuala Lumpur. berhujung ada hujungnya; mempunyai hujung: tongkat yg ~ tajam. hujungan sesuatu yg letaknya di hujung: Dlm ~ buku itu, ada dinyatakan keterangan ttg vitamin A. penghujung akhir; penghabisan: ~ bulan (minggu, tahun dll) akhir bulan (minggu, tahun dll).Kamus Pelajar Edisi Kedua
panjang I1. lwn pendek: tali itu ~; penselnya masih ~ lagi; 2. lwn lebar, bujur: mukanya ~; 3. tinggi: badannya ~ lampai; 4. berlarut-­larut, luas: cerita yg ~; berfikir ~; 5. lama: ~ umurnya; 6. jarak dr hujung ke hujung (di antara dua tempat), lwn lebar: ~ sebuah bilik tiga meter lebih drpd lebarnya; 7. jarak masa, lama: ~ waktu siang di khatulistiwa sentiasa selama 12 jam; ~ akal (ingatan, kira-kira) tidak sempit (pen­dek) akal, boleh berfikir baik-baik; ~ bulat panjang dan bulat (spt buluh), bulat torak; ~ ekor berani berbuat jahat (melanggar peraturan); ~ gelombang (Fiz) jarak di antara dua puncak gelombang yg bersebelahan; ~ ikatan (Kim) jarak di antara dua nukleus atom yg terikat bersama dlm satu sebatian; ~ lampai kecil tinggi (badan); ~ lanjut (lebar) dgn butir dan keterangan yg banyak; ~ lidah (mulut, muncung) suka mengadu atau menyampai­-nyampaikan cakap orang, suka menceritakan hal orang; ~ nafas tidak pendek nafas, boleh berlari jauh; ~ pendek panjang atau pendek; ~ tangan suka mencuri; ~ tangkai Mn hujan; ~ umur (usia) lama hidup; ~ langkah singkat pinta (permintaan) prb sudah sampai ajal, meninggal dunia; ditindih yg berat dililit yg ~ prb kemalangan yg tidak dapat dielakkan; hendak ~ terlalu parah prb hendak meninggikan diri sangat, akhirnya jatuh; kalau ~ beri beruas, kalau pendek beri berbuku prb sebelum berbuat sesuatu tentukan aturan-aturannya supaya tidak kacau; mendapat ~ hidung prb mendapat malu; sama ~ dgn urat perut (belikat) prb terlalu bohong; sudah ~ langkahnya prb sudah meninggal; sepanjang 1. sejauh, mengikut panjang: matanya menyelusur ke ~ tembok itu; ia pun menyuruh membuat kubu ~ sungai itu; 2. segenap waktu, selama, seluruh: ~ perjalanan itu mereka terus berbual-bual; ia memandang muka kawannya yg ~ masa tunduk sahaja; ~ tahun selama setahun penuh; 3. mengikut, pada: ~ pengetahuan saya, penyakit ini tiada namanya dlm bahasa Melayu; ~ yg ketahui oleh mereka; berpanjang; ~ kalam menceritakan dgn lanjut (panjang lebar); ~ madah bercakap banyak-banyak; berpanjang-panjang bercakap dgn panjang lebar: janganlah saudara ~ kerana kita sudah tidak ada masa lagi; berpanjangan, berpanjang-panjangan ber­lanjut-lanjut, berlanjutan, tidak berkeputusan, berterus-terusan: inginkah saudara soal ini diusut berpanjang-panjangan; kemesraan yg ~; memanjang 1. menjadi panjang (lanjut): spring itu ~; tepuk tangan yg ~; 2. mengikut panjang, membujur: potong sekeping kain ikut tepi atau ~; 3. terletak dll mengikut panjang, tidak melintang: di ampaian di tepi beranda yg ~ bangunan itu bergantungan pakaian kerja; memanjangkan 1. menjadikan panjang, melanjutkan, meneruskan: dan Tuk Hassan Temenggung yg pertama melabuhkan baju Melayu, dan membesarkan pangkal lengan, dan ~ tangan baju; aku bersyukur kpd Tuhan yg telah ~ umurku; keadaan ini akan menyebabkan pemulihan ekonomi tidak dapat dikekalkan serta ~ kemelesetan yg sedang berlaku; 2. menyampaikan: segala keputusan yg dibuat akan dipanjangkan kpd kerajaan; memperpanjang menjadikan lebih panjang: jalan-jalan raya akan dibina, diperpanjang, dan diperlebar dlm kawasan-kawasan yg berpenduduk padat; panjangan lanjutan; kepanjangan 1. perihal panjang (lama dll), kelanjutan: kata pengantar yg ditulisnya itu memang panjang, satu ~ yg disengajakan; 2. terlalu panjang: nampak seolah-olah kaki dan lengannya ~; berkepanjangan berpanjang-panjangan, ber­panjangan: abang memohon doa yg ~ drpd engkau; zaman yg ~; pemanjangan perihal atau perbuatan me­manjang(kan): Hukum Hooke menyatakan bahawa ~ dawai atau spring itu adalah berkadar dgn beban pd dawai-dawai atau spring itu; pemanjang sesuatu yg memanjangkan: huruf ~ bunyi.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas