JAS | kep Jabatan Alam Sekitar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jas | IB = baju ~ baju yg digunting mengikut potongan Eropah; jenis-jenisnya: ~ buka; ~ hujan; ~ tutup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baju jas | baju yg digunting mengikut potongan Eropah; jenis-jenisnya: ~ buka; ~ hujan; ~ tutup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baju jas | Id kot; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tutup I | 1. = tertutup tidak terbuka, terkatup: semua kedai kecuali kedai makanan ~ pd hari Ahad; baju jas ~; 2. = tutupan, penutup sesuatu yg digunakan utk menudungi (menyelubungi dll) sesuatu; ~ botol sumbat botol (drpd gabus dll); ~ bantal bahagian hujung dan pangkal bantal yg dihiasi dgn sulaman; ~ kepala tudung kepala (song-kok, terbus, dll); ~ malu sesuatu yg dipakai dll supaya jangan mendapat malu; ~ meja kain alas meja; ~ mulut a) tinggal diam mem-bisu, tidak berkata-kata; b) bp rasuah, wang suap; ~ pintu a) bp menutup pintu; b) daun pintu; ~ sanggul sj cucuk sanggul; ~ tiang alang rumah yg dipasang dr tiang ke tiang; bertutup ada tutupnya, memakai tutup (tu-dung): mangkuk ~; perempuan Islam bukan-nya demikian, mereka ~ kepala dan berbaju; menutup 1. tidak membiarkan terbuka (pintu, tingkap, dll), merapatkan tutupnya, mengatup: ia ~ pintu rumahnya; 2. memberi bertutup (bertudung), menudungi: kita hen-daklah ~ makanan kita supaya jangan dihinggapi lalat; 3. ki tidak menghebahkan, merahsiakan, menyembunyikan: mereka tahu ~ rahsia; 4. menjadikan tidak boleh dilalui atau diikuti (jalan, sungai, dll), menimÂbus supaya buntu, menyekat, menyumbat: semua jalan di kawasan perintah berkurung telah ditutup sejak pukul enam petang tadi; 5. mematikan nyala lampu dll, lwn memasang: dia memberani-beranikan hati pergi ke ruangan depan dan ~ lampu; 6. memasuk-kan ke dlm penjara, memenjarakan; 7. men-jadikan cukup (wang perbelanjaan dll), mencukupkan, menggenapkan; 8. mengakhiri atau menyudahi (cerita, pembicaraan, dll): Ali ~ cerita dan meraba bibirnya; 9. tidak melanjutkannya lagi (tempoh), habis tempoh-nya: tarikh permohonannya ditutup pd 10 Julai yg akan datang ini; ~ buku a) mengatup buku; b) memasukkan ke dlm buku kira-kira (wang keluar masuk); ~ jalan a) tidak membenarkan lalu; b) menye-kat drpd melakukan sesuatu; ~ mata a) memejamkan mata; b) melekapkan sesuatu di mata supaya jangan dapat melihat; c) sengaja tidak mahu mengambil tahu: sese-orang tidak harus ~ mata kpd ilmu-ilmu yg berasaskan sains; d) mati, meninggal; ~ muka melindungi muka dgn sesuatu; ~ mulut a) diam sahaja; b) tidak mahu memberitahu; ~ pintu tidak atau enggan menerima (pengaruh, ajaran, dll); tidak mahu menyambut atau melayani (sesuatu); ~ telinga a) melekapkan sesuatu pd telinga supaya tidak mendengar; b) sengaja tidak mahu mendengar; menutupi 1. banyak yg ditutup, berkali-kali menutup; ~ pintu banyak pintu yg ditutup; 2. memberi bertutup, melindungi: disentaknya kain utk ~ pusatnya; rambutnya yg jatuh ~ dahinya; 3. ki melindungi sesuatu (supaya jangan diketahui orang dll), merahsiakan: ia ~ isi hatinya yg sebenarnya; menutupkan 1. menggunakan sesuatu utk menutup, menutup utk: maka disuruhnya ambil batu yg besar-besar maka ditutupÂkannya pd pintu gua itu; 2. mengatupkan: maka pukul tujuh malam ditutupkannya pintu itu dan pukul tujuh pagi dibukanya; 3. ki menghabiskan (puasa), membuka (puasa): ia mesti ~ puasanya; tertutup 1. tidak terbuka, terkatup, terkunci: sehari-hari ini pintunya ~ sahaja; 2. ki tidak bebas lagi, tidak terbuka utk mendapat atau menerima sesuatu: malangnya ketika demi-kian, peluang bagi mengisi perut telah ~ bagi mereka; bersikap ~ bersikap tidak sama sekali rela atau bersedia menerima sesuatu (pengaruh dll); tutupan 1. alat utk menutup, tudung; 2. sesuatu yg ditutup; orang ~ orang yg dihukum penjara; rumah ~ penjara; penutupan perihal menutup (menutupi, menu-tupkan), penamatan, pengakhiran, penyudah-an: beliau diberitakan telah mengisytiharkan ~ perkhidmatan penerbangan Amerika Syarikat di seluruh Indonesia; penutup 1. alat yg digunakan utk menutup, penudung; 2. sesuatu yg (dipakai utk) meng-akhiri (surat, karangan, ucapan, dll), pengunci, penyudah: sbg ~ ingin saya kemukakan beberapa saranan; ~ surat itu mengatakan bahawa ia akan datang sore hari sambil membawa wangnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baju | pakaian utk menutup badan; ~ alang baju kurung yg berlengan pendek; ~ anggerka ark baju dalam cara India; ~ antakesuma = ~ layang sl baju utk terbang; ~ antari = ~ lantari ark baju spt baju anggerka (cara Arab); ~ ayat = ~ pelias ark baju belah yg berazimat; ~ bajang = ~ bersayap ark baju belah yg menyerupai ekor burung layang-layang; ~ basterop Id baju yg tidak ada kolar dan lengan; ~ belah bakung ark baju yg berlengan pendek (berbelah di bahu); ~ belah benian = ~ bunian sj baju belah; ~ belah Bentan = ~ Bentan = ~ Mintan ark baju belah yg pergelangan lengannya berbelah; ~ besi baju drpd besi (dipakai dlm peperangan); ~ beskat = ~ weskot baju yg dipakai di bawah baju kot; ~ bidadar ark baju kot pengantin baru; ~ bakdung ark baju yg berbutang di belakang; ~ Cina baju potongan Cina; ~ dalam anak baju; ~ hujan sj baju labuh drpd bahan kalis air, mis plastik yg dipakai utk melindungi seseorang drpd dibasahi air hujan; ~ jas Id kot; ~ (kanji) perak = ~ kanji perap = ~ kain jiperak ark anak baju; ~ Johor a) baju Melayu yg tidak berkolar; b) baju kurung; ~ kebaya baju perempuan, yg pendek dan berbelah di bahagian dada; ~ kemeja baju potongan Eropah; ~ kepuk baju yg berleher tinggi; ~ kuntum sj baju potongan Melayu; ~ kurung baju yg tidak berbelah dada; ~ kutang anak baju (perempuan); ~ maskat ark baju dalam yg diikatkan di belakang; ~ Melayu baju laki-laki potongan Melayu; ~ monyet Id sj baju anak-anak (baju dan seluar bersambung); ~ panas a) = ~ sejuk b) anak baju; ~ pendapan = ~ pendepan = ~ pendipun = ~ mendipun = ~ jipun ark baju Sumatera yg dihiasi bunga drpd emas perada; ~ pesak sebelah ark baju belah yg dadanya dua lapis; ~ pokok ark baju belah yg tidak berlengan; ~ rantai sj baju besi drpd rantai kecil-kecil; ~ sejuk = ~ panas baju yg dipakai utk memanaskan badan; ~ seroja = ~ teratai ark baju Sumatera yg berbunga benang emas; ~ sikap sj baju Jawa berlengan panjang; ~ songsong barat sl baju antakesuma; ~ tapung sj baju Bugis; ~ Teluk Belanga baju Melayu; ~ toro ark baju Jawa yg dipakai oleh pelayan; ~ indah dr balai, tiba di rumah menyarungkan prb hukum yg telah putus dan tidak boleh dibanding lagi; bagai memakai ~ sempit prb perbuatan yg tidak sesuai dgn keadaan diri; mengukur ~ di badan sendiri prb kejahatan kita jangan dijadikan pengukur kejahatan orang lain (atau darjat kita jangan disamakan dgn darjat orang lain); mencabik ~ di dada prb meceritakan aib sendiri;berbaju memakai baju;membajui mengenakan (memakai) baju kpd: ~ boneka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |