Kuala II | penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Melayu-Proto yg tinggal di kuala sungai di persisiran pantai selatan negeri Johor. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
diam II | duduk (tinggal, berumah): Saya ~ di Kuala Lumpur di rumah kakak saya. mendiami berumah di; bertempat tinggal di; menghuni: Siapa yg ~ rumah itu sekarang? kediaman, = tempat ~ tempat tinggal (duduk dll): rumah (pondok dll) yg diduduki: ~ orang tua itu ialah pondok buruk di tepi tasik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
diam II | duduk (tinggal, berumah): Saya ~ di Kuala Lumpur di rumah kakak saya. mendiami berumah di; bertempat tinggal di; menghuni: Siapa yg ~ rumah itu sekarang? kediaman, = tempat ~ tempat tinggal (duduk dll): rumah (pondok dll) yg diduduki: ~ orang tua itu ialah pondok buruk di tepi tasik. | Kamus Pelajar |
pasang II | 1. naik atau menjadi bertambah (air laut, sungai), lwn surut: apabila air ~ , tidak mungkin kita menyeberangi kuala sungai itu; 2. ki semakin kuat (bkn penyakit); ~ anak air pasang kecil yg berlaku pd suku pertama (pengakhir) bulan; ~ bah air pasang yg mengakibatkan bah (tenggelam); ~ besar (perbani) air pasang besar pd masa bulan muda (atau penuh); ~ keling air pasang besar sekali; ~ kering air surut (timpas); ~ menyurut air pasang yg sedang naik (di laut); ~ penuh air pasang yg penuh atau besar (sebelum surut); ~ purnama air pasang tatkala bulan purnama; ~ surut a) = ~ turun air laut (sungai) surut atau turun; b) banyak atau sedikitnya, baik atau buruknya dll (bkn hasil, keadaan, dll); adat ~ berturun naik = air pun ada ~ surutnya = takkan ~ selalu, di mana surut sentiasa prb keadaan (kekayaan, pangkat, dll) itu tiada tetap; ibarat ~ masuk muara prb perkataan (celaan) yg tiada ditahan-tahan keluarnya; kalau takut dilimbur ~, jangan berumah di tepi pantai prb kalau takutkan kesusahan, jangan buat sesuatu pekerjaan; tidak mengenang ~ surut prb tidak memikirkan kesusahan yg mungkin terjadi pada kemudian hari; berpasang; ~ surut ada pasang surutnya: hidup tanpa jadual ini mengakibatkan pendapatan kami ~ surut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaunter II | (Eko) saham yg disenaraikan di bursa saham, mis kaunter Tenaga Nasional Berhad bererti saham syarikat ini disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rayap II | ; merayap 1. berjalan (bkn binatang kecil spt semut dll): semut dan anai-anai ~ di tanah; 2. melata (tumbuh-tumbuhan yg menjalar): batangnya bercabang-cabang ~ di atas tanah; 3. ki bergerak dgn perlahan-lahan dan arah yg berubah-ubah (pandangan, fikiran, dll), bergerak dgn perlahan-lahan: matanya ~ ke sekujur badan orang itu; beberapa buah kereta lembu kelihatan ~ perlahan-lahan; tangan yg terkembang rapat itu merayap-rayap menyapu daun pintu; 4. bp berjalan-jalan membuang masa dgn tidak tentu hala (tidak bertujuan dll), merayau: kadang-kadang ia ~ sampai subuh; beberapa hari di Singapura ia mulai ~, mula-mula dipandu oleh anak tukang kebun; merayapi 1. merayap pd (di): semut ~ gula; matanya ~ seluruh bangunan itu; 2. mengerumuni, mengelubungi: perlahan-lahan bumi pasar minggu itu dirayapi semut manusia; Kuala Lumpur sedang dirayapi malam; merayapkan menjadikan merayap: dirayapkan sayapnya melata bumi; terayap-rayap sedang merayap(-rayap): ~ bergerak perlahan-lahan orang menuai di tengah bendang; rayapan pergerakan yg perlahan-lahan: ia mengikuti ~ suluhan lampu itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |