Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : erti atau maksud (sesuatu perkataan dll): kalau tidak tahu ~ sesuatu perkataan, janganlah gunakan perkataan itu; ~ fungsian (Lin) makna unsur linguistik yg dilihat dr segi fungsi tatabahasanya; ~ kiasan makna kata yg tidak merujuk kpd makna harfiah, tetapi dikiaskan sbg ibarat, mis jambu yg bererti cantik atau lawa; ~ konteks (Lin) makna yg menunjukkan hubungan antara ujaran dgn keadaan; ~ leksikal (Lin) makna kata spt yg terdapat di dlm kamus; bermakna 1. mempunyai (mengandungi) erti, bererti; ~ berbilang mempunyai (me­ngandungi) beberapa erti; 2. penuh tujuan, bermanfaat, penting, bererti: pemberian itu sangat ~ bagi kami; dia merasakan seolah-olah kehidupannya sudah tidak ~ lagi setelah beberapa kali dikecewakan; memaknakan menjelaskan erti (maksud) sesuatu perkataan dll; pemaknaan perihal atau proses memberi makna, pengertian: dlm bahasa Melayu In-donesia masih ada sistem tanda yg ber-hubung dgn raja spt bersantap, beradu, beta yg ~nya tidak sama dgn yg pernah ada sebelumnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : akronim bagi Majlis Kanser Nasional. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : erti sesuatu perkataan dll; maksud: Kita dpt bersembahyang dgn lebih khusyuk jika kita mengetahui ~ bacaan kita itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
makna (kata nama)
Bersinonim dengan erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir, takwil;,
Kata Terbitan : bermakna, memaknakan,

Puisi
 

Pagar besi pagar kota,
     Sampai ke taman bunga;
Abang tak reti adik berkata,
     Abang tak tahu apa makna.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Selauk senasi.

Bermaksud :

Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Sejiwa dua tubuh, d. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, e. Setikar seketiduran).

 

Lihat selanjutnya...(958)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
leksikal/léksikal/ ist bkn perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa; makna ~ makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dlm ayat dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua
leksikal(léksikal) (Lin) bkn perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa; makna ~ makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dlm ayat dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
literal1. berasaskan makna sebenar atau makna biasa kata-kata yg digunakan (bukan makna kiasan atau makna yg tersirat di sebaliknya: sikapnya sangat sederhana, dan beliau kerap mentafsirkan percakapan suaminya secara ~; 2. harfiah: terjemahan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kata tugaskata yg tidak mempunyai makna leksikal tetapi mempunyai makna tatabahasa, iaitu makna jika kata itu wujud dlm ayat, mis dan, kepada dan ialah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bahasa kiasanperkataan atau ungkapan yg digunakan dlm makna yg berlainan drpd makna sebenar atau makna biasa perkataan itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
makna kiasanmakna kata yg tidak merujuk kpd makna harfiah, tetapi dikiaskan sbg ibarat, mis jambu yg bererti cantik atau lawa;Kamus Dewan Edisi Keempat
maknaerti atau maksud (sesuatu perkataan dll): kalau tidak tahu ~ sesuatu perkataan, janganlah gunakan perkataan itu; ~ fungsian (Lin) makna unsur linguistik yg dilihat dr segi fungsi tatabahasanya; ~ kiasan makna kata yg tidak merujuk kpd makna harfiah, tetapi dikiaskan sbg ibarat, mis jambu yg bererti cantik atau lawa; ~ konteks (Lin) makna yg menunjukkan hubungan antara ujaran dgn keadaan; ~ leksikal (Lin) makna kata spt yg terdapat di dlm kamus; bermakna 1. mempunyai (mengandungi) erti, bererti; ~ berbilang mempunyai (me­ngandungi) beberapa erti; 2. penuh tujuan, bermanfaat, penting, bererti: pemberian itu sangat ~ bagi kami; dia merasakan seolah-olah kehidupannya sudah tidak ~ lagi setelah beberapa kali dikecewakan; memaknakan menjelaskan erti (maksud) sesuatu perkataan dll; pemaknaan perihal atau proses memberi makna, pengertian: dlm bahasa Melayu In-donesia masih ada sistem tanda yg ber-hubung dgn raja spt bersantap, beradu, beta yg ~nya tidak sama dgn yg pernah ada sebelumnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
metafora(métafora) (Lin) pemakaian kata­kata yg menyatakan sesuatu makna atau maksud yg lain drpd makna biasa atau makna sebenar perkataan yg berkenaan (sbg perban­dingan atau kiasan); memetaforakan menjadikan pemakaian kata atau kata-kata sbg metafora.Kamus Dewan Edisi Keempat
makna leksikalmakna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dlm ayat dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
makna leksikal(Lin) makna kata spt yg terdapat di dlm kamus;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas