pas | kad, tiket dsb yg memberi kebenaran kpd seseorang utk masuk ke sesuatu tempat, berada di tempat tertentu dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
PAS | akronim bagi Parti Islam Se-Malaysia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pas III | IB 1. tepat, kena, sesuai benar: barang itu sangat ~ kpd isteriku; 2. tidak longgar dan tidak sempit, sedang (pakaian dll): baju itu tidak begitu ~, tapi tidak apalah; mengepas mencuba utk mengetahui sesuatu sesuai (cocok) atau tidak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pas II | bp lulus (ujian dsb): darjah tujuh sekolah Melayu pun tidak ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pas I | dokumen, tiket, dsb yg memberi seseorang kebenaran utk masuk ke sesuatu tempat, duduk di sesuatu tempat di panggung, dll: mereka berjalan lagi dgn dilengkapi ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pas, = surat ~ | surat yg membenarkan seseorang berada di tempat larangan, pergi ke daerah lain dsb. | Kamus Pelajar |
rampas | ; berampas-rampasan saling merampas, bertarik-tarikan: maka Dewa Perkasa pun meronta, lalulah ~lah dgn panglima itu; merampas 1. mengambil dgn kekerasan, merebut: pergerakan sulit utk ~ kekuasaan negara; ~ kuasa mengambil alih kekuasaan (negara) dgn kekerasan atau tidak mengikut perlembagaan; 2. menyamun, membegal, menjabal: wang gajinya habis dirampas penyamun di jalan; 3. menyita: jika ia enggan membayar hutangnya itu, hartanya akan dirampas; rampasan sesuatu yg dirampas, hasil merampas: banyak beroleh barang ~; ~ kuasa; perampasan perihal merampas (perebutan, penyamunan, penyitaan); ~ kuasa perebutan kuasa; perampas orang yg merampas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
surat pas | surat yg mengizinkan pembawanya lalu (membawa sesuatu dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkelobak | terkeloyak, terkupas (kulit); ®kobak I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjambret | merampas, merenggut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |