Quraisy | suku bangsa Arab. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Quraisy | Ar suku bangsa Arab. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Quraisy | suku bangsa Arab. | Kamus Pelajar |
penebusan | perihal menebus: maka banyaklah harta yg terkumpul hasil drpd ~ orang-orang tawanan Quraisy itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkubu | 1. bertahan dlm kubu: tentera Islam ~ di bandar Madinah mempertahankan serangan orang-orang Quraisy; 2. ada kubunya, diperkukuh dgn kubu: barisan pertahanan yg ~; ~ gajah menangkap gajah dgn menghalaunya masuk ke dlm kubu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kabilah | Ar suku bangsa, kaum: permusuhan dan persengketaan antara keluarga dan keturunan, ~, suku dan bangsa; ~ Quraisy. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taghut | Ar 1. sifat zalim yg melampaui batas; 2. syaitan yg mendorong manusia melakukan kejahatan; 3. nama salah satu berhala kaum Quraisy. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sekutu | 1. kawan yg turut sama dlm sesuatu pakatan (perniagaan, perusahaan, dll), teman yg turut dlm sesuatu pakatan (pergabungan dll): kabilah banu Bakar ~ kaum Quraisy; negara-negara ~; 2. turut terlibat atau ber-salah (dlm kejahatan dll): orang yg menerima rasuah itu dianggap ~ dgn pemberi rasuah; 3. gabungan (drpd beberapa negeri, badan, dll), syarikat: Raja Sharif Hussain menyata-kan perlawanannya terhadap Turki dan menggabungkan diri dgn pihak ~; bersekutu 1. berkawan (utk melakukan se-suatu), bersahabat: Vietnam dan Malaysia ~ dlm perjuangan mengekalkan kebebasan dgn keperibadian sendiri; 2. bergabungan dgn (supaya lebih kuat, besar, dll), bersatu, bersepakat: mereka telah ~ dgn kabilah-kabilah Arab utk menyerang Madinah; negeri-negeri ~; 3. merupakan pergabungan (perhimpunan), berkelompok: gajah ialah binatang yg hidup ~; menyekutui 1. mengawani (menemani) dlm sesuatu pakatan; 2. bersekutu (bersahabat, bersubahat, dll) dgn; menyekutukan menganggap sbg sekutu (bersekutu): jangan sekali-kali ~ Allah dgn sesuatu yg lain; persekutuan 1. pergabungan (persatuan dll) utk kepentingan bersama ahli-ahli; 2. pergabungan negara-negara dll: P~ Tanah Melayu; 3. Id syarikat perdagangan (perusahaan dll), perkongsian; penyekutuan proses (perbuatan) menyekutukan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syahid | Ar 1. saksi (yg menegakkan atau mempertahankan kebenaran agama Islam), orang yg mati kerana agama Islam, mati dlm perang sabil: perlawanan itu berakhir dgn ketigatiga orang pihak Quraisy telah terbunuh dan seorang drpd pihak Islam telah ~; 2. ark mati berdarah (terbunuh): setelah Raja Rekan merasai luka itu maka ditikamnya Sultan Abu Shahid, maka baginda pun mati ~lah; kesyahidan keadaan syahid: ~ al-Hallaj yg luar biasa apabila melukiskan mistik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendakwa | 1. mengemukakan tuduhan (aduan, tuntutan) terhadap seseorang dll ke mahkamah (utk pengadilan), mengemukakan (seseorang dll yg dituduh) di mahkamah (utk dibicarakan): sesiapa sahaja yg melanggar undang-undang negara boleh didakwa di mahkamah; 2. mengatakan atau mengemukakan sesuatu sbg satu kenyataan atau kebenaran, mengaku: orang Quraisy ~ agama merekalah yg benar; mereka ~ telah melihat beberapa orang awam ditembak mati oleh pemberontak itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |