Rejab | bulan yg ketujuh dlm tahun Hijrah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Rejab | Ar bulan ketujuh dlm tahun Hijrah, bulan Mikraj. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Rejab | bulan yg ketujuh dlm tahun Hijrah. | Kamus Pelajar |
bulan kenduri apam | Rejab; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesempatan | peluang utk, waktu yg terluang utk: Rejab mengambil ~ itu utk melarikan diri; hal ini tidak memberikan ~ kepadanya utk membalas; pd ~ lain , kerajaan Amerika menunjukkan kuasa kekerasan dan campur tangannya secara tentera; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kenduri apam | kenduri bagi menyambut Mikraj (biasanya diadakan dlm bulan Rejab); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Israk mikraj | peristiwa perjalanan Nabi Muhammad SAW pd waktu malam dr Masjidilharam ke Masjidilaqsa, seterusnya naik ke langit, lalu kembali ke Mekah pd malam yg sama, yg berlaku pd 27 Rejab tahun ke-11 selepas baginda dilantik menjadi Rasul (3 tahun sebelum hijrah). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Israk Mikraj | Ar peristiwa perjalanan Nabi Muhammad SAW pd malam hari dr Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa, seterusnya naik ke Sidratulmuntaha, lalu kembali ke Mekah pd malam yg sama, yg berlaku pd 27 Rejab tahun ke-11 selepas baginda dilantik menjadi Rasul (3 tahun sebelum hijrah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kenduri I | perjamuan makan (yg lazimnya didahului oleh zikir, doa, dsb) kerana sesuatu tujuan keagamaan (minta berkat, mendoakan orang yg telah meninggal, memperingati sesuatu peristiwa, dll), selamatan: malam itu diadakan ~ di surau tersebut; ~ apam kenduri bagi menyambut Mikraj (biasanya diadakan dlm bulan Rejab); ~ arwah kenduri utk memperingati (mendoakan) orang yg telah meninggal; ~-kendara berbagai-bagai jenis kenduri; ~ kunut kenduri yg diadakan dlm bulan puasa; ~ maulud kenduri kerana menyambut (meraikan) hari lahir nabi; ~ meniga (menujuh, empat puluh, meratus) hari kenduri arwah yg diadakan pd hari yg ketiga (ketujuh, keempat puluh, keseratus) hari selepas kematian seseorang; ~ moreh kenduri yg diadakan dlm bulan puasa (pd waktu berbuka puasa atau selepas sembahyang terawih); ~ selamat kenduri kerana bersyukur atas selamatnya sesuatu pekerjaan (perkembalian atau kepulangan seseorang dll); berkenduri mengadakan kenduri: kerabat Ramlah boleh jadi ~ di rumah mereka; ~ arwah mengadakan kenduri arwah; ~-kendara mengadakan berbagai-bagai jenis kenduri; mengendurikan 1. mengadakan kenduri utk (memperingati orang mati dll): orang itu pun dibunuh lalu dikapani dan ditanam serta dikendurikan hingga penujuhnya; 2. menjadikan bahan kenduri, menggunakan sesuatu utk kenduri: daging kambing itu pun dikendurikan; kanduri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Israk | peristiwa perjalanan Nabi Muhammad SAW pd waktu malam dr Masjidilharam di Mekah ke Masjidilaqsa di Baitulmuqaddis. ~ mikraj peristiwa perjalanan Nabi Muhammad SAW pd waktu malam dr Masjidilharam ke Masjidilaqsa, seterusnya naik ke langit, lalu kembali ke Mekah pd malam yg sama, yg berlaku pd 27 Rejab tahun ke-11 selepas baginda dilantik menjadi Rasul (3 tahun sebelum hijrah). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |