Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (séato) akronim bagi South-East Asia Treaty Organisation (iaitu ikatan negara-negara utk menjaga keselamatan negara-negara di Asia Tenggara). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata SEATO


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
SEATO(séato) akronim bagi South-East Asia Treaty Organisation (iaitu ikatan negara-negara utk menjaga keselamatan negara-negara di Asia Tenggara).Kamus Dewan Edisi Keempat
mendindingimerupakan dinding (utk me­nyekat, melindungi, menahan, menutup, me­rintang, dll), menjadi dinding pd: pokok bunga di sekeliling perigi itu ~ orang yg mandi drpd pelihatan orang ramai; pakatan SEATO ditubuhkan utk ~ kemaraan kuasa Komunis;Kamus Dewan Edisi Keempat
memasuki1. masuk ke dlm (rumah dll): orang itu kelihatan sedang ~ pintu pagar rumahnya; 2. mengikuti (kursus, kuliah, dll), menjadi pelajar (di sekolah dll): seramai tiga puluh lima orang penuntut dr sekolah Alam Shah akan ~ universiti tahun ini; 3. meng­ambil bahagian (dlm peraduan, peperiksaan, dll): beberapa hari lagi dia akan ~ peperiksaan; 4. menyertai sesuatu pertubuhan (pakatan dll): ~ pertubuhan SEATO; 5. mencampuri (urusan orang lain);Kamus Dewan Edisi Keempat
dinding1. penutup (penyekat) ruang, ba­ngunan, bilik, dll yg dibuat drpd kayu, bata, dll; sebuah gambar tergantung di ~; lampu ~ lampu yg disangkutkan di dinding; 2. sesuatu yg menyerupai dinding: ~ abdomen; ~ kambi papan (kayu) pd kaki dinding; ~ sel selaput yg menyelaputi sel; ~ tepas dinding yg dibuat drpd pelepah daun kumbar; ~ teretas, tangga terpasang prb bukti yg cukup utk menyatakan sesuatu hal; jadi ~ tasak peti permainan prb orang harapan raja dan orang besar-besar; berdinding, berdindingkan menggunakan (memakai) dinding: rumah panjang itu beratapkan daun bertam dan ~ kulit kayu; mendinding 1. memasang (melekatkan) din­ding: ayah saya tidak ada, dia pergi ~ rumah Pak Ngah Talib; 2. berupa dinding, spt dinding: bukit-bukit yg dipenuhi hutan tebal ~ ke sebelah barat kampung saya; mendindingi merupakan dinding (utk me­nyekat, melindungi, menahan, menutup, me­rintang, dll), menjadi dinding pd: pokok bunga di sekeliling perigi itu ~ orang yg mandi drpd pelihatan orang ramai; pakatan SEATO ditubuhkan utk ~ kemaraan kuasa Komunis; mendindingkan menggunakan sesuatu spt dinding; ~ tangan meletakkan tangan di atas dahi supaya tidak silau dll; terdinding tersekat oleh dinding, tersekat, terlindung: jikalau iman tidak teguh, segala godaan syaitan mungkin tidak ~ lagi; pendindingan perihal atau perbuatan men­dinding(i) atau mendindingkan; pendinding penutup, penyekat, penghalang, pelindung: agama bukan sahaja menjadi petunjuk ke jalan hidup yg sebenar, tetapi juga merupakan ~ drpd godaan hawa nafsu; doa ~ doa utk melindungi diri drpd mara bahaya; kain ~ miang, wang ~ malu prb berbuat (menggunakan) sesuatu biarlah kena pd tempatnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
masuk1. pergi ke dlm (bilik, rumah, tubuh badan, dll), datang ke dlm, lwn keluar: apabila ia melihat orang datang, maka larilah ia ~ hutan; lekas ~!; ia bebas ~ dan keluar; 2. terbenam (matahari, bulan, dll) ke dlm; 3. hadir di atau pergi ke tempat bekerja (se­kolah dll): mengapa engkau tidak ~ bekerja semalam?; enam bulan kemudian dia ~ hospital; ~ sekolah a) pergi ke sekolah utk belajar; b) menjadi murid di sekolah; 4. men­jadi ahli sesuatu pertubuhan (askar, agama, dll): maka segala orang negeri Fansuri itu pun ~ Islam; 5. sudah sampai (umur, tempoh, waktu, dll): umurnya baru ~ enam tahun; perundingan itu sudah ~ hari yg ketujuh; ~ saja waktu isyak, kesemuanya sudah menge-ruh; 6. terbilang, terhitung, tergolong dlm, terkira (termuat) dlm: ia ~ orang yg berada; kain ini ~ dlm jenis kain yg baik juga; tarian ini tidak ~ dlm acara pertunjukan malam terakhir; 7. ikut serta, turut campur: Ali tidak dapat ~ peperiksaan kerana sakit; 8. yg diperoleh (diterima, didapati): ada kerja ada ~, tak ada kerja, tak ada ~; ~ ajar mendengar atau menerima nasihat orang; ~ akal dapat diterima oleh akal (fikir­an), tidak mustahil; ~ angin sakit kerana kesejukan (perut kembung dll); ~ Belanda Id menjadi warganegara Belanda; ~ buku dicatat dlm buku (perbelanjaan dll); ~ campur ikut serta, turut mengambil bahagian; ~ daun sudah mendapat peluang yg baik (sesuatu yg pasti akan berhasil); ~ hati diterima oleh hati, ber­setuju; ~ Jawi Kd berkhatan; ~ kerja datang atau hadir bekerja; ~ kira terhitung (tergolong) dlm; ~ kompeni Id menjadi askar; ~ Melayu a) ark menganut agama Islam; b) menganuti (mengikuti) adat resam orang Melayu; ~ mulut turut memberi fikiran atau nasihat; ~ suluk mengasingkan diri (utk mengamalkan suluk); ~ syaitan dirasuki syaitan; ~ tangan campur tangan; ~ waktu sampai waktu (utk bersembahyang); ~ lima keluar sepuluh prb belanja yg lebih besar drpd penghasilan; ~ sarang harimau prb terperosok ke dlm suatu bahaya besar; memasuki 1. masuk ke dlm (rumah dll): orang itu kelihatan sedang ~ pintu pagar rumahnya; 2. mengikuti (kursus, kuliah, dll), menjadi pelajar (di sekolah dll): seramai tiga puluh lima orang penuntut dr sekolah Alam Shah akan ~ universiti tahun ini; 3. meng­ambil bahagian (dlm peraduan, peperiksaan, dll): beberapa hari lagi dia akan ~ pepe-riksaan; 4. menyertai sesuatu pertubuhan (pakatan dll): ~ pertubuhan SEATO; 5. mencampuri (urusan orang lain); memasukkan 1. membawa (membiarkan dll) masuk, mengisikan (ke dlm): ia ~ mesin taip ke dlm bilik; perusahaan ~ nanas ke dlm tin; dialah yg mula-mula ~ suatu konsep baru ke dlm kesusasteraan kita; 2. menjadi­kan seseorang ahli sesuatu pertubuhan dll: ramai ibu bapa ~ anak-anak mereka ke sekolah itu; 3. menaruhkan wang ke dlm sesuatu perusahaan dll, menanam modal: ia ~ RM50 ke dlm sebuah syarikat pd awal tiap-tiap tahun; termasuk 1. sudah masuk; ~ di hati ki dapat diterima, dipercayai; 2. tergolong (terhitung dll) dlm: labah-labah tidak ~ dlm kumpulan serangga; kemasukan 1. dimasuki (hantu, orang ha­lus, dll), dirasuki (hantu dll): lembu tua itu lari dan terus lari spt ~ hantu merempuh segala tanaman; 2. ada yg masuk, dimasuki oleh: matanya pedih kerana ~ asap sabut yg tebal itu; 3. perihal masuk (menganggotai) sesuatu pertubuhan dll: ~ Malaysia sbg anggota majlis keselamatan; pemasukan perbuatan (tindakan, kerja, proses, dsb) memasukkan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas