hodoh | tidak elok; buruk (bkn rupa seseorang dll): Rupanya ~, tetapi hatinya baik. menghodohkan menjadikan hodoh. kehodohan keadaan hodoh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
habuan | bahagian drpd sesuatu spt wang, makanan yg diuntukkan kpd seseorang; hak; rezeki: Dia membahagikan ~ kpd tiap-tiap anak kapal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penoda | orang yg menodai (seseorang gadis dsb), orang yg mencabuli kehormatan seseorang (perempuan): gadis tersebut mengandung tetapi ~nya sudah lama melarikan diri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rawan II | penjodoh bilangan utk beberapa benda (spt kancing baju, jala) yg bererti selengkap: se~ jala; se~ kancing baju; se~ tali. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
onggok | longgok, timbun, tompok: se~ jerami; se~ jering; beronggok-onggok berlonggok-longgok, bertimbun-timbun, bertompok-tompok: ia mengerat kayu api ~ banyaknya; kanak-kanak mulai ~, berbisik-bisik sesama sendiri; mengonggokkan melonggokkan, menimbunkan, menompokkan: bermacam-macam jenis buah-buahan, ulam, dll dionggokkan di atas meja di pasar itu; rezeki itu tidak akan dionggokkan di hadapan kita tanpa bekerja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tindak | 1. Jw langkah: ia bangun sambil berjalan se~ demi se~ kembali ke kerusinya; 2. perbuatan, perlakuan; ~ pidana perbuatan jenayah (kejahatan); ~-tanduk a) segala tingkah laku (perbuatan, kelakuan); b) sepak terajang; bertindak menjalankan usaha (kegiatan dll) utk sesuatu, mengambil langkah-langkah dsb utk mengatasi (menyelesaikan, menentang, dsb) sesuatu, berbuat, berlaku: ia mahu berfikir panjang sebelum ~ apa-apa; ia bersetuju ~ sbg perantaraan utk menyelesaikan pertelingkahan itu; ~ sendiri berbuat (melakukan) sesuatu menurut kehendak sendiri; menindak ark melakukan sesuatu terhadap; menindakkan melakukan, melaksanakan, menjalankan: ~ kekerasan; tindakan 1. peraturan dll (yg dilaksanakan), langkah yg diambil (utk mengelakkan, mengatasi, dsb sesuatu): perintah berkurung merupakan ~ yg berkesan utk mencegah merebaknya rusuhan; mengambil ~ a) me-laksanakan (mengadakan) peraturan-peraturan sbg mencegah atau menyelesaikan sesuatu; b) bertindak; 2. perbuatan, sesuatu yg (telah) dilakukan: negara Komanwel telah mem-bincangkan ~ kerajaan Rhodesia Selatan mengisytiharkan kemerdekaannya tanpa persetujuan kerajaan Inggeris; ~ pentadbiran (Udg) tindakan yg perlu dilaku-kan utk melaksanakan dasar dan maksud perundangan; ~ perusahaan tindakan spt mogok dan bekerja lambat-lambat, yg diambil oleh para pekerja kerana tidak berpuas hati terhadap kadar gaji yg diterima, suasana kerja dsb; ~ susulan langkah (gerakan dsb) yg diambil (dilakukan) selepas mendapat mak-lumat (laporan dsb) atau berikutan drpd sesuatu; ~ tatatertib hukuman yg dikenakan terhadap seseorang yg melanggar peraturan tatatertib perkhidmatan, organisasi dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tandan | tangkai buah-buahan yg bergugus-gugus spt pisang, kelapa: se~ kelapa; se~ pisang. bertandan ada tandannya. bertandan-tandan banyak tandannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
helai | 1 benda yg lebar dan tipis spt daun, baju, kertas; keping: Dia menggosok kain baju itu ~ demi ~. 2 kata atau penjodoh bilangan utk menghitung benda-benda yg lebar dan tipis spt daun, kertas atau benda yg halus dan panjang, spt rambut: se~ baju; se~ daun; se~ benang. berhelai-helai beberapa helai: ~ kertas yg dicontengnya. sehelai satu helai: ~ sepinggang pakaian yg ada pd tubuh saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
per se | (per sé) (Latin) itu sendiri (ungkapan yg digunakan utk menunjukkan bahawa sesuatu itu dipertimbangkan atas sifatnya sendiri, bukan berdasarkan hubungannya dgn perkara lain): kajian ini bukan membabitkan satira ~ spt yg ditegaskan pengkaji; transformasi budaya yg dimaksudkan hendaklah mencakupi transformasi dlm bidang kebudayaan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kawan | 1 kumpulan binatang (spt kambing, lembu); gerombolan (penjahat, perompak dll): Ketika merayau-rayau di dlm hutan, dia telah bertemu dgn se~ gajah. Se~ penjahat bersembunyi di dlm hutan. 2 sahabat; teman; rakan; pengikut: Ali dan ~-~nya berkelah di tepi pantai. 3 sesuatu yg dimakan dgn sesuatu sbg pelengkap; jodoh: ~ sirih apa-apa yg dimakan dgn sirih (pinang, gambir dll). 4 orang yg bersama-sama melakukan sesuatu: ~ sekerja orang yg sama-sama bekerja dlm satu pejabat. berkawan 1 = berkawan-kawan berkelompok-kelompok; beramai-ramai: Gajah biasanya hidup ~ di dlm hutan. 2 bersahabat; berteman: Dia jahat, tak usah ~ dgn dia. mengawan melakukan hubungan jenis (bkn binatang). mengawani menemani: Gadis itulah yg ~nya apabila suaminya keluar bekerja pd waktu malam. kawanan sekumpulan binatang; segerombolan penjahat dsb: ~ penyamun. pengawanan perihal atau perbuatan mengawan: Proses ~ itu berlaku utk menghasilkan baka lembu yg baik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |