Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Peribahasa

Dalam sudah keajukan,
     dangkal sudah keseberangan.

Bermaksud :

Telah diketahui benar-benar tujuan atau maksud seseorang. ajuk = duga.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sudah1. telah siap sedia, lengkap, selesai: surat itu pun ~lah; 2. habis, berakhir; 3. = sudah-sudah telah lalu (lampau): bulan ~ keting lembu Dogol ditakik orang; 4. telah berlaku (terjadi), telah: dan lagi sekarang segala sampan pukat itu pun ~ keluar, tiada tinggal lagi dlm sungai; 5. = sudahlah cukuplah (dgn yg demikian itu), padalah: ~lah, jangan bertengkar-tengkar lagi! 6. memang begitu (keadaannya, halnya, dll), sememangnya: bagai­mana boleh kapalnya lalu, kalau ~ dilingkungi karang; 7. = sudahnya, sudah-sudahnya akhirnya, kemudiannya: yg hidup itu sedia akan mati juga ~nya; sesudah, sesudahnya setelah sudah, sehabis, selepas, setelah: ~ minum mereka pun ber­pisah; sesudah-sudah, sesudah-sudahnya seha­bis-habisnya (melakukan sesuatu), sekehen­dak hatinya, semahu-mahunya; bersudah ada sudahnya (akhirnya, peng­habisan); bersudah-sudah telah putus atau habis (per­sahabatan, perhubungan, keluarga, perkah­winan, dll); menyudahi 1. mengakhiri (percakapan, pekerjaan, dll), menghabisi: ia ~ nasihatnya dgn umpatan; 2. menunaikan (permintaan, keinginan, dll), memenuhi; 3. ki menamatkan riwayat, membunuh; ikhtiar menjalani, untung ~ prb utk mencapai sesuatu maksud mestilah berusaha tetapi berhasil atau tidaknya terserahlah kpd nasib; menyudahkan, mempersudahkan 1. me­ngerjakan hingga habis (pekerjaan, tugas, dll), menyempurnakan, menyiapkan: mereka akan berlumba-lumba utk ~ sesuatu kerja; 2. menjadikan berakhir, menamatkan: patik hendak pergi ke Inderapura, supaya patik persudahkan pekerjaan Megat Panji Alam itu; 3. mencari penyelesaian (masalah dll), menyelesaikan: salin dan sudahkan kira-kira di bawah ini; kesudahan 1. penghabisan, akhir, akibat: maka diceritakannya dr mula perbuatannya membunuh itu hingga sampai ~nya; 2. keputusan (drpd sesuatu), kesempurnaan, keselesaian; 3. akhirnya, kemudiannya: ~nya rumah di kawasan itu habis musnah; berkesudahan berakhir (dgn), berkeputus­an, berakibat: Ramlah sakit keras kerana sedih, rindu, dan sesal tidak ~; kesudah-sudahan akhir-akhirnya, kemudian­nya: maka ~ iaitu kelak memberi mudarat kpd nyawa; penyudahan perihal menyudahkan, penye­lesaian, penyempurnaan; penyudah yg akhir sekali, penutup (per­cakapan dll): barangkali keluhan itu sampai juga ke telinganya sebab pd ~ cakapnya ia kelihatan marah-marah.Kamus Dewan Edisi Keempat
terdaftarsudah (telah) didaftarkan atau ditulis dlm daftar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tertuduhsudah (telah) dituduh, terdakwa: dia ditangkap bukan kerana mencuri atau menipu tetapi kerana ~ membantu musuh dlm masa negeri kita diduduki oleh Jepun;Kamus Dewan Edisi Keempat
bersirasudah (telah) disira: dia meng­hidangkan kerepek ubi goreng yg ~ dgn gula;Kamus Dewan Edisi Keempat
terdaftarsudah (telah) didaftarkan atau ditulis dlm daftar.Kamus Pelajar
rampungJw selesai, beres: pekerjaan kita sudah ~; telah ~ segala permuafakatan; merampungkan menyelesaikan, mem­beres­­kan: tahap pertama harus dirampung­kan dulu.Kamus Dewan Edisi Keempat
kata kerja bantuId kata kerja (spt sudah, telah, pernah, masih, sedang, belum, akan, dsb) yg digunakan sbg penolong kata kerja lain;Kamus Dewan Edisi Keempat
bantu; guru ~ Id guru penolong; kata kerja ~ Id kata kerja (spt sudah, telah, pernah, masih, sedang, belum, akan, dsb) yg digunakan sbg penolong kata kerja lain;berbantu mempunyai (mendapat) bantuan: ia hidup bersendirian dan tiada ~;berbantu-bantuan saling membantu antara satu sama lain: jika perkara itu tidak berkehendak ~, maka wajiblah dikerjakannya sendiri;berbantukan menggunakan sesuatu atau seseorang bagi membantu melaksanakan sesuatu (tugas, kerja dsb): pemelajaran membaca yg ~ multimedia sangat menarik dan dapat menggalakkan kanak-kanak membaca;membantu memberi pertolongan, menolong, menyokong: keluarga itu sangat baik hati dan ~ saya dgn modal;membantui menolongi: sebarang kerja yg boleh dan patut dibantuinya;memperbantukan, membantukan menjadikan penolong: tentera itu diperbantukan oleh negara-negara sahabat utk mempertahankan Malaysia;bantuan sesuatu yg diberikan atau dilakukan utk membantu, pertolongan, sokongan: beberapa negara di Asia ini mendapat ~ ekonomi drpd Amerika Syarikat; ~ guaman bantuan kewangan yg diberikan oleh kerajaan atau sesebuah organisasi kpd orang yg tidak mampu membiayai kos khidmat peguam;pembantuan, perbantuan perihal (usaha, kegiatan, dsb) membantu: kekayaan yg diperoleh bukanlah kerana kecerdikannya tetapi lantaran perbantuan isterinya;pembantu orang (alat dll) yg membantu, penolong: anaknya seorang sahajalah yg merupakan ~nya;~ perubatan orang yg bertauliah (biasanya lelaki) yg membantu doktor di hospital, klinik, dsb; ~ rumah seseorang, biasanya perempuan, yg bekerja di rumah orang utk membuat kerja spt mengemas rumah, membasuh pakaian, memasak dll, orang gaji.Kamus Dewan Edisi Keempat
terpakaisudah (telah) dipakai: kereta ~ kereta yg sudah dipakai oleh orang lain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terpakaisudah (telah) dipakai: kereta ~ kereta yg sudah dipakai oleh orang lain.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas