UMNO | akronim bagi United Malays National Organisation (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merumuskan | 1. memendekkan atau meringkaskan (perkataan): UMNO dirumuskan drpd kata-kata Inggeris United Malay National Organisation; 2. menyatakan sesuatu (spt hukum dll) dgn rumus: tambahan peraturan syarikat patut dirumuskan berdasarkan undang-undang; hukum Boyle boleh juga dirumuskan secara hisab; 3. menyebutkan (menyatakan, mengumumkan) sesuatu dgn ringkas lagi tepat: hanya kepemimpinan berwibawalah yg sanggup ~ keputusan terakhir; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencapaian | apa yg telah dicapai (dihasilkan atau diperoleh), prestasi: Pemuda UMNO harus melihat sama ada ~ orang Melayu sudah sampai ke tahap sempurna atau belum; isi, tema, persoalan novel bukanlah penentu mutlak ~ sesebuah novel; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
majlis I | 1 badan yg mengurus sesuatu dgn mengadakan mesyuarat; lembaga; jawatankuasa: ~ Tertinggi UMNO; ~ Tempatan. 2 perjumpaan orang ramai utk sesuatu tujuan; keramaian: ~ perkahwinan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengundian | perihal (perbuatan, proses, dsb) mengundi, pemilihan dgn cara mengundi: pengumuman keputusan ~ memilih pucuk pimpinan UMNO; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
parti | 1 golongan atau kumpulan orang yg mempunyai tujuan serta dasar yg sama dlm hal-hal politik: ~ UMNO; ~ Islam. 2 majlis perjumpaan utk bersuka-suka dll: ~ tari-menari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jaguh I | 1. ayam jantan; 2. calon (dlm sesuatu pemilihan): dlm pilihan raya yg akan datang dialah ~ UMNO di kawasan ini; 3. = jagoan Jk orang yg terkemuka (ahli) dlm sesuatu lapangan: Rustam seorang ~ politik; ~ gelut orang yg suka berkelahi (bergomol); ~ kapuk Id bekas pemain (bola dsb); ~ keprok Id ark orang yg menjadi tukang pukul; ~ tinju johan tinju, orang yg kerjanya bertinju; menjaguhi menjadi jaguh (terkemuka) dlm (sesuatu bidang dsb): dia memang berusaha keras utk ~ permainan itu kali ini; menjaguhkan menjadikan calon, mencalonkan; kejaguhan perihal menjadi jaguh (orang yg ahli dlm sesuatu lapangan), kehandalan, keunggulan: Bahri memperlihatkan ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baru-baru ini | tidak lama dahulu, tidak berapa lama sebelum ini: kita menyokong perbahasan itu dlm Perhimpunan Agung UMNO ~ ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baru-baru | ; ~ ini tidak lama dahulu, tidak berapa lama sebelum ini: kita menyokong perbahasan itu dlm Perhimpunan Agung UMNO ~ ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setiba | sebaik-baik tiba, sesampai, seketika selepas tiba: ~nya di Pulau Pinang beliau telah melakukan upacara pembukaan bangunan UMNO; | Kamus Dewan Edisi Keempat |