VCD | kep video compact disc (cakera padat video, iaitu cakera yg boleh menyimpan filem atau muzik secara digital). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
VCD | kep video compact disc (cakera padat video, iaitu cakera yg boleh menyimpan filem atau muzik secara digital). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tonto | orang tengah yg bertindak sbg pemberi maklumat dsb utk menggagalkan tugas pe-nguatkuasaan undang-undang dsb oleh pihak berkuasa: penjual terbabit tidak mempamerkan VCD haram kerana mungkin sudah men-dapat maklumat drpd ~ yg mengekori pergerakan pegawai penguat kuasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencetak rompak | menghasilkan semula, menerbitkan atau menggunakan bahan bercetak atau bahan rakaman (spt pita video, perisian komputer, kaset dsb) karya orang lain tanpa kebenaran atau secara haram, terutamanya utk tujuan memperoleh keuntungan: polis berjaya menumpaskan sindiket ~ VCD; beberapa kegiatan ~ perisian komputer telah dapat dikesan oleh pihak berkuasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cetak rompak | perbuatan menerbitkan hasil ciptaan atau karya penulis, pemuzik, penyanyi dsb, tanpa kebenaran, tanpa membayar royaliti kpd mereka dsb: masalah ~ bukan sahaja menjadi masalah penyanyi malah masalah para pengeluar kaset; mencetak rompak menghasilkan semula, menerbitkan atau menggunakan bahan bercetak atau bahan rakaman (spt pita video, perisian komputer, kaset dsb) karya orang lain tanpa kebenaran atau secara haram, terutamanya utk tujuan memperoleh keuntungan: polis berjaya menumpaskan sindiket ~ VCD; beberapa kegiatan ~ perisian komputer telah dapat dikesan oleh pihak berkuasa; pencetak rompak orang atau sindiket yg menjalankan kegiatan cetak rompak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |