laut I | 1. air masin yg menggenangi sebahagian besar drpd muka bumi, lwn darat: L~ Merah; L~ China dll; biru air ~; 2. kumpulan sesuatu benda yg amat banyak: ~ api; ~ madu; 3. utara; barat ~ arah di antara barat dgn utara; timur ~ arah di antara timur dgn utara; 4. Ph, ki jauh ke tengah (sungai, tasik, dll); ~ api a) kebakaran yg besar; b) kumpulan api yg besar; ~ janggawari laut yg besar; ~ kalzum sl Laut Merah; ~ lepas (berdebu, jelebu, jerebu, serebu, rembang) laut yg terbentang luas; ~ budi tepian akal prb orang yg cerdik dan pandai; ~ ditembak darat kena prb beroleh sesuatu yg tidak dihajati; ~ ditimba akan kering prb harta walau banyak sekalipun akan habis juga jika selalu dibelanjakan; ~ mana yg tak berombak, bumi mana yg tak ditimpa hujan prb manusia mana yg tiada membuat kesilapan (segala pekerjaan ada kesulitannya); tak ada ~ yg tidak berombak prb tidak ada pekerjaan besar yg tidak ada bahayanya; melaut 1. spt laut, luas spt laut: kawasan hutan simpan yg ~ luasnya; 2. turun ke laut (utk belayar dll); sudah ~ mendarat sudah pergi ke mana-mana; tak sungguh seluang ~akhirnya balik ke tepi juga prb tidak betah merantau akhirnya balik ke kampung juga; melauti pergi belayar di laut, melayari; melautkan ki membesar-besarkan, menghebah-hebahkan; setitik dilautkan sekepal dibukitkan prb membesar-besarkan perkara yg kecil; memperlaut melayarkan kapal (perahu dll), mengirim barang-barang dgn kapal; lautan 1. laut yg besar (luas): tidurlah jangan ingatkan orang yg jauh di seberang ~; L~Teduh lautan di antara Amerika dgn Asia dan Australia, Lautan Pasifik; 2. kumpulan sesuatu yg sangat banyak: ~ api; ~ air mata; ~ padi kawasan padi yg luas; kelautan yg berkaitan dgn laut: iklim ~; pelaut orang yg selalu turun ke laut (kelasi dll), pelayar; kepelautan kemahiran dlm kerja-kerja mengemudikan atau mengendalikan kapal, bot dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
l II | kep liter (ukuran isi barang cair dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
l I | huruf ke-12 abjad Rumi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lema l | Kl tidak sedap tubuh (kerana demam dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kapur l | 1. benda putih yg diperoleh drpd kulit kerang dll yg dibakar (utk dimakan dgn sirih, mengecat rumah, dll); 2. = ~ tulis = ~ belanda Id kapur utk menulis di papan hitam; ~ barus sj benda yg rangsang baunya (diperoleh drpd pokok Dryobalanops aromatica atau Cinnamomum camphora, atau dibuat dgn kaedah atau proses kimia); ~ hidup = ~ kuripan = ~ mentah = ~ tohor kapur yg belum dicampur dgn air, kalsium oksida; ~ masak kapur mati yg dicampur dgn pasir dan air; ~ mati = ~ kaustik kapur yg sudah bercampur dgn air, kalsium hidroksida; ~ paris sj serbuk putih yg mengeras apabila dicampur dgn air, biasanya digunakan utk membuat acuan, birai hias, membebat tulang yg patah dsb, plaster paris; ~ sirih kapur yg dimakan dgn sirih; ~ tohor nama lain utk kalsium oksida; bagai kunyit dgn ~ prb perbuatan yg lekas menjadi (serasi sekali); spt ~ di hujung telunjuk prb perihal seseorang yg tidak dapat melakukan sesuatu pekerjaan atau tidak dapat menolong saudara mara dlm kesusahan; sekapur; sirih ~ sirih lengkap dgn kapur dan kawannya (pinang, gambir, dll); ~ sirih sekejap (sebentar); berkapur mengandungi kapur; tanah ~ tanah yg mengandungi kapur; mengapur 1. menyapu dgn kapur, memberi berkapur: ~ sirih; 2. = mengapuri menjadikan putih dgn kapur, menyapu kapur (pd dinding dll): masjid-masjid dan surau-surau dicat dan dikapur; mengapurkan menyediakan sirih lengkap dgn kapur dll (utk dimakan): Tuan Putera Dayang Seri Jawa pun ~ sirih; pengapuran perbuatan mengapur atau mengapuri (dinding dll); pekapuran 1. = pekapur bekas (tempat) kapur; 2. tempat membakar kapur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerah l | 1. terang (berkenaan (dengan) hari, bulan, lampu,langit, dan lain-lain): hari sudah cerah; 2. jernih (berkenaan (dengan) kaca dan lain-lain); 3. tidak hitam, agak putih (berkenaan (dengan) kulit): kulitnya cerah; 4. berseri, tidak muram (berkenaan (dengan) rupa muka): wajah Cikgu Seman belum cerah betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah cerah; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu cerah sikit; cerah ceria terang lagi bersih (berkenaan (dengan) udara, cuaca, dan lain-lain); cerah kulit tidak hitam (dan tidak putih benar); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
B.L. | kep Barat Laut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
a/l | kep anak lelaki (kpd): Maniam ~ Muniandy. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
huruf | lambang bertulis yg digunakan utk menyatakan bunyi dlm sesuatu bahasa; lambang dlm abjad. ~ awal huruf yg pertama dlm sesuatu perkataan. ~ benar huruf selain huruf saksi atau vokal; konsonan (l, s, t dll). ~ besar huruf yg berukuran dan berbentuk khusus, biasanya digunakan sbg huruf pertama bagi perkataan dlm ayat atau huruf pertama pd kata nama khas spt nama orang, nama tempat (mis, A, B, D, L). ~ cap huruf yg ditulis tegak dan tidak bersambung. ~ cetak huruf yg digunakan dlm cetak-mencetak. ~ Jawi huruf Arab yg digunakan utk menulis kata-kata dlm bahasa Melayu. ~ kecil huruf yg biasa digunakan, bukan huruf besar (mis, a, b, d, l). ~ miring (condong) huruf yg miring ke kanan bentuknya. ~ ringkas kependekan (spt KL bagi Kuala Lumpur). ~ Rumi (Roman) huruf menurut abjad Latin (spt a, A, b, B). ~ saksi huruf a, e, i, o, u; vokal. ~ tebal huruf yg dicetak tebal. berhuruf menggunakan huruf; ditulis dgn huruf: Berikan perkataan seerti bagi perkataan-perkataan yg ~ condong dlm ayat-ayat di bawah ini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersanggu | l 1. memakai sanggul: rambutnya ~ lintang sangkut; 2. sedang mengenakan sanggul; | Kamus Dewan Edisi Keempat |