mikropemproses N-bit(N-bit microprocessor) | Mikropemproses yang berkemampuan mengolah perkataan sebesar N bit pada sesuatu ketika. N biasanya bernilai 1, 4, 8, 16, 32, dan 64 bit. | Kamus Komputer |
pelengkap pada N(complement on N) | Pelengkap nombor yang ditentukan berdasarkan radiks N. | Kamus Komputer |
nu | huruf ke-13 dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol N, n. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelengkap pada N-1(complement on N-1) | Pelengkap nombor yang ditentukan berdasarkan radiks N tolak satu. | Kamus Komputer |
lengkapan sepuluh(ten`s complement) | Nombor yang dapat ditambahkan kepada sesuatu angka digit N lalu menghasilkan jumlah 10 N, iaitu satu diikuti N sifar. | Kamus Komputer |
sengau | dgn bunyi suara yg keluar melalui hidung apabila bercakap; huruf ~ huruf (spt n, ng) yg dilafazkan dgn mengeluarkan udara melalui rongga hidung; sengau-sengauan bercakap-cakap spt orang sengau; menyengaukan melafazkan (huruf dll) dgn bunyi yg keluar melalui hidung: vokal ‘i’ yg berlaku selepas atau sebelum konsonan ‘n’ spt pd perkataan ‘ini’, disengaukan; sengauan bunyi sengau, sebutan sengau; kesengauan sifat (keadaan atau bunyi) sengau: ~ yg sengaja dibuat-buat utk menyindir sese-orang; penyengauan perbuatan menyengaukan sebut-an (sesuatu huruf). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
N | simbol kimia bagi nitrogen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
N | huruf ke-14 abjad Rumi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
n | huruf ke-14 abjad Rumi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
negeri | 1. daerah tempat tinggal (kampung, negara, dll): membuka ~; ia berasal dr ~ China; anak ~ penduduk asli sesuatu tempat, bumiputera; 2. daerah yg di bawah perintah seorang sultan atau gabenor: saya berasal dr ~ Pahang; dewan ~ majlis perundangan negeri; tanah ~ tanah milik negeri; 3. kawasan bandar, bandar; 4. kerajaan, pemerintah; S.M.A. N~ Id Sekolah Menengah Atas Kerajaan; 5. bp, Id tanah asing (terutama negara-negara Barat); 6. Mn sekumpulan kampung yg di bawah seorang ketua, daerah; ~ akhirat alam sesudah kehidupan di dunia ini; ~ angkat negeri yg dianggap sbg negeri sendiri; ~ as Id = ~ pasak (Itali, Jepun dan Jerman dlm perang dunia kedua); ~ asing negeri bukan negeri sendiri; ~ Cik Siti Wan Kembang panggilan bagi negeri Kelantan; N~ Di Bawah Bayu panggilan bagi negeri Sabah; N~-N~ Selat negeri-negeri (Melaka, Pulau Pinang dan Singapura) yg diperintah langsung oleh orang Inggeris pd zaman penjajahan; ~ yg baka (kekal) akhirat; ~ yg fana dunia; ~ gedang, rumah gedang, berapa pun panjang perian tak akan tersanduk prb orang kaya yg murah hati biarpun banyak orang yg meminta pertolongan kepadanya tidaklah ia akan gusar atau susah; alpa ~ alah, sia-sia hutang tumbuh prb jika alpa atau sia-sia kerugian dan bencana juga yg menimpa; ibarat ~ berubah resam prb hal manusia itu berubah-ubah fikirannya; ke ~ cacing prb mati; spt ~ dialahkan geroda prb negeri atau kampung yg menjadi sunyi kerana penyakit atau malapetaka yg lain; bernegeri 1. mempunyai negeri; 2. mempunyai tempat tinggal, berkediaman: sedang baginda ~ di Pasir Raja dewasa itulah datang kpd hamba Seri Nara Wangsa; kenegerian perihal negeri, yg menunjukkan sifat-sifat atau ciri-ciri negeri; faham ~ faham kedaerahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |