mantu | Jk menantu; abang ~ abang ipar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
abang ipar | abang suami atau isteri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
abang ipar | abang kpd isteri (atau suami) seseorang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
abang mantu | abang ipar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ipar | saudara suami (isteri); abang ~ abang suami atau isteri; adik ~ adik suami atau isteri; ~-duai, = ~-lamai saudara pupu kpd suami atau isteri; beripar mempunyai hubungan sbg ipar: dia ~ dgn saya; beriparkan mempunyai seseorang sbg ipar: Hasmah ~ seorang peguam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
abang I | 1. saudara lelaki yg lebih tua drpd seseorang (biasanya seibu seayah dengannya); 2. panggilan khususnya kpd saudara tua laki-laki, adik-beradik; 3. panggilan kpd seseorang lelaki yg lebih tua sedikit; 4. panggilan kpd suami; ~ angkat orang lelaki yg lebih tua drpd seseorang yg tidak mempunyai hubungan darah dengannya tetapi telah diambil sbg anak oleh ibu bapanya; ~ ipar abang kpd isteri (atau suami) seseorang; ~ kandung abang yg seibu dan seayah dgn seseorang; ~ tiri abang kpd seseorang yg merupakan anak kpd ibu atau ayahnya hasil drpd perkahwinan yg terdahulu (dgn suami atau isteri yg lain); berabang 1. mempunyai abang (biasanya abang kandung); 2. memanggil seseorang abang, menggunakan kata (panggilan) abang terhadap seseorang; berabangkan mempunyai seseorang sbg abang: ~ seorang yg pengasih dan bertimbang rasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
adik | 1. saudara kandung (laki-laki atau perempuan) yg lebih muda; ~ bongsu adik yg termuda; ~ kandung = ~ seibu sebapa anak kpd ibu dan bapa seseorang yg lebih muda daripadanya; ~ seayah adik berlainan ibu; ~ seibu adik berlainan ayah; 2. panggilan (khasnya kpd saudara kandung atau saudara mara yg lebih muda atau kpd isteri dan amnya kpd orang yg lebih muda); ~ ipar adik lelaki atau perempuan kpd suami atau isteri seseorang; ~ sanak ayah anak saudara lelaki ayah (yg lebih muda); ~ sanak ibu anak saudara perempuan ibu (yg lebih muda daripadanya); ~ sepupu anak (yg lebih muda) kpd adik atau kakak ayah atau emak seseorang; bulan ~ Maulud bulan Rabiulakhir; beradik 1. mempunyai atau ada adik: biarlah dia bermanja sepuas-puasnya sementara belum ~ lagi; 2. bersaudara kandung: kami tinggal tiga ~ di rumah itu selepas pemergian ayah; adik-beradik, adik kakak 1. (beberapa orang) yg mempunyai hubungan kekeluargaan (kerana seayah atau seayah dan seibu), bersaudara; mereka lima ~ mereka lima bersaudara: bergaduh ~ dlm pembahagian harta pusaka; 2. (berlaku) sbg saudara, antara atau selaku adik dgn abang (atau kakak): mari kita bicarakan ~ dahulu; beradik kakak selaku adik dan kakak; memperadik memandang (memanggil, menyebut) adik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |