aci-aci | Id andai, misal, umpama; ~nya seandainya, seumpamanya, kalau-kalau; mengaci-acikan memisalkan, mengumpamakan, mengandaikan; aci-acian sesuatu yg terbayang dlm fikiran, gambaran angan-angan: sudah kami mempunyai ~ bagaimana mendirikan masjid itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aci-aci | kayu panjang utk menggulung layar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aci I | diterima, jadi, sah, (dlm permainan, pertaruhan, dll); tidak ~ tidak jadi, tidak sah; lebih kurang sedikit janganlah diambil ~ sangat lebih kurang sedikit janganlah diambil berat; mengacikan mengakui sbg aci atau sah, mengesahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelugur | 1 nama sj pokok atau buahnya (buahnya beralur-alur dan dpt dibuat asam), Garcinia spp.. 2 ukiran yg beralur-alur pd kaki meja dll. 3 lekuk atau alur memanjang pd aci (biasanya pd bahagian hujung) utk memungkinkan dua batang aci disambung dan berpusing serentak. bergelugur ada gelugurnya: Besi galvani ~ dijadikan bahan utk membuat bumbung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aci pacu | batang logam yg memacu dan menghubungkan satu bahagian dgn bahagian lain dlm kenderaan bermotor. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aci engkol | batang logam berputar yg menyambungkan engkol dgn rod penyambung utk menukar gerakan turun naik kpd gerakan berpusing pd enjin pembakaran dalam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aci II | gandar roda. ~ engkol batang logam berputar yg menyambungkan engkol dgn rod penyambung utk menukar gerakan turun naik kpd gerakan berpusing pd enjin pembakaran dalam. ~ pacu batang logam yg memacu dan menghubungkan satu bahagian dgn bahagian lain dlm kenderaan bermotor. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aci I | (diucapkan dlm beberapa jenis permainan) jadi; sah; benar: tak ~ tidak jadi; batal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aci-acian | sesuatu yg terbayang dlm fikiran, gambaran angan-angan: sudah kami mempunyai ~ bagaimana mendirikan masjid itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aci-acinya | seandainya, seumpamanya, kalau-kalau; | Kamus Dewan Edisi Keempat |