acum | ; mengacum 1 membuat seseorang berasa sakit hati atau marah kpd orang lain; menghasut. 2 mengajak berkelahi. acuman kata-kata atau perbuatan yg mengacum; hasutan; tantangan. pengacum orang yg mengacum; penghasut; penantang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
acum | mengacum 1. menghasut supaya bermusuhan dsb: dicarinya akal utk ~ adik-beradik itu supaya bermusuhan; 2. mengajak berkelahi, menentang: ~ lawan; 3. Kd mengadu pd seseorang; acuman 1. hasutan; 2. tentangan; pengacum 1. penghasut; 2. penentang, orang yg menentang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
acum | mengacum 1. membuat seseorang berasa sakit hati atau marah kpd orang lain; menghasut. 2. mengajak berkelahi. acuman kata-kata atau perbuatan yg mengacum; hasutan; tantangan. pengacum orang yg mengacum; penghasut; penantang. | Kamus Pelajar |
mengocok | menghasut, mengacum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ocok | Kd, Pn; mengocok menghasut, mengacum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menceraikan | 1. = memperceraikan a) menjadikan tidak bercantum (bersatu, berhubungan) lagi: jiwa paman akan beta ceraikan dgn badan paman; baiklah kepalaku perceraikan dgn badanku; b) meleraikan (orang bergaduh, bertumbuk, dll); 2. memutuskan perhubungan sbg suami isteri, menggugurkan (menjatuhkan) talak: Dollah kena acum, sebab itulah dia ~ isterinya; 3. memberhentikan (anak drpd menetek), menyapih, menyarak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerai | 1. pisah, sarak; 2. tidak sbg suami isteri lagi, sudah putus perhubungan sbg suami isteri, talak: ia tidak dapat berbuat apa-apa selain meminta ~ dan menyuruh suaminya mengahwini gadis itu; ~ susu sudah berhenti menetek; ~ taklik cerai antara suami isteri dgn janji (spt gugurnya talak dgn sendiri kalau di darat enam bulan, ke laut setahun, berita tidak kedengaran); ~ tembilang cerai antara suami isteri kerana salah seorang meninggal; bercerai 1. tidak bersatu (bercampur, berkumpul, bersama) lagi, berpisah, berpecah: malam ini kita berkampung, malam esok kita ~; 2. terputus hubungan atau pertalian sbg suami isteri: mereka yg menjalani perkahwinan yg dipaksa-paksa spt itu, ~ juga akhirnya; ~ susu berhenti menetek; ~ tidak bertalak, bernikah tidak berkadi = ~ tidak bertalak, kembali tidak berkadi prb perhubungan jenis lelaki perempuan yg tidak sah (spt pelacuran dll); bercerai-cerai, bercerai-ceraian berpecah-pecah, berpisah-pisah; menceraikan 1. = memperceraikan a) menjadikan tidak bercantum (bersatu, berhubungan) lagi: jiwa paman akan beta ceraikan dgn badan paman; baiklah kepalaku perceraikan dgn badanku; b) meleraikan (orang bergaduh, bertumbuk, dll); 2. memutuskan perhubungan sbg suami isteri, menggugurkan (menjatuhkan) talak: Dollah kena acum, sebab itulah dia ~ isterinya; 3. memberhentikan (anak drpd menetek), menyapih, menyarak; mencerai-ceraikan menjadikan atau menyebabkan bercerai-cerai, memisah-misahkan: gunakan dua garpu utk ~ daging yg telah direbus; tercerai terpisah, tidak terkumpul, terasing: bahan-bahan utk penyelidikan itu ~-cerai di sana sini; ceraian 1. bahagian atau fasal kecil (dlm undang-undang, penyata, surat perjanjian, dll); 2. bahagian drpd tulisan (cetakan dll) yg nampak tercerai drpd bahagian lain, perenggan; perceraian 1. perpisahan, perpecahan; 2.perihal (kejadian) bercerai (antara suami isteri); penceraian perihal (perbuatan) menceraikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |