Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ada

Puisi
 

Sirih ada pinang pun ada,
     Saja saya tak bubuh di tepak;
Kasih ada sayang pun ada,
     Sajalah saya tak beri nampak.


Lihat selanjutnya...(330)
Peribahasa

Ada ubi ada talas,
     ada budi ada balas.

Bermaksud :

Berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat; tiap-tiap aksi ada reaksinya. (Bandingkan dengan: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas).

 

Lihat selanjutnya...(320)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terdapatdidapati ada; ada: Di belakang rumahnya, ~ juga pokok buah-buahan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bergetah1 ada getahnya: Ada pokok yg ~ dan ada yg tidak. 2 berasa melekat-lekat spt ada getahnya: ~ badannya kerana berpeluh. 3 ki menarik dan menggiurkan (bkn bentuk badan, cara berpakaian dsb, ttg wanita).Kamus Pelajar Edisi Kedua
kena-mengena1 (ada) sangkut pautnya; (ada) hubungannya atau (ada) kaitannya: Saya tidak ada ~ dgn perkara itu. 2 bersaudara-mara; berkeluarga; berkerabat: Dia ~ dgn saya kerana datuknya sepupu datuk saya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kala Imasa; ketika; waktu: pd ~ pd masa; ada ~nya ada ketikanya; ada masanya; berkala berulang-ulang diterbitkan pd waktu yg tetap (bkn majalah dll). berkala-kala sekali-sekali; terkadang-kadang. sekala; sekali-~ kadang-kadang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ada kalanyaada ketikanya; ada masanya;Kamus Pelajar Edisi Kedua
umur1 lama masa sejak dilahirkan (diadakan dsb); usia: ~ anaknya sudah empat tahun. panjang ~ lama hidupnya; pendek ~ tidak lama hidupnya. 2 nyawa, hayat: Ada ~ ada rezeki. berumur 1 mempunyai umur; umurnya; usianya. 2 sudah agak tua atau sudah dewasa. seumur sama umurnya; sebaya: ~ hidup selama hidup.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tarayg sama tingkat atau kedudukannya; banding; imbangan: tidak ada ~nya tidak ada bandingnya. bertara ada taranya; berbanding; berimbang; ti­dak ~ tidak ada bandingnya. me­narakan menjadikan sama (bkn keadaan, tingkat atau kedudukan); menyamakan. setara sama keadaannya (kedudukannya, tarafnya dll); seban­ding; seimbang: Kekayaan dua orang itu ~. menyetarakan menjadikan setara. kesetaraan kedudukan atau keadaan setara. penyetaraan perbuatan atau perihal menyetarakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
takkep tidak: ~ ada tidak ada. ~kan a. tidak akan. b. masakan; mustahil. ~ apa a. tidak mengapa. b. tidak ada apa-apa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
relevan/rélevan/ ada kaitan atau ada hubungannya (dgn), dpt dikaitkan atau dihubungkan dgn: Perkara itu tidak ~ dgn topik yg dibincangkan. merelevankan menjadikan relevan; menjadikan ada kaitannya dgn: Tidak wajar mereka ~ perkara-perkara yg tidak ada kaitannya dgn kes itu. kerelevanan keadaan relevan: Pihak pembangkang mempertikaikan ~ isu itu dgn perkara yg sedang didebatkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lobi IIkegiatan, tindakan atau usaha yg dilakukan utk mempengaruhi seseorang (sesuatu pihak) yg ada kaitan, biasanya yg ada kuasa dlm sesuatu pemilihan, dlm membuat keputusan dsb. melobi melakukan sesuatu utk mempengaruhi seseorang yg ada kaitan atau yg ada kuasa dlm menentukan sesuatu. pelobian perbuatan atau hal melobi. pelobi orang (pihak) yg melobi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas