adakan | mana ada, mana boleh, masakan: ~ kucing bertanduk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fitnah | tuduhan (khabar, kisah, dll) yg diada-adakan (dibuat-buat) utk memburukkan atau membencanakan seseorang dll: ia bercerai kerana ~ orang; memfitnah, memfitnahkan membuat fitnah terhadap, mengada-adakan sesuatu utk memburuk-burukkan atau membencanakan sesuatu pihak: wartawan itu bertanggungjawab terhadap berita yg ~ dan memburukkan kerajaan; fitnah-memfitnah saling memfitnah: ~ dlm masyarakat yg akan membawa kpd porak-peranda; pemfitnahan perihal atau perbuatan memfitnah; pemfitnah orang (pihak) yg membuat fitnah: orang yg mengaku beragama Islam boleh diperangi kalau mereka menjadi ~, munafik dan zindik kerana mereka telah menentang Islam sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengada-adakan | mengadakan atau menimbulkan dsb sesuatu (spt cerita, alasan, dll) yg sebenarnya tidak ada atau tidak benar, membuat-buat, mereka-reka: dia sengaja ~ cerita itu utk mendapatkan simpati drpd kawan-kawannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mewawancarai | mengadakan (melakukan) wawancara, menemuramah, menemu bual, menginterviu: dr siang tadi sampai petang ini rajin sekali doktor Robert Winata memeriksa sambil mewawancarai diriku; sebuah akhbar mingguan telah ~ beberapa orang pemuda bukan Melayu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mewawancara | mengadakan (melakukan) wawancara, menemuramah, menemu bual, menginterviu: dr siang tadi sampai petang ini rajin sekali doktor Robert Winata memeriksa sambil mewawancarai diriku; sebuah akhbar mingguan telah ~ beberapa orang pemuda bukan Melayu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencari helah | mengada-adakan sesuatu sbg alasan atau helah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meniga hari | mengadakan kenduri tiga hari selepas meninggalnya seseorang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengkhatankan | menyunati: biasanya di adakan kenduri apabila ~ anak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelanggang | 1 lapangan tempat meng- adakan sesuatu pertandingan sukan dll. 2 medan peperangan. 3 lingkaran yg dpt dilihat di keliling bulan atau matahari dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
saksi palsu | saksi yg diada-adakan (tidak benar); | Kamus Dewan Edisi Keempat |