ada | 1 hadir: Emak saya tidak ~ di rumah. 2 mempunyai: Orang itu ~ harta. 3 benar; sungguh: Saya ~ menerima surat drpdnya. ada-ada; ~ saja selalu saja ada yg dikatakan atau yg diminta. adalah 1 (digunakan pd permulaan cerita) ada: ~ seorang pemuda yg miksin. 2 (digunakan utk menghubungkan subjek atau benda dgn predikat atau ceritanya): Kemalangan itu ~ yg paling ngeri yg pernah kulihat. adapun perihal; ttg hal: ~ anak raja itu tersangatlah buas serta nakal. berada 1 hadir atau ada (di): Ketika peristiwa itu berlaku, saya ~ di Kota Bharu. 2 berharta; kaya: Drpd lagak dan pakaiannya, dia pasti anak orang ~. keberadaan keadaan atau hal berada (di sesuatu tempat); kehadiran: Dlm siasatan itu, ~nya di tempat kejadian menimbulkan tanda tanya. mengada-ada 1 berbuat sesuatu (spt meminta, berkata, berfikir) yg bukan-bukan. 2 berbuat sesuatu kerana hendak menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah. mengadakan 1 menjadikan ada; mewujudkan: Tuhanlah yg ~ alam ini. 2 menyebabkan ada; menyediakan (wang, tempat dll); menubuhkan (persatuan dsb): Mereka berusaha ~ kelas bimbingan utk ahli-ahli persatuan itu. keadaan 1 suasana yg meliputi sesuatu masa (peristiwa dsb): ~ darurat di Tanah Melayu telah diisytiharkan tamat dlm bulan Julai 1960. 2 rupa atau sifat sesuatu benda yg dpt dilihat: ~ dlm bilik itu sangat bersih dan teratur. berkeadaan berada dlm keadaan: Perabot dan barang-barang dlm rumah itu ~ baik. pengadaan perihal atau perbuatan mengadakan: ~ institusi tempat menimba ilmu dpt membantu anak-anak muda mendapatkan ilmu pengetahuan. seadanya 1 mana-mana yg ada saja: Jemputlah makan ~. 2 dlm keadaan yg sedia ada: Si gadis sanggup menerima jejaka itu ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
adalah | 1 (digunakan pd permulaan cerita) ada: ~ seorang pemuda yg miksin. 2 (digunakan utk menghubungkan subjek atau benda dgn predikat atau ceritanya): Kemalangan itu ~ yg paling ngeri yg pernah kulihat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
adalah | 1. sl sesungguhnya (digunakan pd permulaan ayat, kenyataan, dsb): ~ makam ini dikurniai raja kpd aku, barang siapa hendak duduk bayarkan sewanya kpd aku; 2. ialah (utk menghubungkan sesuatu yg diperkatakan dgn huraian, penjelasan dsb yg mengenainya): hadiah itu ~ utk murid terpandai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dusta | 1. bohong, tidak benar: katanya dia sedang sakit tetapi itu adalah ~ semata-mata; 2. = berdusta berkata yg tidak benar: masih kecil lagi sudah pandai ~; mendusta membuat dusta, bercakap bohong, berkata tidak benar; mendustai membuat dusta kpd, berbohong kpd, membohongi: tidak baik kita ~ orang tua kita; mendustakan menganggap dusta (tidak benar, bohong): janganlah hendaknya anak-anak kita tergamak ~ ajaran alim ulama itu; kedustaan perihal dusta, sesuatu yg dusta, kebohongan: kejujuran adalah sesuatu amanah, dan ~ adalah suatu khianat; pendustaan perihal mendustai, pembohongan: ~ dan pembohongan terhadap Islam dan Nabi Muhammad SAW; pendusta orang yg suka berdusta, pembohong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kependekan | 1. perihal pendek: pergerakan semua haiwan itu adalah hasil drpd ~ dan kegemukan gentian otot; 2. ringkasan (perkataan, kumpulan perkataan, dll), singkatan: PBB adalah ~ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
adalah | 1. (digunakan pd permulaan cerita) ada: ~ seorang pemuda yg miskin. 2. (digunakan utk menghubungkan subjek atau benda dgn predikat atau ceritanya) ialah: Kemalangan itu ~ yg paling ngeri yg pernah kulihat. | Kamus Pelajar |
berputera | 1. mempunyai putera, beranak: adalah ia ~ dua orang; 2. melahirkan anak (laki-laki), bersalin: permaisuri pun ~lah seorang laki-laki; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gender | (génder) 1. jantina: pelantikannya adalah berasaskan pencapaian, sumbangan dan kebolehannya, bukannya kerana ~; 2. (Lin) golongan jenis kata dlm tatabahasa sesuatu bahasa spt maskulin, feminin dan neuter. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaul I | Ar 1. kata, perkataan; ~ yg sah perkataan yg benar; 2. pendapat, fikiran: adalah Sat Malangkai itu pd setengah ~ Bugis, ke-turunan puteri Balkis; 3. niat yg disertai dgn janji akan melakukan sesuatu (apabila permintaannya diluluskan), nazar: adalah pd hari ini sahaja hendak melepaskan ~ sahaya; membayar (melepaskan) ~ melepaskan nazar (menunaikan niat dan janji); 4. ark janji yg diikrarkan teguh-teguh; hidup tidak kerana ~, mati tidak kerana sumpah prb hidup mati terletak di tangan Tuhan; berkaul berniat atau berjanji hendak melakukan sesuatu (apabila permintaannya diluluskan atau makbul), bernazar: di gunung itu ada sebuah makam di dlm sebuah gua tempat orang ~ dan bernazar; ~ kpd (ke tempat) keramat prb meminta sesuatu hendaklah pd tempatnya; mengaulkan menazarkan, meniatkan, mendoakan: akan baginda itu kasih akan cucu baginda Sultan Menawar Shah drpd Sultan Mahmud, maka sangatlah dikaulkan baginda Sultan Mahmud biar mati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peribadi | 1. manusia sbg diri sendiri (diri perseorangan): perkara ini adalah soal diriku sendiri, soal ~; pendapat ~ pendapat sendiri seseorang (sbg orang perseorangan); pengawal (penolong, setiausaha) ~ pengawal (penolong, setiausaha) utk diri sendiri; 2. sifat-sifat (kelakuan, sikap, dll) seseorang yg sudah sebati dgn dirinya sendiri utk merupakan wataknya (yg terasing drpd yg umum): puasa adalah satu drpd beberapa latihan utk membentuk kesopanan dan ~ yg tinggi; berperibadi mempunyai peribadi (sifat-sifat dll diri sendiri): seorang pengarang harus merupakan seorang manusia yg ~ sendiri, dgn pendapatnya dan pendiriannya sendiri; keperibadian perihal peribadi, sifat (watak, ciri-ciri, dsb) yg khusus terdapat pd seseorang, bangsa, dsb: keistimewaan cerpen-cerpen ini terletak pd kejayaan pengarang mencipta watak-watak yg diberi ~ orang Melayu kampung; faham komunis hendak membuat manusia hidup sbg mesin yg tidak mempunyai ~; ~ bangsa; ~ Islam; berkeperibadian mempunyai keperibadian: usaha membina bangsa Malaysia yg kreatif, dinamis dan ~ sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |