Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adanya 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
wujud1 adanya (sesuatu); sedia ada. 2 sesuatu yg berupa dan dpt dilihat, diraba dll. 3 benda yg nyata (bukan roh dll). berwujud 1 memang ada dan dpt dipegang atau dpt dipandang; berupa benda yg nyata. 2 konkrit; nyata. mewujud muncul; timbul. mewujudkan 1 menjadikan benar-benar ada. 2 melaksanakan cita-cita dll. 3 menerangkan atau memperlihatkan dgn benda yg nyata. kewujudan keadaan atau hal wujudnya sesuatu. perwujudan perihal berwujud. pewujudan perbuatan atau hal mewujudkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
adanya1. perihal ada (berlaku, terdapat, dsb), wujudnya: ~ kekacauan merosakkan keadaan ekonomi; 2. demikianlah halnya: mereka itu spt adik-beradik ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
wujud1 adanya (sesuatu); sedia ada.Kamus Pelajar
ada1. boleh didapati (ditemui, dilihat, dsb), bukan khayalan atau rekaan, wujud: ada orang yg mempercayai hantu itu ~ dan ada pula yg mengatakan ianya khayalan manu­sia; tidak ~ lagi binatang raksasa sekarang; 2. boleh diperoleh (didapati, dijumpai, dsb) di sesuatu tempat: gula dan kopi ~ di dlm almari itu; dia tidak ~ di rumahnya sewaktu kami sampai; 3. telah sedia, telah terkumpul dsb (utk diberi perhatian dsb): ~ banyak surat yg perlu ditandatangani; ~ kerja penting yg belum diurus lagi; 4. mempunyai: Razi ~ banyak barang mainan; tidak ~ cita-cita; 5. (masih) hidup, belum meninggal dunia: ibunya masih ~ tetapi ayahnya sudah meninggal; dia sudah tak ~ dia sudah meninggal dunia; 6. benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya (digunakan utk menguatkan kata kerja selepasnya): dia ~ pergi ke sekolah petang tadi; saya ~ menerima surat daripadanya; 7. hadir (digunakan sbg menjawab panggilan guru dll sewaktu memastikan kedatangan murid dll); 8. apakah (digunakan utk melem­butkan pertanyaan): ~ encik melihat adik saya? ~ gula, ~ semut prb kalau orang kaya banyak­lah kawannya; ~ air, ~ (adalah) ikan = ~ padang, ~ belalang = ~ batang, ~ cendawan tumbuh prb di mana pun kita duduk, ada rezeki; ada-ada; ~ saja a) selalu berlaku sesuatu atau timbul perkara baru dll: ~ saja yg menye­babkan penderitaannya; jarang ia di rumah, ~ saja orang datang mengajaknya berjalan; b) selalu ada sesuatu yg ditimbulkan, ada kerenahnya (ragamnya dsb): “A~ saja kau! Ada orang hendak, kau pun hendak juga!”; seada-adanya = seadanya (sekadar atau setakat) apa-apa yg ada: hidangan ~ sudah sedia; adakah 1. apakah ada (utk mengeraskan pertanyaan), ada atau tidak (tiada): soalnya, ~ terdapat novel karangannya? 2. benarkah (atau tidak), sesungguhnyakah (atau tidak): ~ kekalahannya tahun ini lebih besar drpd kekalahan tahun lalu? ~ duri dipertajam prb perselisihan yg telah ada tidak perlu diperbesar lagi; adakan mana ada, mana boleh, masakan: ~ kucing bertanduk; adalah 1. sl sesungguhnya (digunakan pd permulaan ayat, kenyataan, dsb): ~ makam ini dikurniai raja kpd aku, barang siapa hendak duduk bayarkan sewanya kpd aku; 2. ialah (utk menghubungkan sesuatu yg diperkatakan dgn huraian, penjelasan dsb yg mengenainya): hadiah itu ~ utk murid terpandai; adanya 1. perihal ada (berlaku, terdapat, dsb), wujudnya: ~ kekacauan merosakkan keadaan ekonomi; 2. demikianlah halnya: mereka itu spt adik-beradik ~; ada-adanya, ada-adanyakah mana boleh, mungkinkah: ~ ayam berkaki tiga; adapun mengenai, perihal: dapat dikemuka­kan bahawa ~ cerita pendek pd umumnya menceritakan hal manusia juga; berada 1. ada (di), ada atau terdapat di sesuatu tempat atau dlm sesuatu keadaan: hidupmu sedang ~ di tepi jurang kebinasaan; sewaktu kejadian itu berlaku, dia ~ di Singapura; 2. berharta, kaya: keluarganya boleh dikatakan ~ juga; berada-ada = ada-berada ada sesuatu yg tersembunyi (spt sebab, maksud, dll); kalau tidak ~ takkan tempua bersarang rendah prb tentu ada maksud tersembunyi seseorang berlaku secara luar biasa; keberadaan keadaan (sifat) berada: semua benda bersifat sementara sehingga akhirnya ~nya terletak di suatu tempat lain; mengada-ada 1. berkata (meminta, berfikir, membuat, dll) yg bukan-bukan: jangan kamu ~ saja; 2. bercakap atau menunjukkan ke­lakuan (gerak-geri dsb) spt menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah dsb (membuat orang meluat): sejak pulang dr luar negeri, dia sudah ~, sudah berlagak spt orang Barat; 3. Id melebih-lebihkan (sesuatu yg diperkata­kan), membuat-buat, berbohong: aku tak percaya sebab dia suka ~; 4. menyusahkan (suka meminta yg bukan-bukan dsb): ah, ~nya orang ini, apa kehendak kau? mengadakan 1. menjadikan ada atau wujud, mewujudkan, menjadikan, menciptakan: Tuhanlah yg ~ seluruh alam ini; 2. meng­usaha­kan sehingga ada (tersedia, terdapat, dsb), menyediakan: ~ wang yg diperlukan; peruntukan belanjawan utk ~ lebih banyak sekolah dan maktab teknik; 3. mengusahakan sehingga berlaku atau berjalan sesuatu (spt seminar, mesyuarat, kenduri, dll), mengan­jurkan serta mengurus sesuatu: ~ kursus bahasa-bahasa asing; ~ kempen kebersihan; mengada-adakan mengadakan atau me­nim­­­bulkan dsb sesuatu (spt cerita, alasan, dll) yg sebenarnya tidak ada atau tidak benar, membuat-buat, mereka-reka: dia sengaja ~ cerita itu utk mendapatkan simpati drpd kawan-kawannya; keadaan 1. hal atau kedudukan (seseorang atau sesuatu) pd sesuatu ketika atau jangka waktu: pesakit itu berada dlm ~ tenat; ~ di sesebuah negara semasa berlaku peperang­an; ~ hidup kaum nelayan; ~ cuaca; 2. rupa (sifat, kedudukan, dsb) sesuatu sebagaimana yg dapat dilihat: seorang pegawai polis sedang membuat catatan tentang ~ di tempat itu selepas berlaku rompakan; ~ tubuhnya tegap sasa; 3. suasana (di atau di sekitar sesuatu tempat): ~ di situ pd waktu malam senyap sunyi; berkeadaan (berada) dlm keadaan (ke­dudukan, suasana, dll): pd tahun itu negeri Selangor ~ kacau-bilau kerana perkelahian anak-anak rajanya; di hadapan gadis dia ~ canggung; pengadaan perihal mengadakan sesuatu: ~ kelas agama pd waktu petang.Kamus Dewan Edisi Keempat
percaya1. = ~ akan (kpd) mengakui (meneri­ma, yakin) akan benarnya (adanya dll) sesuatu: ~lah kata-kataku, aku tidak bercakap bohong; orang Islam wajib ~ kpd Allah dan Rasul-Rasul serta pengajaran mereka; 2. = ~ akan (kpd) yakin atau berasa pasti (akan kebaikan, kejujuran, dll orang), pasti dapat berbuat se­suatu (akan terhasilnya sesuatu): aku ~ kpd kau, aku tahu bahawa kau jujur; ia ~ cita-citanya akan tercapai; undi tidak ~ undi (dlm mesyuarat, parlimen, dll) utk menyatakan tidak yakin akan kebolehan atau kejujuran dll seseorang (sesebuah parti) yg berkuasa; ~ angin lalu percaya kpd kata-kata atau khabar yg belum pasti benar atau tidaknya; mempercayai 1. mengakui atau yakin akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, menerima sbg benar kata-kata dll orang: ia tidak ~ segala kata dan keterangan perempuan itu; senapang tersebut dipercayai telah dicuri drpd seorang pengawal kampung; 2. menganggap atau berasa pasti bahawa seseorang jujur (baik, amanah, dapat diharap, dll): datuk penghulu itu seorang yg dipercayai dan dihormati oleh orang kampungnya; percaya-mempercayai saling mempercayai: perasaan tidak ~ antara satu sama lain; mempercayakan menyerahkan atau mening­galkan dgn sepenuh keyakinan (supaya dijaga dll), mengamanatkan: tanah dan rumah yg baru dibelinya itu dipercayakan kpd orang yg menyewa rumahnya; kepercayaan 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemilik­nya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (ju­jur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya; berkepercayaan mempunyai kepercayaan; ketidakpercayaan perihal (atau keadaan) tidak percaya: telah timbul ~ terhadap gaya kehidupan wanita cara lama di kalangan wanita yg berkenaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
hilang1 tidak diketahui tempat adanya sesuatu; tidak kelihatan lagi; ghaib; lenyap: Wangnya ~ di tengah jalan. 2 tidak ada lagi (bkn perasaan, kenangan dsb): Kepercayaannya terhadap pegawai itu telah ~. Budi baiknya selama ini tidak akan ~ walaupun kehidupannya susah. 3 tidak ada atau tidak kedengaran; tidak keluar (bkn bunyi, suara dll): Kedengaran sayup-sayup bunyi kapal terbang, makin lama makin ~. Suaranya ~ kerana banyak bersorak semasa menonton perlawanan bola sepak. 4 meninggal dunia; mati. ~ akal a. tidak tahu apa yg hendak dibuat. b. agak gila. ~ harapan tidak mempunyai harapan lagi. ~ ingatan a. hilang akal. b. tidak sedar akan diri; pengsan. ~ nyawa meninggal dunia; mati. menghilang menjadi tidak kelihatan lagi; menjadi hilang; melenyapkan diri: Kapal terbang ~ di balik awan. Ahmad terus ~ tanpa berita. menghilangkan menyebabkan atau menjadikan tidak ada lagi; melenyapkan; menghapuskan: Dia dimarahi oleh ibunya kerana ~ anak kunci. kehilangan 1 hal hilangnya sesuatu atau seseorang: Dia melaporkan ~ anaknya itu. 2 kemati­an: Seluruh rakyat turut bersedih atas ~ pemimpin yg dikasihi. 3 menderita kerana hilangnya sesuatu: Dia ~ wang. penghilangan perbuatan (hal dsb) menghilang atau menghilangkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
huni; berhuni ada didiami orang, berpen­duduk: kami tahu rumah itu ~ kerana adanya cahaya lampu; menghuni 1. mendiami, menduduki: meng­apa ia mesti ~ negara yg serba asing ini?; kalau ahli bait pergi kenduri atau ke rumah orang kematian, dialah yg disuruh ~ rumah; 2. = menghunikan mengawasi, menjaga, menunggui: betul saya lihat dia di sana, menghunikan dan menyapu-nyapu kedai induknya; penghunian perihal, perbuatan atau tin­dakan menghuni (rumah, bilik dsb): kawasan itu mempunyai kadar ~ yg tinggi, iaitu sebanyak 85%; penghuni 1. orang dll yg mendiami (rumah dll): rumah itu berkunci, ~nya tidak ada; mereka menjadi ~ rimba dgn dada yg me­ngandungi bara; 2. hantu penunggu; ~ dunia manusia (binatang dll) yg mendiami dunia ini; ~ kampung penduduk kampung; berpenghuni mempunyai penghuni: rumah itu tidak ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
iman1 pegangan teguh di hati terhadap adanya Allah dan mematuhi segala hukum-Nya: membawa ~ memeluk agama Islam. 2 pegangan teguh di hati utk menjauhkan diri drpd sebarang kejahatan; ketetapan hati; kekuatan batin: Dia berdoa supaya Allah menetapkan ~nya dlm masa menghadapi sebarang godaan syaitan. kurang ~ tidak teguh pendiriannya; mudah terpengaruh. beriman patuh pd larangan dan suruhan Allah; berpegang pd ajaran agama; mempunyai iman: Orang-orang yg ~ akan selamat di dunia dan di akhirat. mengimani yakin dan percaya pd: ~ Allah dgn sungguh-sungguh. keimanan keteguhan hati; keyakinan: ~ adalah penting dlm menghadapi cabaran hidup ini.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kepercayaan1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemilik­nya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (ju­jur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya;Kamus Dewan Edisi Keempat
mempercayai1. mengakui atau yakin akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, menerima sbg benar kata-kata dll orang: ia tidak ~ segala kata dan keterangan perempuan itu; senapang tersebut dipercayai telah dicuri drpd seorang pengawal kampung; 2. menganggap atau berasa pasti bahawa seseorang jujur (baik, amanah, dapat diharap, dll): datuk penghulu itu seorang yg dipercayai dan dihormati oleh orang kampungnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
1234567

Kembali ke atas