sistem mudah suai(adaptive system) | Sistem yang mampu belajar, menukarkan keadaannya atau bertindak balas terhadap rangsangan luar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan persekitarannya. | Kamus Komputer |
proses mudah suai(adaptive process) | Proses yang mengerjakan pengiraan set data yang diukur atau yang diperoleh daripada suatu sumber, dan membentuk model yang paling baik dan sesuai untuk sumber asli proses tersebut. | Kamus Komputer |
sistem kawalan mudah suai(adaptive control system) | Sistem kawalan automatik yang menggunakan teknik penyesuaian dalam kajian kelakuan proses dan keadaan sekelilingnya untuk mengoptimumkan pengawalan sistem. | Kamus Komputer |