aduk | mengaduk 1. mengacau, mengarau: tidak perlu ~ atau menggoncang tangki penyumbat setiap masa; ~ gulai; 2. = mengaduk-aduk membongkar-bongkar dgn tidak tentu: ~ buku; teraduk-aduk kacau (tidak rapi atau kemas), tidak berketentuan (bkn seperai dll); adukan barang yg (telah) diaduk, campuran (simen dll); aduk-adukan campur aduk; pengadukan perihal (proses atau perbuatan) mengaduk: pengacauan boleh dibuat secara ~ atau penggoncangan; pengaduk alat utk mengaduk: sampel dan campuran penyejuk diaduk selalu dgn ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
campur aduk | ; bercampur aduk bercampur benar dgn tidak menentu; (sudah) bergaul atau berkacau benar; bercampur baur. mencampuradukkan menjadikan bercampur aduk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aduk-adukan | campur aduk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
campur aduk | ;bercampur aduk bercampur benar dgn tidak menentu; (sudah) bergaul atau berkacau benar; bercampur baur. | Kamus Pelajar |
campur baur | campur aduk; bercampur baur bercampur aduk; mencampurbaurkan mencampuradukkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
campur aduk | sangat beraduk, campur baur; bercampur aduk sudah bergaul (berkacau, berbaur, dll) betul, bercampur (bergaul dll) dgn tidak berketentuan; mencampuradukkan menjadikan bercampur aduk: filem Melayu itu kerap dicampuradukkan dgn pelbagai rupa kebudayaan; kadang-kadang mereka ~ penggunaan istilah ‘Melayu’ itu dlm konteks politik yg berbeza. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aduk | ; mengaduk 1 mencampurkan dan mengacau supaya bergaul rata: ~ simen. 2 = mengaduk-aduk membongkar-bongkar sesuatu dgn tidak menentu: ~ buku. adukan barang yg diaduk (spt simen, pasir dan kapur). pengadukan perbuatan atau hal mengaduk. pengaduk alat utk mengaduk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aduk; | mengaduk 1. mencampurkan dan mengacau supaya bergaul rata: ~ simen. 2. = mengaduk-aduk membongkar-bongkar tidak menentu. adukan barang yg diaduk (spt simen, pasir dan kapur dsb). | Kamus Pelajar |
kacau I | 1. tidak tersusun (teratur), campur baur, campur aduk: susunan kad itu ~; 2. kusut, tidak berketentuan, tidak teratur, tidak tenteram: fikirannya ~; 3. huru-hara, tidak aman, tidak tenteram: pemimpin-pemimpin Perikatan menenteramkan keadaan ~ di Singapura; ~ daun mengganggu urusan peribadi, ketenangan, keselesaan dsb, orang lain; 4. = berkacau; berkacau 1. bercampur baur, bergaul betul: tunggu sampai cat itu sudah ~ benar; 2. bercampur aduk (dgn hal-hal lain), berkecamuk, tidak kemas dan teratur: suasana pd masa itu ~ dgn soal perkauman; fikirannya ~; mengacau 1. menggaul sampai berkacau, mengaduk: ~ air kopi; 2. menjadikan kacau (tidak teratur, tidak aman, dll), menimbulkan huru-hara (kesulitan dll): ~ ketenteraman; 3. merunsingkan (fikiran, perasaan): ~ fikiran; anaknya ~ hatinya; mengacaukan 1. menjadikan bercampur (bergaul) betul; 2. menjadikan berkacau dgn hal-hal lain; 3. mengacau, menimbulkan keadaan yg kacau: satu pembaikan yg agak luas mempengaruhi sistem ejaan baru ini ialah dr segi keselarasan vokal yg dahulunya hal ini amat ~; memperkacaukan menjadikan berkacau; kacauan (sesuatu) yg bercampur aduk: bahasa Melayu pasar ialah bahasa ~; kekacauan keadaan kacau, keadaan tidak teratur (tidak aman dsb), kejadian yg merosakkan (mengganggu) ketenteraman, kerusuhan: melawat tempat berlakunya ~; kepelbagaian ejaan utk satu bahasa tentulah menimbulkan ~ sahaja; pengacauan perihal mengacau; pengacau 1. (orang) yg mengacau, perusuh; 2. alat utk mengacau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercampur aduk | bercampur benar dgn tidak menentu; (sudah) bergaul atau berkacau benar; bercampur baur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |