anut | ; menganut mengikut sesuatu ajaran, fahaman dsb; memeluk (agama): ~ agama Islam. anutan sesuatu yg dianut; pegangan; ikutan. penganutan perihal atau perbuatan menganut: ~ agama ialah salah satu fenomena sosial. penganut pengikut sesuatu ajaran, fahaman dsb; pemeluk (agama): ~ agama Islam yg sudah akil baligh wajib bersembahyang lima waktu sehari semalam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Islam | 1 tunduk dan patuh pd perintah Allah. 2 = agama ~ agama yg diredai Allah; agama yg mempunyai beberapa rukun dan ajaran-ajaran tertentu yg secara khusus diturunkan oleh Allah kpd Nabi Muhammad SAW utk disampaikan kpd seluruh manusia: masuk ~ menganut agama Islam; orang ~ orang yg menganut agama Islam. mengislamkan menjadikan sbg penganut agama Islam; menjadikan beragama Islam: Fakir Muhammad telah ~ orang-orang Perlak. pengislaman perbuatan atau hal mengislamkan seseorang, sekumpulan masyarakat dsb: Ahli-ahli sejarah masih menganggap ~ penduduk di pulau itu sbg kejayaan yg besar dlm penyebaran agama Islam di Asia Tenggara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kristian | 1 = agama ~ agama yg penganut-penganutnya mempercayai bahawa Nabi Isa ialah anak Tuhan; Nasrani. 2 = orang ~ orang yg menganut agama Kristian; orang yg beragama Nasrani. mengkristiankan menjadikan seseorang menganut agama Kristian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Hindu | 1 = agama ~ agama yg berasal dr India. 2 penganut agama Hindu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Hindu II | 1. = agama ~ agama yg dominan di India, yg bercirikan penyembahan banyak dewa, sistem kasta, kepercayaan pd penjelmaan semula, dsb; 2. = orang ~ orang yg menganut agama Hindu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Masihi | Kristian; agama ~ agama Kristian; kurun (tahun) ~ (tahun) yg dihitung dr tarikh Nabi Isa dilahirkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penganut | pengikut sesuatu ajaran, fahaman dsb; pemeluk (agama): ~ agama Islam yg sudah akil baligh wajib bersembahyang lima waktu sehari semalam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menganut | mengikut sesuatu ajaran, fahaman dsb; memeluk (agama): ~ agama Islam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengukuran | perihal (perbuatan, kerja, dsb) mengukur, penyukatan: ~ bagi agama-agama ini mestilah menggunakan kayu ukur yg sama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Yahudi | = orang ~ bangsa yg berasal dr Israel (keturunan Yuda); agama ~ agama yg dianuti oleh orang Israel; meyahudikan menjadikan seseorang Yahudi: setiap anak yg dilahirkan adalah suci, tetapi ibu bapalah yg mencorakkannya sama ada ~nya atau menasranikannya; memperyahudikan ki memandang hina (rendah, keji, dll), mengejikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |