agus | Id 1. sj gelaran: mas ~; 2. sl bagus, elok, mulia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memesin | mengerjakan sesuatu dgn mesin: waktu Agus pulang dr ~ getah, tidak ada kuih yg terhidang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mesin | (mésin) alat atau perkakas yg menggunakan kuasa, spt elektrik dan enjin, utk melakukan sesuatu kerja, jentera, pesawat; ~ bicara = ~ nyanyi= ~ ngomong Id peti nyanyi; ~ cetak mesin utk mencetak (buku dll); ~ faks mesin utk menghantar dokumen melalui sistem pengimbasan secara elektronik melalui talian telefon dsb; ~ frangki alat utk mengecap tanda setem pd surat, bungkusan dsb yg menandakan bayaran pos telah dijelaskan; ~ gerudi mesin utk mengorek lubang; ~ getah alat utk mengepingkan getah yg telah ditakung; ~ jahit mesin utk menjahit (pakaian dll); ~ jahit kaki mesin jahit yg dijalankan dgn kaki; ~ juruwang automatik mesin atau alat yg membolehkan pengeluaran wang simpanan (di bank dsb) secara automatik (tanpa dilayani pekerja bank); ~ kira = ~ hitung mesin utk menghitung; ~ kisaran padi mesin utk mengisar padi; ~ perakam waktu mesin yg merakamkan waktu seseorang pekerja masuk ke tempat kerja dan pulang selepas bertugas; ~ sinar-X mesin yg memancarkan sinar-X menembusi bahan pejal (spt bahagian dlm tubuh, bagasi dsb); ~ slot mesin utk berjudi dgn memasukkan duit (syiling) ke dalamnya; ~ stensil alat yg digunakan utk mencetak salinan bertaip atau bertulis drpd stensil; ~ taip = ~ ketik Id = ~ tulis mesin utk menulis; ~ tayang wayang gambar alat utk menayangkan filem; ~ tempel Id mesin (enjin) motor sangkut; ~ terbang Id kapal terbang; bermesin dipotong dsb dgn menggunakan mesin: rumput yg sudah tumbuh tinggi di halaman rumah itu masih belum ~; memesin mengerjakan sesuatu dgn mesin: waktu Agus pulang dr ~ getah, tidak ada kuih yg terhidang; pemesinan perihal memesin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |