Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
niaga
Kata Terbitan : berniaga, perniagaan, peniaga,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
monopoli1. penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan, perdagangan, perkhidmatan, dsb dlm pasaran tertentu oleh seseorang, sesebuah firma, atau sekumpulan orang atau firma: ~ asing dlm perdagangan telah dapat dipatahkan oleh ahli-ahli perniagaan anak negeri; 2. pemikiran atau penguasaan sesuatu yg tidak boleh dikongsi dgn orang atau pihak lain: Islam bukan ~ orang Arab; memonopoli 1. menguasai sesuatu (perda­gangan, perkhidmatan, dsb) dgn bebas tanpa menghadapi saingan: Portugis dan Belanda datang ke alam Melayu ini bertujuan utk ~ perdagangan; 2. mempunyai, mengawal, atau menggunakan sesuatu (peluang dll) se­penuhnya; pemonopolian perbuatan (proses) memono­poli; pemonopoli orang atau pihak yg memono­poli sesuatu (perniagaan, perkhidmatan dsb): undang-undang ini bertujuan mengelakkan ~ drpd mengaut keuntungan yg berlebihan.Kamus Dewan Edisi Keempat
taikunahli perniagaan yg kaya-raya dan berkuasa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
taikunahli perniagaan yg kaya-raya dan ber­kuasa: dia seorang ~ gula dan tepung yg terkenal di wilayah ini.Kamus Dewan Edisi Keempat
memewahkanmenjadikan mewah: Kerjaya sbg ahli perniagaan yg berjaya dpt ~ kehidupannyaKamus Pelajar Edisi Kedua
kelas menengahgolongan masyarakat antara kelas bawahan dan kelas atasan, termasuklah ahli perniagaan dan profesional spt peguam, akauntan, doktor dsb;Kamus Dewan Edisi Keempat
bersuamikanmempunyai seseorang sbg suami, berkahwin dgn (perempuan): anak jarahan itu tidak patut ~ tuan; dia yg ~ ahli perniagaan juga terpaksa berdepan dgn masalah keluarga;Kamus Dewan Edisi Keempat
suamiorang (lelaki) yg dikahwini seseorang perempuan, laki, lwn isteri: banyak lagi orang muda di kampung ini yg padan menjadi ~nya; ~ isteri laki bini; bersuami mempunyai suami, sudah ber­kahwin (perempuan): jikalau begitu sudah patutlah engkau ~; bersuamikan mempunyai seseorang sbg suami, berkahwin dgn (perempuan): anak jarahan itu tidak patut ~ tuan; dia yg ~ ahli perniagaan juga terpaksa berdepan dgn masalah keluarga; mempersuami menjadikan suami; mempersuamikan mengahwinkan (anak perempuan): sekarang ayahanda hendak ~ anakanda dgn orang ini.Kamus Dewan Edisi Keempat
konvensyen(konvénsyen) 1. persidangan ahli-ahli pertubuhan politik (perniagaan dll) utk membincangkan sesuatu perkara: beberapa perkara mengenai rangka perlembagaan itu akan dibincangkan dlm ~ yg akan diadakan; 2. perjanjian antarabangsa (antara negara, pemerintah, dsb); berkonvensyen menyertai atau menghadiri konvensyen: berita gembira itu diterima ketika saya sedang ~ di Kuala Lumpur; mengkonvensyenkan membincangkan atau membahaskan sesuatu perkara, isu dsb dlm konvensyen: soal kelemahan prestasi akademik pelajar Melayu itu perlu dipandang serius dan dikonvensyenkan segera.Kamus Dewan Edisi Keempat
mewah/méwah/ serba-serbinya banyak (bkn makanan, harta dll); serba berlebih: Negeri ini ~ dgn barang-barang makanan. hidup ~ hidup dgn makanan dan barang-barang yg serba banyak. bermewah berbelanja dgn berlebih-lebihan; menggunakan sesuatu secara berlebih-lebihan: Dia ~ dgn apa yg dimilikinya setelah lama bekerja keras. bermewah-mewah hidup dgn serba mewah; menjalani kehidupan secara mewah: Mereka ~ setelah mewarisi harta peninggalan datuknya yg kaya-raya. memewahkan menjadikan mewah: Kerjaya sbg ahli perniagaan yg berjaya dpt ~ kehidupannya. kemewahan keadaan mewah; kesenangan: Mereka bekerja keras utk mencari ~ hidup.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kelas I1. bilik (tempat) belajar, bilik darjah: murid-murid masuk ke ~ beramai-ramai; 2. perkumpulan utk mempelajari sesuatu; ~ lukisan (tarian, jahit-menjahit, masakan, dll) perkumpulan yg bertujuan mempelajari seni lukis (seni tari, jahit-menjahit, cara-cara me­masak, dll); ~ persediaan kelas tempat penuntut-penuntut diberi latihan khas sebelum mengikuti pelajaran yg khusus atau mendalam; 3. peringkat, tingkatan (pelajaran yg diikuti): pelajar-pelajar ~ rendah; 4. golong­an atau kumpulan (dlm masyarakat) yg berbeza antara satu sama lain atas ciri-ciri tertentu (spt taraf hidup, kedudukan sosial berdasarkan asal keturunan dll): beliau meramalkan berlakunya pertentangan ~ atau golongan-golongan dlm masyarakat; 5. golongan, kumpulan (berdasarkan per­samaan pelbagai sifat yg tertentu): manusia termasuk dlm ~ binatang mamalia; 6. baha­gian, kategori, kumpulan (berdasarkan ting­katannya yg tertentu): pemborong-pemborong ~ E; ~ atasan golongan orang yg menduduki taraf sosial yg paling tinggi, mis kaum bangsawan; ~ bawahan golongan orang yg menduduki taraf sosial yg paling rendah, mis buruh, petani dsb; ~ dewasa perkumpulan yg terdiri drpd orang-orang dewasa utk belajar membaca dan menulis; ~ ekonomi kelas dlm pengangkutan awam, mis kapal terbang dan kereta api, yg kadar tambangnya paling murah; ~ kambing bp tingkatan (taraf) yg paling rendah, kelas (bahagian) yg paling murah bayaran yg di­kenakan kpd penonton (di panggung wayang dll); ~ kata (Lin) golongan kata; ~ menengah golongan masyarakat antara kelas bawahan dan kelas atasan, termasuklah ahli perniagaan dan profesional spt peguam, akauntan, doktor dsb; ~ pertengahan kelas menengah; berkelas termasuk dlm kelas (golongan, kumpulan atau kedudukan sosial tertentu): memang terdapat jurang sosial yg agak ketara antara mereka yg ~ rendah dgn yg ~ menengah; berkelas-kelas berasing-asing dlm kedu­dukan (ada yg tinggi dan ada yg rendah tarafnya), berpangkat-pangkat, bertingkat­tingkat: yg menarik hatinya ialah masyarakat di situ masih ~; mengelaskan membahagi-bahagikan atau mengasing-asingkan kpd berbagai-bagai golongan (kumpulan, tingkatan, dll), menen­tukan kelas sesuatu: ahli-ahli kimia ~ bahan-bahan kimia mengikut suatu sistem tertentu; pengelasan perihal atau perbuatan me­ngelaskan, pembahagian (pengasingan) kpd kumpulan-kumpulan (golongan-golongan dll); ~ tanah (tumbuhan) pengasingan tanah (tumbuhan) kpd jenis (kumpulan) tertentu.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas