aib | 1 hina atau malu oleh sebab sesuatu perbuatan yg tidak sopan dsb: memberi ~ memalukan. 2 kesalahan; cacat: Jika ada ~ dan bebalnya, maafkanlah saja. mengaibkan menjatuhkan maruah seseorang; mendatangkan aib kpd; memalukan. keaiban sesuatu yg mengaibkan (memalukan); cela; noda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nista | 1. aib, cacat, cela, rasa malu: bagiku, ini suatu ~ yg amat sangat; 2. kata-kata menghina (mencemar dll), makian, penghinaan: dikatainyalah isterinya di muka kawan-kawannya dgn segala ~ dan penghinaan; 3. hina, keji, rendah: kata-kata ~; makhluk ~ makhluk yg hina; menista 1. memberi malu, mencela, mengaibkan: jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya sekalipun, jangan ia difadihatkan dan dinista dgn kata yg jahat; 2. mengata-ngatai, menghinakan, mengumpat: kalian menuduh saya dgn segala kebohongan, mencemarkan kandungan buku itu, ~ saya, kemudian minta pula wang dr hasil peluh saya; nistaan celaan, cercaan, hinaan: dahulu ia mendengar hal Tante Lien dr nyonya sebelah, tapi belum dipercayainya ~ itu; kenistaan perihal nista, keaiban, kehinaan, kecelaan: beliau juga menyebut tentang ~ bahasa yg perlu dihindari oleh penyair. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aib | 1. rasa hina atau malu akibat perbuatan keji dsb oleh seseorang anggota keluarga dsb, cela, nama buruk, penghinaan; memberi ~ memberi malu, mencela (nama baik keluarga dsb); menaruh ~ berasa malu; 2. cacat, salah: tiap-tiap benda yg murah tidak dapat tidak ada ~nya; mengaibkan 1. memberi aib, mencela, mencerca: ia selalu ~ jirannya; perbuatan yg ~; 2. menghina, menodai (nama baik), memberi malu: kadi memberitahu perempuan-perempuan jalang itu bahawa mereka telah ~ agama Islam; keaiban cela, kecelaan, noda (nama buruk), perasaan malu: hal itu merupakan suatu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aib | 1. hina atau malu oleh sebab sesuatu perbuatan yg tidak sopan dsb: memberi ~ memalukan. 2. kesalahan; cacat: Jika ada ~ dan bebalnya, maafkanlah saja. mengaibkan menjatuhkan maruah seseorang; mendatangkan aib kpd; memalukan. keaiban sesuatu yg mengaibkan (memalukan); cela; noda. | Kamus Pelajar |
noda | 1 bintik; kotoran (pd baju dll); aib; cela; nista. bernoda 1 ada nodanya atau ada kotoran pdnya: kain yg ~. 2 mendapat aib atau malu; mendapat nama buruk; bercela. menodai 1 membubuh atau memberi noda pd; mengotori. 2 memburukkan nama baik dll; mengeji; mengaibkan: Perbuatannya yg curang itu ~ nama baik keluarganya. 3 merosakkan kehormatan orang perempuan; mencabul. ternoda telah dinodai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengaibkan | 1. memberi aib, mencela, mencerca: ia selalu ~ jirannya; perbuatan yg ~; 2. menghina, menodai (nama baik), memberi malu: kadi memberitahu perempuan-perempuan jalang itu bahawa mereka telah ~ agama Islam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
malu | 1 berasa hina atau berasa aib kerana melakukan sesuatu yg tidak baik atau kerana kekurangan sesuatu: Saya ~ jika tidak lulus dlm peperiksaan nanti. 2 menaruh rasa hormat; berasa segan: Saya ~ pd mereka. 3 perasaan hina atau perasaan aib: Dia telah berbuat sesuatu utk menutup ~nya. bermalu menaruh perasaan malu. memalukan menyebabkan berasa malu; memberi malu: Kelakuannya sangat-sangat ~ kami. kemaluan 1 alat kelamin pd manusia (lelaki atau perempuan). 2 dlm keadaan malu; berasa malu. 3 rasa malu; rasa aib. 4 sesuatu yg memalukan; keaiban. kemaluan-maluan berasa sangat malu: Dia tunduk ~. pemalu orang yg sangat malu atau yg mudah berasa malu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
malu I | 1. = bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; pang-lima tak bermalu, melerek-lerek macam kam-bing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya; 2. perasaan aib (hina, rendah diri, dll): utk menutup ~nya, ayah Zainab telah memujuk Salim supaya mahu menjadi menantunya; 3. menaruh hormat akan, berasa segan (agak takut): ia sendiri masih begitu ~ hendak mengemukakan pertanyaan ini; ~ besar malu yg amat sangat; ~ mata segan, hormat; ~ bertanya, sesat jalan = ~ berdayung, perahu hanyut = ~ makan, perut lapar prb kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mendapat kejayaan; ~ kalau anak harimau menjadi anak kucing (kambing) prb tidak patut kalau anak orang baik-baik atau pandai menjadi jahat atau bodoh; semalu; sehina ~ mempunyai nasib yg sama, seia, sekata; malu-malu nampaknya sangat malu: ma-suklah, jangan ~; dgn sikap yg ~, dinya-takannya maksudnya dlm bahasa yg lembut; ~ bahasa berasa segan-segan (sewaktu berhadapan dgn orang yg dihormati dll); ~ kucing berpura-pura malu; memalui ark 1. menaruh malu pd: dialah yg harus kaumalui; 2. menghormati, menakuti, menyegani: pd ketika itu segala anak raja-raja Inderagiri tiada dimalui oleh segala anak tuan-tuan Melaka; memalukan 1. memberi malu, menyebabkan malu: akibatnya nanti bukan hanya ~ tetapi juga merugikan; 2. malu kerana sesuatu (pakaian dll): tak usah dimalukan rumah buruk; termalu-malu berasa agak malu: selama besar ini dia ~ memanggil abang kpd Ramlan; kemaluan 1. perihal malu, sesuatu yg mendatangkan malu, rasa malu: jikalau si Tuah ada, dapatlah ia menghapuskan ~ku; 3.mendapat (berasa) malu: hendaklah tuan berikan kehendaknya supaya kita tidak ~; 4.bh alat kelamin (laki-laki atau perempuan); kemalu-maluan berasa sangat malu, tersipu-sipu: dia tunduk ~;pemalu (orang yg) mudah berasa malu.bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; pang-lima tak bermalu, melerek-lerek macam kam-bing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
noda | 1 bintik; kotoran (pd baju dll). 2 aib; cela; nista. bernoda 1 ada nodanya atau ada kotoran pdnya: kain yg ~. 2 mendapat aib atau malu; mendapat nama buruk; bercela. menodai 1 membubuh atau memberi noda pd; mengotori. 2 memburukkan nama baik dll; mengeji; mengaibkan: Perbuatannya yg curang itu ~ nama baik keluarganya. 3 merosakkan kehormatan orang perempuan; mencabul. ternoda telah dinodai. | Kamus Pelajar |
noda | 1. bintik, kotoran (pd baju dll): dibersihkannya ~ yg ada pd kainnya itu; 2. aib, cacat, cela, nista: akan kukikis ~ ini dr diriku habis-habis;bernoda 1. mempunyai noda (kotor): kain yg ~; 2. mendapat aib, bercacat, bercela: sebab sekali dia orang ~, sampai bila-bila senang sahaja orang kata dia orang tu ~; menodai 1. menjadikan bernoda, mengotori: kelihatan bahagian bawah baju gaunnya sudah dinodai lumpur; 2. memburukkan nama baik dll, mengaibkan, mengejikan: ~ nama baik keluarganya; 3. mencabuli, memperkosai: kehormatan Normah telah dinodai; ternoda telah dinodai: niat yg suci itu menjadi ~ apabila disalurkan melalui cara yg hina; kenodaan keadaan ternoda: mereka akan bangun menentang ~ hidup;penodaan perihal (perbuatan dsb) menodai, pencabulan: dlm cerpen ini Ali melukiskan resah hati gadis yg malu setelah menerima akibat ~;penoda orang yg menodai (seseorang gadis dsb), orang yg mencabuli kehormatan seseorang (perempuan): gadis tersebut mengandung tetapi ~nya sudah lama melarikan diri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |