Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tanah air1 negeri (negara) tempat seseorang dilahirkan. 2 negeri (negara) yg di bawah sesuatu pemerintahan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
regukMn teguk: minum se~ air; mereguk 1. meneguk, minum; 2. ki merasai (nikmat dll): hendak ~ nikmat hidup sepuas-puasnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
jepit; menjepit mengapit sesuatu di antara dua benda yg boleh terkatup erat-erat; menyepit: Dia ~ besi yg panas itu dgn ragum, lalu mencelupkannya ke dlm air. terjepit 1 terlekat di antara dua benda; terhimpit; tersepit: Jarinya ~ pd daun pintu. 2 ki tidak dpt bergerak kerana didesak dr dua pihak; terkepung; terperangkap.Kamus Pelajar Edisi Kedua
khidmatkebaikan yg dilakukan utk menunjukkan kesetiaan kpd bangsa, negara dll; bakti: berbuat ~ kpd tanah air. berkhidmat 1 berbuat khidmat; berbakti: ~ kpd nusa dan bangsa. 2 bekerja; bertugas: Beliau telah ~ sbg guru selama tiga puluh tahun. perkhidmatan 1 perbuatan atau hal berkhidmat: Tempoh ~nya akan tamat pd akhir tahun hadapan. 2 kerja, usaha, kemudahan dll utk kepentingan orang ramai. ~ awam segala kegiatan pemerintah yg ada kaitannya dgn orang ramai. ~ bas (kereta api) kemudahan pengangkutan dgn bas (kereta api). ~ pos perkhidmatan yg mengurus pengiriman dan penyampaian surat, bungkusan dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ceburbunyi spt bunyi benda besar jatuh ke air. mencebur 1 membuat bunyi cebur. 2 terjun ke air. menceburkan mencampakkan (sesuatu) ke air. ~ diri a. terjun ke air. b. mencampuri atau memasuki (politik dll): ~ diri dlm bidang politik. tercebur 1 termasuk (terjatuh) ke dlm air (kolam dsb). 2 termasuk ke dlm kesengsaraan (kehinaan dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua
air1 cecair spt yg terdapat di laut (sungai, tasik, telaga dsb) dan dpt digunakan utk berbagai-bagai tujuan. 2 cecair yg terdapat dlm buah-buahan atau tumbuh-tumbuhan: Tebu ini banyak ~nya. ~ api asid. ~ bah banjir. ~ batu (beku) air yg beku kerana terlalu sejuk; ais. ~ batu apung ais yg besar (serpihan glasier) yg mengapung di laut. ~ besar a. banjir. b. najis; tahi. ~ bujang minuman spt teh, kopi yg dihidangkan kpd tetamu tanpa kuih, biskut dsb. ~ emas a. lapisan atau dakwat emas. b. benang emas. ~ kecil (seni) air kencing. ~ kosong air minuman yg tidak dibubuhi apa-apa perasa. ~ lembut ist air yg mudah berbuih apabila dikocakkan dgn sabun. ~ liat ist air yg tidak mudah berbuih apabila dikocakkan dgn sabun. ~ liat kekal ist air yg tidak dpt diubah menjadi air lembut apabila dididihkan. ~ liat sementara ist air yg dpt diubah menadi air lembut apabila dididihkan. ~ liur air dlm mulut yg menolong melembutkan dan menggumpalkan makanan yg dikunyah. ~ mandi a. air yg digunakan utk mandi. b. ki sesuatu yg menjadi kebiasaan. ~ mata air yg keluar dr mata (ketika menangis dll). ~ mata air air yg keluar dr punca air dlm tanah. ~ mawar air yg harum baunya (disuling drpd bunga mawar). ~ minum air utk diminum. ~ mineral air semula jadi yg mengandungi garam galian atau gas terlarut dan berkhasiat sbg air minuman. ~ muka a. rupa muka; wajah. b. maruah; harga diri. ~ pasang air yg sedang naik (ttg air laut). ~ sebak air sungai yg sudah tepu tetapi tidak melimpahi tebing. ~ sembahyang wuduk. ~ surut air yg sedang turun (ttg air laut). ~ tawar air biasa yg tidak berasa apa-apa. ~ terjun aliran air pd tempat yg curam (spt pd tebing, lereng bukit). ~ udara ist air yg terdapat dlm udara; ~ wangi air yg harum baunya. berair berisi air; mengeluarkan air: Telaga ini tidak ~. mengair menjadi air; spt air. mengairi mengalirkan air ke; membubuh air pd; menggenangi (sawah dll). keairan digenangi air; kena air. perairan laut yg termasuk dlm daerah sesebuah negara. pengairan perbuatan atau hal mengairi (sesuatu kawasan).Kamus Pelajar Edisi Kedua
tempel(témpél); gambar ~ gambar yg dapat di-lekatkan pd benda lain kalau dibasahi dgn air; bertempel 1. berdamping rapat (dgn), sangat karib dgn, sangat berdekatan: jangan ~ dgn dia; 2. melekat (pd), berlekat pd: gambar-gambar yg ~ di dinding sudah mulai kuning; bertempelan melekat di beberapa tempat: keping-keping daging masak jatuh ~ di atas lantai; menempel 1. melekat (pd), lekat (pd): poster pilihan raya kelihatan ~ di segenap tembok dan tiang telefon; 2. menampal se­suatu dgn: dindingnya dibubuh papan, ditem­pel dgn baldu yg kuning dan merah; menempeli 1. menempel pd, melekati: Kartini lantas menaruh pakaian di sisi dinding yg penuh ditempeli dgn bermacam-macam gambar; 2. bp menumpangi sese­orang; 3. merapati seseorang (dgn maksud men­cari keuntungan dll); menempelkan 1. melekatkan sesuatu pd: mereka ~ berita itu di pagar-pagar; 2. ki me­rapatkan (telinga utk mendengar dll), me-le­kapkan: dia ~ telinganya ke dinding dan mendengar kalau-kalau ada orang di situ; 3. ki tetap kekal (perasaan dlm hati), melekat, bersebati: kepercayaanku pd agamaku makin ~ terus dlm hatiku; 4. menumpang (duduk dll), menebeng: dia ~ di rumah saudaranya; 5. berapat-rapat dgn (dgn maksud mencari keuntungan dll), menyobat: beliau sekarang mencuba ~ kpd Presiden; 6. memberi wang suap, menyogok, menyuap; tempelan 1. tempat menempelkan sesuatu; 2. sesuatu yg ditempelkan (spt label dll): dinding ini sudah terkopek-kopek papannya, tetapi dibersihkan oleh ~ kertas kuning; 3. orang yg ditempeli (ditumpangi dll); 4. Id cukai pasar (dgn resit yg ditempelkan); 5. Id bunga dll yg disematkan di baju (sbg tanda turut menderma kpd badan amal dll); penempelan proses menempelkan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
siram; bersiram bd mandi: silakan tuanku dua laki isteri berangkat ~; menyiram 1. mencurahkan air dll pd, men­dirus, menjirus: seorang perempuan muda ~ bunga dlm taman; 2. menjirus dgn air dll (supaya bersih); menyirami menyiram pd: Kadir masuk ke kamar mandi lalu ~ Ratna dgn air; menyiramkan 1. menyiram dgn, menjirus­kan, mencurahkan: maka kedua-duanya terkejut spt orang mengantuk disiramkan air; 2. sl, bd memandikan: maka bidan ketujuh pun lalu ~ putera baginda, dilimau dan di­bedak; persiraman sl tempat mandi, permandian; penyiraman perbuatan menyiram (menyi­ramkan); penyiram 1. orang yg menyiram: tugas utamanya hanya sbg ~ pokok bunga setiap pagi; 2. alat yg digunakan utk menyiramkan air dsb: dia menyiram sayur-sayuran dgn menggunakan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
senak1. berasa sesak dlm perut (kerana terlalu kenyang, kerana ditumbuk dll): dia mem-percepat langkahnya sehingga terasa ~ pula perutnya; 2. berasa sesak dada (kerana susah bernafas dll); 3. ki berasa sesak (hati, fikiran, perasaan, dll); 4. tergenang dan menjadi penuh (air); menyenakkan 1. menjadikan senak (perut, dada, dll), menyesakkan: waktu malam, minumlah yg saya perbanyak, sehingga ~ perut; bau ikan bakar ~ hidungnya; 2. ki mendatangkan rasa senak (pd fikiran, perasaan, dsb): timbullah rasa hiba ~ dadanya; tersenak 1. = tersenak-senak tersesak (hingga tidak dapat mengeluarkan kata-kata dsb), tersedu-sedu: maka ia pun menangislah dgn teramat sangat tersenak-senak dan teresak-esak sehingga bercucuran air mata-nya; 2. = ~ hati berasa penuh hiba, terharu; 3. tersekat, tergenang dan menjadi penuh (air dll): lehernya ~ hendak menangis; kesenakan, kesenak-senakan menderita senak (perut, dada, perasaan, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
kencing1 = air ~ air najis yg keluar dr kemaluan (manusia atau haiwan); air seni; 2 = berkencing buang air kecil. ~ manis penyakit yg menyebabkan air kencing mengandungi zat gula; diabetes. terkencing terkeluar kencing dgn tidak sengaja atau dgn tidak dpt ditahan-tahan lagi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas