Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : air biasa (bukan air masin dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) air yg tidak masin; b) air biasa yg tidak dimasak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : air biasa yg tidak berasa apa-apa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tawar (adjektif)
1. Bersinonim dengan hambar: campah, payau, tidak berasa, memek, cahang,
Berantonim dengan masin masam manis pedas pahit

2. Bersinonim dengan tidak mujarab: tidak mustajab, tidak manjur, tidak berkesan,

3. Bersinonim dengan tawar hati: dingin, hilang minat, hilang kemahuan, hilang keinginan, hilang keberanian, tidak bersemangat, tidak ghairah, kendur, lembap,
Berantonim dengan ghairah

4. Bersinonim dengan hilang kemarahan: tidak marah lagi, sejuk hati,
Berantonim dengan marah

5. Dalam konteks pidato
bersinonim dengan hambar, tidak menarik, tidak bersemangat, tidak bertenaga,

Kata Terbitan : menawari, penawar,

Puisi
 

Hijau-hijau si bulu serindit,
     Makan mari jambu mawar;
Berapa tahun hujan di langit,
     Air di laut tidaklah tawar.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Tak sungguh seluang melaut,
     akhirnya balik ke tepi juga.

Bermaksud :

Tidak betah merantau, akhirnya balik semula ke kampungnya. seluang = sebangsa ikan air tawar.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ikan air tawar (darat)ikan yg hidup dlm air tawar (spt di sungai, di paya).Kamus Pelajar Edisi Kedua
ikan air tawarikan yg hidup di dlm air tawar (spt sungai, paya, dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
ikansj binatang yg hidup dlm air dan bernafas melalui insang (bertulang belakang); ~ air tawar ikan yg hidup di dlm air tawar (spt sungai, paya, dll); ~ asap ikan yg diasinkan dan dipanggang; ~ asin = ~ masin ikan yg dibubuh garam dan dikeringkan; ~ bakar ikan panggang; ~ basah ikan yg tidak diawet; ~ belukang (bedukang) a) sj ikan laut; b) ki laki-laki yg suka memburu perempuan (tidak memilih bulu); ~ cabut Kl ikan yg dibahagi-bahagikan antara anak perahu (selain yg dijual); ~ darat ikan air tawar; ~ juara a) sj ikan darat; b) Kl, ki orang yg suka menyampuk percakapan orang lain (yg tidak kena-mengena dengannya); ~ kering ikan yg dikeringkan (dijemur) dan biasanya diasinkan; ~ laut ikan yg hidup di laut; ~ pekasam ikan yg dibubuhi garam dan asam dan disimpan agak lama; ~ pelaga = ~ sepilai = ~ tempilai sj ikan kecil utk diperlagakan; ~ salai ikan yg dikeringkan di atas api; ~ belum dapat, airnya sudah keruh prb pekerjaan yg tidak bijaksana (keadaan menjadi buruk sebelum pekerjaan itu selesai); ~ biar dapat, serampang jangan pukah prb pekerjaan yg dibuat itu hendaklah mendapat faedah supaya jerih payah jangan hilang percuma; ~ di laut, asam di darat, bertemu juga dlm belanga prb biarpun tinggal berjauhan negeri, kalau ada jodoh akan menjadi suami isteri juga; ~ gantung, kucing tunggu prb kesal melihat barang yg diingini tetapi tidak mungkin diperoleh; ~ lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan prb membuat persediaan utk mengecap hasil drpd sesuatu perkara yg belum tentu akan diperoleh; ~ seekor rosakkan ~ setajau = sekembu rosak oleh ~ seekor prb sebab yg sedikit habis rosak yg banyak; ~ terkilat, jala tiba prb cepat menangkap maksud cakap orang (sebelum habis diperkatakan sudah dapat dijawab); ada air adalah ~ prb ada negeri adalah rakyatnya; anak-anak ~ kecil menjadi makanan ~ besar prb orang kecil (rakyat biasa) selalu di bawah perintah orang besar-besar; bagai ~ kena tuba prb banyak orang yg sakit atau mati dlm sesebuah kampung (negeri); dituba sajakah ~ dijala, dijaring bukankah ~? prb pd orang yg tidak malu sama saja bernikah atau berjahat; jangan disangka ~ lais-lais tiada menyengat prb jangan dipermudah-mudahkan orang yg lemah, ada kalanya ia dapat menyusahkan orang yg kuat; spt ~ pulang ke lubuk prb orang yg telah balik ke tempat asalnya payahlah hendak berdagang semula; terkilat ~ di dlm air sudah tahu jantan betinanya prb orang yg bijaksana dapat mengetahui maksud (dalam dangkalnya ilmu) seseorang itu drpd gerak-geri; tersaukkan ~, suka, tersaukkan batang, masam prb bersuka ria ketika mendapat untung tetapi lekas marah ketika mendapat kerugian; ular bukan, ~ pun bukan prb seseorang yg payah hendak ditentukan sama ada ia baik atau jahat; walau ~ yg diam di dlm tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dlm pukat juga prb sepandai-pandai atau sekuat-kuat manusia, ada kalanya silap juga; berikan 1. mempunyai ikan; 2. mencari atau menangkap ikan; pergi ~ pergi mencari ikan; perikanan urusan (penangkapan, pemeliharaan) ikan; pengikan Mn suka makan ikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
ikansj binatang berdarah sejuk yg hidup di dlm air serta bernafas melalui insang dan mempunyai sirip utk berenang. ~ air tawar (darat) ikan yg hidup dlm air tawar (spt di sungai, di paya). ~ asin (masin, kering) ikan yg dibubuhi garam dan dikeringkan. ~ basah ikan yg tidak mengalami sebarang proses (spt tidak dikeringkan, tidak dijeruk); ikan yg baru ditangkap. ~ laut ikan yg hidup di laut. ~ pelaga ikan kecil utk diperlagakan. ~ salai ikan yg dikeringkan di atas api. perikanan urusan mengenai ikan: Jabatan ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ikansj binatang berdarah sejuk yg hidup di dlm air serta bernafas melalui insang dan mempunyai sirip utk berenang. ~ air tawar (darat) ikan yg hidup dlm air tawar (spt di sungai, di paya dll). ~ asin (masin, kering) ikan yg dibubuhi garam dan dikeringkan. ~ basah ikan yg tidak mengalami sebarang proses (spt tidak dikeringkan, tidak dijeruk dsb); ikan yg baru ditangkap. ~ laut ikan yg hidup di laut. ~ pelaga ikan kecil utk diperlagakan. ~ salai ikan yg dikeringkan di atas api. perikanan urusan mengenai ikan: Jabatan ~.Kamus Pelajar
air tawarair biasa yg tidak berasa apa-apa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kenderapsj ikan air tawar, kenjing, tinggang, Bagarius bagarius.Kamus Dewan Edisi Keempat
kemperassj ikan air tawar, Cyclocheilichthys spp.Kamus Dewan Edisi Keempat
jambalsj ikan air tawar, Wallago attu.Kamus Dewan Edisi Keempat
ikan daratikan air tawar;Kamus Dewan Edisi Keempat
123456

Kembali ke atas