ukup | 1. barang-barang harum (spt kemenyan, setanggi, dll) yg dibakar utk mengasapi pakaian supaya berbau harum; 2. Jk membakar kemenyan (setanggi dll); 3. ark bunga-bungaan (spt melati, mawar, dll) yg digunakan utk mengharumkan teh; 4. bau-bauan yg wangi; air ~ air wangi (utk mengharumkan pakaian); minyak ~ minyak wangi; berukup 1. mengasapi diri dgn asap ke-menyan (setanggi dll) yg dibakar; 2. sudah diukup dgn asap kemenyan (setanggi dll); mengukup, mengukupi mengasapi pakaian dll dgn asap kemenyan (setanggi dll), men-dupai: Ampu Jatmaka memerintah supaya berhala gangsa itu dilulur, diukup, dan dihias; ukupan 1. barang-barang yg wangi (spt kemenyan, setanggi, dll) utk mengukup; 2. = perukupan bekas tempat membakar ukup, ceraka, pedupaan; 3. = pengukup sj sungkup drpd rotan dll tempat meletakkan pakaian yg hendak diukup (di bawah sungkup itu diletakkan pedupaan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
air wangi | air yg harum baunya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
air wangi | air yg berbau harum; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggincu | mewarnai (bibir) dgn gincu: selesai ~ bibirnya, ia memakai air wangi pula. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
air ukup | air wangi (utk mengharumkan pakaian); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gincu | bahan utk mewarnai bibir, lipstik; bergincu memakai (mengenakan) gincu: masa itu belum ada cara berkeriting rambut dan ~ spt sekarang ini; menggincu mewarnai (bibir) dgn gincu: selesai ~ bibirnya, ia memakai air wangi pula. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wangi I | 1. sangat sedap baunya, harum; air (minyak) ~ air (minyak) yg harum baunya; serai ~ serai yg harum baunya; 2. ki terkenal, harum: namanya menjadi ~ di seluruh negeri; wangi-wangian segala sesuatu yg harum, bau-bauan yg harum; berwangi-wangian memakai wangi-wangian: si isteri juga digalakkan ~ ketika suami berada di rumah; mewangi berbau harum, semerbak harum: sbg batik Lasam, makin dibasuh makin ~ baunya; mewangikan menjadikan wangi, mengharumkan: teh ini dibubuh sehiris limau nipis yg bertikam cengkih, bukan utk menghiasnya tetapi utk ~nya; wangian bau (minyak) wangi: lebih semerbak drpd ~ kasturi; kewangian perihal wangi, bau wangi, ke-haruman; ewangi sesuatu yg mewangikan (menjadikan berbau wangi), pengharum: di Mesir, upacara keagamaan, terutama kematian mestilah dilengkapi dgn penggunaan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wangi | 1 harum (bkn bau): air (minyak) ~ air (minyak) yg harum baunya; serai ~ serai yg harum baunya. 2 ki terkenal: Kerana sifatnya yg dermawan itu, namanya ~ di seluruh negara. mewangi berbau harum; semerbak: Apabila cempaka itu berbunga, baunya ~ di seluruh taman. mewangikan menjadikan wangi; mengharumkan. wangi-wangian segala yg berbau wangi; bau-bauan (yg wangi). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
suling II | , = sulingan benda cair atau cairan yg dihasilkan drpd wap sesuatu benda yg disejukkan: air ~ air yg dihasilkan drpd wap yg disejukkan. menyuling menukar cecair menjadi wap dgn cara memanaskannya dan kemudian menyejukkannya menjadi cairan semula (digunakan utk memisahkan campuran cecair yg berlainan takat suhu didihnya dll). penyulingan proses atau perbuatan menyuling. ~ berperingkat ist penyulingan utk mengasingkan campuran cecair yg mempunyai takat didih yg berbeza dgn menggunakan radas yg khusus (ini ialah kaedah asas dlm penghasilan petroleum drpd minyak tanah). ~ stim ist penyulingan utk mengasingkan campuran pepejal atau cecair mudah meruap drpd bahan yg tidak meruap, dgn cara melalukan stim menerusi campuran tsb (biasanya digunakan dlm pembuatan minyak wangi). penyuling alat yg digunakan utk menyuling. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
air I | 1. cecair yg terbentuk drpd dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen (dlm keadaan yg murni tidak mempunyai warna, bau atau rasa); 2. kumpulan cecair (spt yg terdapat di dlm sungai, tasik, laut, dsb): banjir berlaku apabila ~ sungai melimpahi tebingnya; 3. cecair yg terdapat dlm buah-buahan, perahan, jus: ~ tebu; ~ limau; 4. = batang ~ sungai; ke batang ~ ke sungai; anak ~ anak sungai; 5. minuman: ~ teh; ~ kopi; 6. cecair yg rupanya spt air; 7. campuran air atau sesuatu cecair dgn bahan(-bahan) lain; ~ abu air yg mengandungi zat drpd abu; ~ alas air masin (di muara sungai); ~ ampuh air bah; ~ anggur minuman yg dibuat drpd buah anggur; ~ api = ~ keras asid; ~ atar sj minyak wangi; ~ bah banjir; ~ bakat = ~ berolak pusaran air; ~ batu = ~ beku ais; ~ batu campur sj minuman sejuk yg dibuat drpd air batu kisar yg dibubuh kacang merah, jagung, cincau, gula melaka cair, sirap, susu cair, dll; ~ batu kering karbon dioksida yg disejukkan dan merupakan ketul-ketul; ~ belanda = ~ soda air yg bercampur dgn karbon dioksida; ~ berat (Kim) molekul air yg terdiri drpd dua atom deuterium dan satu atom oksigen;~ besar bh najis, tahi; ~ buah air perahan buah-buahan, jus; ~ bujang minuman spt teh, kopi dsb yg dihidangkan kpd tetamu tanpa kuih, biskut dsb; ~ dakelom = ~ dakelong = ~ kolong = ~ kelonyor sj minyak wangi (eau-de-cologne); ~ emas a) lapis emas, dakwat emas; b) benang emas; ~ galian air mineral; ~ gula air yg dibuat terlalu manis dgn gula; ~ hempedu air yg dikeluarkan oleh hempedu; ~ hidung hingus; ~ hidup maulhayat; ~ kandang Id air dr kotoran kandang; ~ kapur larutan akueus kalsium hidroksida; ~ kecil = ~ kemih air kencing; ~ kelonyor = ~ kolong air dakelom; ~ kosong air minuman yg tidak dibubuhi apa-apa pun spt teh, kopi, gula dsb; ~ kumbahan air basuhan; ~ lata = ~ terjun air yg jatuh (di lereng gunung dll); ~ lembut (Kim) air yg tidak mengandungi garam kalsium dan garam magnesium dan mudah mengeluarkan buih apabila bercampur dgn sabun; ~ lemoned sj minuman (biasanya dlm botol); ~ liat (Kim) air yg mengandungi garam kalsium dan garam magnesium dan tidak mudah mengeluarkan buih apabila bercampur dgn sabun; ~ liat kekal (Kim) air yg kandungan garamnya tidak hilang apabila dididihkan; ~ liat sementara (Kim) air yg kandungan garamnya hilang apabila dididihkan; ~ limun Id air lemoned; ~ liur air yg keluar di dlm mulut; ~ mandi a) air utk mandi; b) sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan; ~ mani air dan benih yg keluar ketika bersetubuh atau ketika syahwat memuncak; ~ marga jiwa = ~ merta jiwa = ~ utama jiwa = ~ maulhayat air yg memberi hidup (dlm cerita dahulukala); ~ mata air yg keluar dr mata (apabila menangis dll); ~ mata air air yg keluar dr punca air dlm tanah; ~ mati a) limbahan di pantai yg airnya tidak mengalir; b) surut timpas; c) air yg sudah dimasak dan sudah sejuk; ~ mawar air yg harum baunya (dibuat drpd bunga mawar); ~ (me)lata air terjun yg kecil; ~ mentah air yg belum ditapis (dibubuhi klorin dsb) hingga layak digunakan oleh manusia; ~ mineral air semula jadi yg mengandungi garam galian atau gas terlarut dan berkhasiat sbg air minuman; ~ minum air utk diminum; ~ muka a) permukaan air; b) rupa muka (yg membayangkan sesuatu perasaan); c) ki maruah, harga diri; ~ mukjizat air yg mempunyai sesuatu hikmat atau kelebihan; ~ paip air yg telah dirawat bersih dan disalurkan ke rumah-rumah dsb dgn menggunakan paip; ~ pancur Kd air paip; ~ pankreas cecair yg dikeluarkan oleh pankreas, jus pankreas; ~ pasang air naik (paras air laut yg naik); ~ pasang keling air pasang besar; ~ payau air yg kandungan garamnya lebih rendah drpd air laut, tetapi lebih tinggi drpd air tawar (terutama air di sekitar muara); ~ penghabluran (Kim) air yg wujud dlm sebatian berhablur dlm perkadaran tertentu, mis 5 molekul air dlm kuprum(II) sulfat pentahidrat, CuSO4.5H2O; ~ perak dakwat perak; ~ perut cecair yg dikeluarkan oleh perut; ~ pokok (tanaman) cecair yg terdapat dlm pokok; ~ raksa sj logam cair yg rupanya spt timah (digunakan dlm termometer dll), merkuri; ~ sebak air bah; ~ sembahyang a) air yg boleh digunakan utk bersuci jika hendak bersembahyang; b) keadaan sudah bersuci tubuh utk bersembahyang; ~ sembilan air utk memandikan mayat; ~ seni bh air kencing; ~ serani air permandian (baptis) orang Kristian; ~ setaman air yg dibubuhi bunga-bungaan (utk menujuh bulan dll); ~ suci Id (Katolik) air yg sudah disucikan (diberi berkat); ~ suling air yg (sudah) disuling (dijadikan wap dan disejukkan kembali); ~ surut air turun (lwn air pasang), paras air laut yg turun; ~ susu air yg keluar dr susu (tetek) manusia dan haiwan; ~ talkin air yg disiram ke atas kubur (orang yg baru sahaja dikebumikan) sebaik sahaja talkin selesai dibacakan; ~ tanah air yg terbit dr tanah; ~ tawar air biasa (bukan air masin dll); ~ tepung tawar air yg telah dimanterai (utk ubat dll); ~ terjun air yg jatuh ke bawah (di lereng gunung dll), air lata; ~ tetuban = ~ tuban air yg keluar mendahului bayi lahir; ~ timah lapis timah; ~ timpas air surut yg serendah-rendahnya; ~ tolak bala air utk menjauhkan penyakit dll; ~ tulen air yg bebas drpd bahan terlarut atau terampai; ~ wangi air yg berbau harum; ~ wuduk air sembahyang; ~ Yasin air yg sudah dibacakan surah Yasin; ~ zamzam air dr telaga zamzam di Mekah; berhabis ~ Id terlalu lama bermesyuarat atau bercakap-cakap; telah jadi ~ habis (wang, modal, dll); ~ beriak tanda tak dalam prb orang yg sombong (besar cakapnya tetapi tidak berisi atau kurang ilmunya); ~ besar batu bersibak prb perselisihan yg besar akan mencerai-beraikan orang yg bersahabat atau bersaudara; ~ cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan juga = ~ di tulang bumbungan turunnya ke cucuran atap prb anak itu menurut sifat dan teladan orang tuanya (sesuatu itu menurut asalnya); ~ dalam berenang (berkumbah), ~ dengkat bercebok prb perbelanjaan itu harus dipadankan mengikut banyak sedikitnya pendapatan; ~ dicincang tiada putus = ~ ditetak tiada akan putus prb kerana perbalahan orang yg sekaum atau bersaudara tiada akan cerai-berai; ~ diminum rasa duri, nasi dimakan rasa sekam = ~ diminum sembiluan prb dikatakan bkn orang yg dlm kesusahan (dukacita) sehingga tidak sedap makan dan minum; ~ mata jatuh ke perut prb berdukacita dgn tiada ketara; ~ mudik sungai semua teluk diranai prb orang yg boros tiada memilih barang, mana yg melintas dibelinya; ~ pun ada pasang surut prb untung malang tiada tetap, selalu berganti-ganti; ~ sama ~, sampah ke tepi jua prb jika kita mencampuri pergaduhan orang yg bersanak saudara, apabila mereka berbaik balik, kita juga yg tersisih dr mereka; ~ setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan prb membesar-besarkan perkara yg kecil; ~ tenang jangan disangka tiada buaya prb orang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut; ~ tenang menghanyutkan prb orang yg pendiam dapat melakukan pekerjaan yg payah-payah; ~ yg dingin juga yg dapat memadami api prb kata yg lemah lembut juga yg dapat mendinginkan hati orang yg sedang marah (dapat menghilangkan dendam); ada ~ adalah ikan prb barang di mana kita tinggal ada juga rezeki (setiap negeri ada adat resamnya sendiri); adakah dr telaga yg jernih mengalir ~ yg keruh prb adakah di mulut orang baik-baik keluar perkataan yg keji; bagai ~ di daun keladi prb a) tiada lekat pengajaran; b) tiada tetap hatinya (pendiriannya); bagai ~ titik ke batu prb amat sukar hendak memasukkan pengajaran yg baik kpd orang jahat dan degil; bagai membendarkan ~ ke bukit prb pekerjaan yg sia-sia; bagai menampung ~ dgn limas pesuk prb pengajaran yg lekas sekali dilupakan (orang yg dipercayai menyimpan wang tetapi memboroskan wang itu); bagai minum ~ bercacing prb hal orang yg enggan disuruh mengerjakan sesuatu pekerjaan; bakarlah ~ ambil abunya prb benda yg mustahil boleh diperoleh; bermain ~ basah, bermain api letup prb setiap pekerjaan ada akibatnya; buang ~ keruh, ambil ~ jernih prb memulai penghidupan baru; bukan ~ muara yg ditimba, sudah disauk dr hulunya prb bukan khabar angin, tetapi didapati dr pangkalnya (sumbernya) yg benar; dimandikan dgn ~ segeluk prb diberi pertolongan yg tiada bererti; menepuk ~ di dulang prb menceritakan aib sendiri atau aib kaum keluarga; mengadu ~ dgn garam | Kamus Dewan Edisi Keempat |