akal-akal | pura-pura, dibuat-buat: dia tu demam ~ sahaja, dia tidak hendak pergi ke sekolah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketemu akal | diterima akal (masuk akal); siang ~ siang siang hingga siang lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketemu | Jk bertemu, berjumpa, terdapat: mereka berjanji akan ~ malam itu di kelab; ~ akal diterima akal (masuk akal); siang ~ siang siang hingga siang lagi; mengetemui menemui, menjumpai, mendapatkan: kedua-dua orang yg dicari itu masih belum diketemui; mengetemukan 1. mengetemui, menemui: mengapa tidak aku ketemukan kau lebih dahulu; 2. menemukan, mendapatkan: bintang-bintang pun menjadi sasaran penyelidikan, sejak teleskop diketemukan; 3. mempertemukan: Mansur meminta supaya Yusuf dan Yakub diketemukan; ketemuan (sesuatu) yg diketemui (didapati): ini adalah ~ yg paling besar; ®temu I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lintas akal | masuk akal, boleh diterima oleh akal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
singkat akal (faham, fikiran) | tidak bijak, pendek akal, cetek akal, picik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lintas | 1. lalu dgn cepat; 2. ark bahagian dr jalan kereta api (dr satu tempat ke tempat lain); ~ akal masuk akal, boleh diterima oleh akal; ~ pintas selalu pergi datang (keluar masuk dll), lalu-lalang; selintas tidak berapa lama, sebentar, sekejap: ~ lalu; melintas 1. lalu (dgn cepat): seorang Pak Haji ~ di hadapan peminta sedekah itu; 2. merentas (mengikut jalan yg terdekat), memintas: kita harus berjalan melingkari padang ini kerana tidak dibenarkan ~; 3. memotong jalan, menyeberangi jalan: tidak dibenarkan ~ jalan di sini; 4. teringat (ternampak, terkenang, dll) sekejap: benda pertama yg ~ di kepala Jusoh ialah Semaun; melintasi 1. lalu di, melalui, mengharungi: pelayaran ~ Atlantik; 2. pergi ke seberang, menyeberangi: habis sahaja makan, Ismail ~ jalan ini menuju lori balak; 3. menghindarkan (kesulitan dll), mengatasi; terlintas 1. telah dilintasi, telah dilangkaui, telah diselesaikan; 2. teringat dlm hati, terkenang, tergerak (di hati): ~ juga di hatinya hendak mengadu kpd ayahnya perihal ia kena marah itu; lintasan 1. gerakan melintas: kena ~ hantu; 2. sesuatu yg melintas: setiap ~ fikiran dirakamkannya dgn tidak membuat pilihan secara teliti; 3. = pelintas tempat melintas (menyeberang), jalan yg dilalui; ~ belang bahagian jalan yg berjalur-jalur putih atau kuning sbg isyarat supaya kenderaan berhenti utk membolehkan pejalan kaki melintas; ~ zebra lintasan belang; kelintasan 1. telah dilalui atau dilampaui, kelampauan; pantang ~ a) tidak mahu dilalui;b) selalu hendak menang drpd orang lain; 2.Kl dirasuk hantu dll; perlintasan 1. perihal beralihnya (masa, pemerintahan, dll); 2. hadiah utk saudara tua yg didahului (khas drpd adik perempuan yg berkahwin dahulu drpd kakaknya); pelintas orang yg melintas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akal | 1. budi, fikiran: ceritanya termakan oleh ~; 2. daya upaya, ikhtiar; menjalankan bermacam-macam ~ menjalankan bermacam-macam ikhtiar; 3. muslihat, tipu daya: itu ~nya sahaja; ~ budi fikiran yg sihat; ~ bulus = ~ kancil = ~ ubi tipu muslihat yg licin; ~ dua jengkal berasa diri sama dgn orang lain; ~ geladak tipu muslihat yg jahat; ~ melintas fikiran yg mendatang; ~ sari sl satu hari nanti; ~ sejengkal berasa diri lebih drpd orang lain; ~ tiga jengkal berasa diri kurang drpd orang lain; ~ akar berpulas tak patah prb orang yg pintar tidak mudah kalah dlm bersoal jawab; ~ tak sekali datang, runding tak sekali tiba prb tidak ada usaha yg serta-merta jadi sempurna; ilmu dan ~ dihalai-balaikan itulah tanda orang yg lalai prb janganlah lengah menyelidiki ilmu-ilmu dan menambah pengetahuan; lubuk ~ tepian ilmu prb dikatakan kpd orang yg pandai; akal-akal pura-pura, dibuat-buat: dia tu demam ~ sahaja, dia tidak hendak pergi ke sekolah; seakal; ~-akal = ~ budi = sebudi ~ sekuat-kuatnya, dgn segenap tenaga dan fikiran; berakal mempunyai akal (fikiran), cerdik (dapat berfikir), pandai mencari akal (ikhtiar): manusia ialah makhluk yg ~; mengakali 1. mencari akal (ikhtiar) utk melakukan sesuatu: diakalinya agar dapat mengahwini puteri itu; 2. menipu, memperdaya: tidak baik ~ cikgu; mengakalkan mencarikan ikhtiar (daya upaya); terakalkan dapat difikirkan oleh akal: apakah yg diliputi dan yg ~? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fikiran | 1. daya berfikir, akal, ingatan; hilang ~ hilang akal; kurang (panjang, tajam) ~ kurang (panjang, tajam) akal; sakit ~ gila; 2. hasil pemikiran, pendapat, pertimbangan akal, upaya, muslihat: itu bukan ~nya sendiri; apa ~mu sekarang ini, kita sudah kena tipu; mendapat ~ mendapat muslihat; 3. niat, cita-cita, angan-angan: tidak ada ~ hendak bekerja; 4. perhatian, minat: sangat sedikit ~nya pd pelajaran; menaruh ~ menaruh perhatian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cacat | ~ akal rosak akal atau fikiran. ~ anggota cacat pd anggota (spt kudung, buta). ~ cedera bermacam-macam cacat. mencacat mengatakan keburukan sesuatu; mencela; mencaci: Perbuatan suka ~ orang lain hendaklah dihentikan. mencacati menjadikan sesuatu kurang baik; menyebabkan cacat: Bahan ini dpt ~ pertumbuhan anak pokok. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lulus | 1. terus (masuk ke dlm lubang dll), lantas, tembus: sebuah bola logam yg hanya ~ melalui gelang logam pd masa ia sejuk dipanaskan; benang sekasar ini tidak dapat ~ ke dlm lubang jarum; tidak lulus pd akal (di akal) tidak dapat diterima akal, tidak masuk akal; 2. terperlus (ke dlm lubang dll), terperosok: kakinya ~ ke dlm lantai yg lapuk itu; 3. terlepas (cincin drpd jari dll), lucut: cincin itu tidak ~ drpd jarinya; 4. berjaya (menang) dlm peperiksaan, tidak gagal (dlm ikhtiarnya, usahanya), berhasil: dia ~ sekolah Melayu; 5. diperkenankan (permohonan, permintaan, dll), dipersetujui, terkabul: permohonannya ~; 6. ark hilang lenyap (sesuatu yg dimakan api), lelap (barang-barang yg digadai); ~ tidak berselam, hilang tidak bercari prb perihal seseorang yg menanggung kesusahan tetapi tidak ada yg menolongnya; sudah ~ maka hendak melantai prb, Mn sesudah mendapat kesusahan (kemalangan) baru ingat; selulus ark selalu, sentiasa; melulusi melucuti, menanggalkan (pakaian dll); meluluskan 1. membiarkan lalu, memasukkan: ~ benang ke lubang jarum; 2. melucutkan (gelang, cincin, dll); 3. memperkenankan (permintaan, permohonan, dll), mempersetujui, mengabulkan: beliau telah pun mengkaji usul itu terlebih dahulu sebelum diluluskan utk dibincangkan; kerajaan telah ~ undang-undang itu beberapa tahun dahulu; 4. menyebabkan (menjadikan) lulus (dlm peperiksaan dll); 5. melepaskan diri, membebaskan (diri), melarikan (diri): walaupun dikepung rapi, mereka dapat ~ diri; lulusan 1. orang yg telah lulus dlm peperiksaan, lepasan, keluaran: dia ~ sekolah Melayu; 2. kebenaran, izin; surat ~ surat kebenaran; selulusan 1. Mn selengkap: ~ pakaian; 2. Mn seibu: saudara ~; kelulusan 1. perihal lulus: mereka belajar hanya utk mendapat ~ dlm peperiksaan; ~ permohonan tanah di dlm bandar dibuat secara lelong; 2. tingkatan pengajian yg diperoleh, ijazah: begitulah pentingnya ~ dan kelayakan yg telah dikenakan oleh kerajaan; dia meneruskan pelajarannya hingga mendapat ~ doktor; 3. keguguran (yakni melahirkan bayi sebelum masanya); berkelulusan mempunyai kelulusan: ramai wanita di sana yg sudah ~ tinggi dan memegang jawatan-jawatan penting; pelulus orang atau pihak yg meluluskan sesuatu (bkn permohonan dsb): diluluskan oleh pegawai ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |