hendak | 1. = ~ akan = hendakkan berhasrat akan, ingin akan (mempunyai, mendapat, mengambil, dll): seorang buruh pun ~ sebuah rumah yg sederhana; kanak-kanak berebut-rebut ~ akan buah itu; hutan ini sudah banyak ditebang kerana hendakkan kayunya; 2. akan, bermaksud akan, mahu: saya selalu tidak ada wang ~ bayar hutang; 3. untuk: wang ~ membuat belanja sesen pun tiada; tak ~ tidak dgn sungguh-sungguh (mengerjakan sesuatu); ~lah mesti, harus, patut, wajib: kalau mahu sihat, ~lah dimakan makanan berzat; ~nya sebaiknya, seharusnya, semoga, sepatutnya, seyogianya: semua kanak-kanak ~nya dapat memasuki sekolah; ~pun kalaupun: ~pun dikatakan cantik tidak juga; menghendaki hendak (mahu) akan, mengingini, memerlukan: saya tidak ~ istana utk tempat hidup; kehendak = ~ hati hajat, keinginan, kemahuan yg keras: tanyakan kepadanya apa ~nya datang itu; sekehendak spt atau sebagaimana kehendak hati, nafsu, dll: jika diikutkan ~ nafsu, tidaklah baik kesudahannya; ~ hati sesuka hati; berkehendak berharap akan, bermaksud hendak, berkeinginan: ia ~ supaya kita jadi korbannya; berkehendakkan berkehendak akan, memerlukan: perkara itu ~ penerangan yg lebih lanjut; mengehendaki menghendaki, memerlukan, mengingini: ia ~ semua orang menghormatinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkenang | ; ~ akan = ~ kpd = terkenangkan teringat akan (seseorang atau sesuatu) spt dlm keadaan sedang mengelamun, terbayangkan serta terfikirkan: kemudian dia terkenangkan malam indah yg dikecapi bersama-sama Iskandar di tepi pantai yg tenang; ia ~ kpd ayah dan ibunya yg telah meninggal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menumangkan | 1. tidak mahu menerima, menampik, menolak; 2. berasa takut akan, gentar akan: apalah ditumangkan akan hal yg sekecil itu; 3. berasa bimbang atau khuatir: perkara biasa takkan kita ~kan; 4. sl membiarkan (tinggal), meninggalkan: jangan hamba seorang ditumangkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tumang II | ; menumang, menumangkan 1. tidak mahu menerima, menampik, menolak; tidak ~ lawan tidak memilih lawan, sangat berani; 2. berasa takut akan, gentar akan: apalah ditumangkan akan hal yg sekecil itu; 3. berasa bimbang atau khuatir: perkara biasa takkan kita ~kan; 4. sl membiarkan (tinggal), meninggalkan: jangan hamba seorang ditumangkan; tumang-menumang, tumang-menumangkan 1. tinggal-meninggalkan, biar-membiar-kan: sama lebur sama binasa, di manakan tumang-menumangkan; 2. saling berbantah (tidak muafakat), bertelagah: maka barang sesuatu bicara dan pekerjaan, hendaklah muafakat, jangan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sayangkan | suka akan, gemar akan; sayangkan anak tangan-tangankan, sayang-kan bini tinggal-tinggalkan prb anak yg dimanjakan dan isteri yg diuliti selalu itu akhirnya menjadi sombong; sayangkan kain, buang baju, sayangkan lain buangkan aku prb dikatakan kpd suami yg mencari kekasih lain; ~ di anak dilecuti, ~ di negeri ditinggal-kan prb sayangkan anak dimarahi, sayangkan negeri pergi merantau ke negeri lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
takut | 1 tidak berani menghadapi sesuatu yg pd perasaannya akan membahayakan diri dll: Kanak-kanak ~ akan hantu. 2 berasa bimbang atau ragu-ragu; gelisah; khuatir: Saya ~ kalau-kalau saya gagal dlm peperiksaan. 3 berasa segan dan hormat; takwa: ~lah kamu akan Allah. takut-takut agak takut; sentiasa takut: ~ berani agak takut dan agak berani. menakuti menaruh rasa hormat terhadap; berasa takut akan; menyegani: Orang ramai ~ beliau di kampung ini. menakutkan 1 menyebabkan berasa takut; menggerunkan: Kemalangan itu sungguh dahsyat dan ~. 2 menjadikan orang takut akan (kpd); menimbulkan atau menerbitkan rasa takut kpd: Kamu terlalu suka ~ dia dgn yg bukan-bukan. Hukuman itu telah ~ orang lain drpd melakukan kesalahan yg spt itu. ketakutan 1 keadaan takut: Semua rakyat di negeri itu hidup dlm ~. 2 perasaan takut (gelisah, hormat, segan dsb); kegelisahan; kebimbangan; keseganan. 3 menderita takut; dlm keadaan takut: Anak itu ~ setelah menonton filem yg mengerikan. penakut orang yg mudah berasa takut; pengecut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menumang | 1. tidak mahu menerima, menampik, menolak; tidak ~ lawan tidak memilih lawan, sangat berani; 2. berasa takut akan, gentar akan: apalah ditumangkan akan hal yg sekecil itu; 3. berasa bimbang atau khuatir: perkara biasa takkan kita ~kan; 4. sl membiarkan (tinggal), meninggalkan: jangan hamba seorang ditumangkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
haus I | 1. berasa kering tekak (ingin minum), dahaga: ia meminta air sebab tersangat ~; 2. = ~ akan (kpd) sangat ingin akan (kpd): saya ~ akan pengetahuan; anak kecil yg masih ~ kpd kemanjaan dan kemesraan ibu bapanya; ~ dahaga a) terlalu dahaga; b) terlalu ingin akan; orang ~ diberi air, orang lapar diberi nasi prb mendapat apa yg diingini; menghauskan 1. menyebabkan (menjadikan) haus; 2. sangat menginginkan, sangat berkehendakkan: kami sedang ~ penerangan dan pimpinan drpd pemimpin-pemimpin kami; kehausan 1. perihal haus (dahaga, menderita dahaga): masing-masing mahu memuaskan ~ dgn air di hadapan mata; 2. ki keinginan, kemahuan; 3. menderita atau berasa haus: mungkin dia akan mati ~ atau dibaham anjing liar; sekali sekala kedengaran suara lembu ~ dan kehabisan rumput di kandangnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menimbang | 1. menentukan (mengukur) berat sesuatu benda (dgn menggunakan dacing dll): pekedai itu ~ gula sebanyak yg dikehendaki pembelinya; 2. memikirkan (merenungkan) dgn teliti akan baik buruk sesuatu: janganlah awak susahkan perkara saya itu, saya boleh ~nya sendiri; ~ perkara meneliti (mengadili) perkara; 3. mengingat (akan), mengenang (akan), mengacuhkan, mengendahkan: ~ keadaan yg genting ini, tindakan harus diambil dgn tegas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mempersandingkan | mendudukkan bersanding (pengantin dll), meletak-kan bersebelah-sebelahan: nanti akan datang waktunya kamu akan dipersandingkan pula; | Kamus Dewan Edisi Keempat |