akan tetapi | kata penghubung utk menyatakan hal-hal yg agak berlawanan (bertentangan): budak itu pandai ~ pemalas; dia pemarah ~ hatinya baik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelowongan | keadaan lowong, kekosongan: akan tetapi ~ itu diisi dgn pengarang-pengarang baru yg berbakti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkaum-kaum | berpecah-pecah mengikut kaum, berpuak-puak: akan tetapi hidup mereka masih ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelana I | 1. pengembara: negeri itu bernama Pandan Salas akan tetapi sudah dialahkan oleh seorang ~ bernama Kuda Nestapa; ~ perajurit perajurit yg mengembara; 2. gelaran kebesaran berasal dr Bugis (mis Datuk Kelana Sungai Ujung); berkelana = mengelana mengembara, merantau: aku sentiasa miskin, sentiasa ~; perkelanaan perihal (perbuatan dsb) berkelana, pengembaraan: ia hanya wujud dlm impian utk memungkinkan aku meneruskan ~ ini? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyabarkan | 1. menahan kesusahan (kesedih-an, kemarahan, dll) dgn sabar, menenangkan perasaan (fikiran dll): maka marahlah ia, akan tetapi masih disabarkannya lagi; ~ hati menahan hati (marah dll); 2. menahan orang (lain) drpd marah dll, meredakan perasaan orang yg sedang marah dll, membuat orang bersabar: Abang Mat ~ ibuku yg di kemuncak kemarahannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
walakin | Ar 1. meskipun, walaupun, sungguhpun: kehendak yg suci itu diperkenankan oleh kepala kantor itu, ~ dgn hati berat; 2. akan tetapi, namun (demikian). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lowong | tidak ada yg menduduki (jawatan, pangkat, tugas, dsb), terluang, kosong; melowongkan mengosongkan (jawatan, pangkat, dsb), meluangkan; lowongan jawatan (pekerjaan) kosong: tahun hadapan akan terbuka banyak ~ kerja di jabatan itu; kelowongan keadaan lowong, kekosongan: akan tetapi ~ itu diisi dgn pengarang-pengarang baru yg berbakti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyorot | 1. memancar (cahaya, sinar), bercahaya, bersinar: nyala lampu minyak ~ keluar; matahari masih condong ~ dr belakang daun-daun kelapa yg mengilap-ngilap hijau; 2. = menyoroti memancarkan cahaya pd, menerangi (dgn cahaya), menyuluhi: biliknya hanya disoroti dgn lampu minyak yg samar-samar; 3. = menyoroti memandang dgn tajam: dia ~ muka anak muda itu; 4. ki menghuraikan atau membicarakan (peristiwa, pendapat, dll) dgn teliti: beliau telah ~ kembali sejarah kemasukan Islam ke tanah air kita ini; akan tetapi ada bahagiannya Kassim Ahmad ~ aspek isi dan bentuk karya-karya tertentu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sabar | 1. betah menahan penderitaan (kesakit-an, kesusahan, dll): segala seksaan diterimanya dgn ~; 2. tidak terburu-buru, tenang: ia menanti dgn ~ ketibaan suaminya; ~ itu separuh drpd iman; bersabar = ~ hati bertenang (fikiran, perasaan, dll), bersifat sabar: “ceritalah segera,” desak Noor Hamidah seolah-olah tidak dapat hendak ~ lagi; menyabarkan 1. menahan kesusahan (kesedih-an, kemarahan, dll) dgn sabar, menenangkan perasaan (fikiran dll): maka marahlah ia, akan tetapi masih disabarkannya lagi; ~ hati menahan hati (marah dll); 2. menahan orang (lain) drpd marah dll, meredakan perasaan orang yg sedang marah dll, membuat orang bersabar: Abang Mat ~ ibuku yg di kemuncak kemarahannya; tersabar sanggup atau boleh bersabar: Mak Haji tidak ~ lagi hendak mendengar berita itu; kesabaran perihal sabar: mengajar membaca muzik berkehendakkan ~, ketekunan, dan ke-pandaian guru; penyabar 1. orang yg sabar; 2. sabar: isteri yg ~ itu hampir tidak pernah kering air mata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lupa I | 1. = ~ akan (kpd, pd) tidak timbul dlm fikiran, tidak ingat, tidak sedar: dulu kau ~ kepadanya, sekarang kau baru ingat; ~ akan dirinya tidak ingat akan dirinya (pengsan); 2. = ~ oleh tidak teringat, tidak diingat; 3. kurang ingat (akan), lali (akan), lengah (akan): jangan ~ akan pekerjaanmu; ~ daratan berbuat sesuatu yg melampaui batas (tidak berkira-kira); ~ diri tidak sedar, tidak insaf atau tidak ingat lagi akan keadaan (nasib) dirinya yg sebelum itu lebih susah, menderita dsb drpd yg dialami sekarang: paling mengecewakan ialah kemewahan yg telah diusahakannya telah melahirkan sifat ~ diri dan dia menjadi sombong; ingat-ingat ~ a) antara lupa dan ingat (tidak lupa tetapi kurang ingat); b) kurang baik atau lemah ingatannya (orang tua); ~ ketinggalan, terlelap kemalingan prb, Mn kalau kurang hati-hati tentu mendapat kerugian; ~ mengingatkan, terlelap menjagakan prb, Mn sikap ingat-mengingatkan (tolongmenolong) antara sahabat; melupai, mengelupai ark lupa akan (sesuatu): satu ciuman yg bersihir telah menyebabkan seorang putera raja ~ terus bakal isterinya; inilah wasiatku kpd kamu semua, hendaklah jangan kamu lupai; melupakan 1. lupa akan, tidak ingat akan: budi baiknya tidak dapat dilupakan; 2. menghilangkan drpd ingatan, menjadikan lupa: sukar hendak ~ peristiwa itu; 3. mengabaikan, melalaikan (kewajiban dll); terlupa lupa (dgn tiba-tiba), tidak teringat; lupaan sesuatu yg dilupakan: ada dua unsur yg dikemukakan utk menghuraikan bagaimana ~ berlaku; lupa-lupaan 1. buat-buat (pura-pura) lupa; 2. selalu lupa; kelupaan 1. perihal lupa: ia berasa malu kerana ~nya; 2. terlupa, ada yg tidak diingat: digaru-garunya kepalanya spt sedang ~ sesuatu; pelupa orang yg selalu atau mudah lupa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |