aki-aki | orang laki-laki yg sudah tua. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aki I | datuk, nenek: tok ~; aki-aki orang laki-laki yg sudah tua. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aki | ayah kpd ibu atau ayah kpd bapa sendiri; datuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aki II | IB alat penghimpun elektrik (dipakai pd enjin motokar dll), bateri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aki | ayah kpd ibu atau ayah kpd bapa sendiri; datuk. | Kamus Pelajar |
merosak | mempunyai sifat dll yg mengakibatkan rosak: pengaruh yg ~; kecaman yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rinovirus | (Bio) kumpulan virus yg mengakibatkan selesema dan beberapa penyakit saluran pernafasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdarah | 1. bkn sesuatu peristiwa (kemalangan, pertempuran, dll) yg mengakibatkan kecederaan atau kematian: kejadian ~ 13 Mei 1969; 2. mempunyai darah, lazimnya merujuk pd pengelasan haiwan, sama ada berdarah panas atau berdarah sejuk: binatang mamalia ~ panas; 3. mengeluarkan (mengalirkan) darah: luka tangan tampak ~, luka di hati siapakah tahu; 4. ada (terdapat) darah yg melekat atau menyerap (pd kain, pisau, dll): kain pembalut itu penuh ~; 5. berketurunan, drpd keturunan: ~ bangsawan; ~ raja; 6. bersifat, bersemangat, berjiwa: orang Melayu memang ~ perwira; 7. berkebolehan semula jadi, berbakat: ~ seni; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ki | 1. Jw gelaran (panggilan) bagi orang tua-tua atau guru 2. Pr datuk (singkatan bagi aki). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
datuk I | 1. bapa kpd ayah atau ibu seseorang; 2. panggilan oleh seseorang terhadap bapa kpd ayahnya (ibunya) atau terhadap seseorang lain yg sedemikian tuanya, aki, kakek; ~ nenek nenek moyang, leluhur; 3. ark panggilan orang ramai kpd anggota polis atau panggilan mata-mata kpd pegawai atasannya; 4. Mn penghulu adat; 5. hantu (puaka, penunggu) sesuatu tempat: ~ di pokok itu kononnya selalu mengganggu orang-orang yg lalu di situ; 6. topekong, berhala, atau dewa (kpd orang Cina yg mempunyai kepercayaan tertentu); rumah ~ rumah berhala; 7. bp sebutan bagi harimau; ~ betina sl ketua dayang-dayang dlm istana; ~ kayu ark pegawai dan kakitangan jabatan hutan; mendatukkan menjadikan (memanggil) datuk: Tok Embong dituankan oleh orang-orang suruhannya, diayahkan oleh peringkat anak-anak dan didatukkan oleh peringkat cucunya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |