Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ak.sa.ra] | اکسارا

Definisi : 1. huruf; 2. (Komp) huruf, angka, dll yg dapat dilambangkan dgn kod komputer. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ak.sa.ra] | اکسارا

Definisi : 1 huruf. 2 ist huruf, angka, atau simbol dsb yg dpt dilambangkan dgn kod komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aksara


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
aksara tak sah(illegal character)Aksara atau kod aksara yang tidak sah mengikut skim pengekodan, atau aksara atau kod aksara yang bukan merupakan anggota set aksara. Aksara jenis ini biasanya digunakan sebagai penapis untuk memastikan sistem hanya menerima aksara yang sah. Aksara tak sah juga digunakan untuk memberitahu sistem bahawa ralat telah terjadi semasa pemprosesan.Kamus Komputer
penjarakan aksara(character spacing)1. Penjarakan di antara satu aksara dengan aksara lain. 2. Penjarakan di antara data yang diluangkan sebanyak satu aksara.Kamus Komputer
ASCII terluas(extended ASCII)Skim pengekodan aksara yang mengembangkan set kod ASCII asal menjadi 256 aksara dengan penggunaan kod 8 bit. 128 kod aksara tambahan ini, yang dikodkan dengan bit tertingginya bernilai satu, mengandungi aksara grafik, aksara Greek dan set huruf bahasa asing yang tidak menggunakan huruf Rumi.Kamus Komputer
aksara khas(special character)1. Aksara seperti $, #, *, !, @, dan aksara lain yang bukan angka dan abjad. 2. Aksara yang digunakan untuk fungsi khas.Kamus Komputer
aksara semu(dummy character)Aksara yang sengaja disisipkan ke dalam arus aksara untuk mencukupkan bilangan aksara yang dihantar.Kamus Komputer
aksara kawalan(control character)1. Aksara yang digunakan dalam pengendalian untuk memulakan, mengubah suai, atau memberhentikan sesuatu proses. 2. Aksara yang tidak dicetak, yang terdiri daripada 32 aksara pertama dalam jadual piawaian aksara ASCII. 3. Satu atau gabungan dua aksara kunci yang digunakan untuk menggerakkan suruhan makro.Kamus Komputer
aksara padam(erase character)1. Aksara yang digunakan untuk memberitahu sistem supaya mengabaikan data atau rentetan aksara selepasnya kerana data atau aksara tersebut telah dipadamkan. 2. Aksara yang bertindak sebagai penanda untuk memberitahu sistem supaya memadamkan data tertentu.Kamus Komputer
sistem aksara Cyril(Cyrillic character system)Sistem aksara komputer untuk menangani aksara dalam bahasa Rusia dan Slavik.Kamus Komputer
pengisian aksara(character fill)1. Proses mengisi ruang yang bersempadan dengan aksara. 2. Kaedah menyimpan aksara atau simbol yang sama dalam satu simpanan secara berkumpulan.Kamus Komputer
angka abjad(alphanumeric)Set aksara yang hanya meliputi aksara angka dan huruf yang digunakan dalam sistem tulisan sesuatu bahasa, tidak termasuk aksara lambang khas.Kamus Komputer
12345678910...

Kembali ke atas