aktif | 1 giat bekerja atau berusaha: Dahulu dia memang ~ dlm bidang politik, tetapi sekarang sudah bosan agaknya. 2 kuat; bertenaga: Sungguhpun ayahnya sudah berumur tujuh puluh tahun, tetapi masih ~. mengaktifkan membuat supaya menjadi aktif; menggiatkan. keaktifan keadaan atau hal aktif. pengaktifan perbuatan atau hal mengaktifkan. pengaktif sesuatu (bahan dsb) yg mengaktifkan: ~ enzim. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cergas | 1. bertenaga dan giat (bkn orang, tubuh, otak, dsb), aktif: Aminah kanak-kanak yg ~; 2. pantas, cepat: mereka bergerak ~ sebaik-baik sahaja diberi perintah; 3. banyak menjalankan atau terlibat dlm kegiatan dsb, giat, aktif: mengambil bahagian ~ dlm aktiviti sukan sekolahnya; sebuah jawatankuasa yg ~; 4. banyak kegiatannya menjual dan membeli (bkn pasaran saham); 5. (masih) mengeluarkan wap dan lahar (bkn gunung berapi), aktif: gunung berapi Etna masih ~; mencergaskan 1. menjadikan cergas (tubuh, otak, dsb): senaman boleh ~ otak; 2. menjadikan cergas (pantas, cepat), memantaskan, mencepatkan: mereka ~ pergerakan kaki dan tangan dlm latihan itu; 3. menjadikan cergas (giat, aktif), menggiatkan, mengaktifkan: ~ kembali pergerakan Persatuan Belia di kampungnya; 4. menjadikan cergas (pasaran saham), membanyakkan kegiatan menjual dan membeli saham; kecergasan 1. perihal atau keadaan cergas (tubuh, otak, dsb): menjaga ~ fikiran dan badan setiap hari; 2. perihal cergas (pantas, cepat), kepantasan, kecepatan: ~ kanak-kanak cacat itu membuat kerja-kerja tangan mengagumkan pengunjung-pengunjung ke pusat itu; 3. perihal cergas (giat, aktif), kegiatan, keaktifan: ~nya dlm pergerakan persatuan itu mendapat perhatian pihak atasan; 4. perihal cergas (pasaran saham); 5. perihal cergas (bkn gunung berapi), keaktifan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aktif tinggi(active-high) | Sifat peranti yang akan berpindah ke keadaan aktif apabila menerima isyarat tinggi atau logik satu. | Kamus Komputer |
aktif rendah(active-low) | Sifat peranti yang akan berpindah ke keadaan aktif apabila menerima isyarat rendah atau logik sifar. | Kamus Komputer |
mengaktifkan | membuat supaya menjadi aktif; menggiatkan. keaktifan keadaan atau hal aktif. pengaktifan perbuatan atau hal mengaktifkan. pengaktif sesuatu (bahan dsb) yg mengaktifkan: ~ enzim. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aktif | 1. giat bekerja atau berusaha: Dahulu dia memang ~ dlm bidang politik, tetapi sekarang sudah bosan agaknya. 2. kuat; bertenaga: Sungguhpun ayahnya sudah berumur tujuh puluh tahun, tetapi masih ~. mengaktifkan membuat supaya menjadi aktif; menggiatkan. keaktifan keadaan atau hal aktif. pengaktifan perbuatan atau hal mengaktifkan. | Kamus Pelajar |
meristem | (Bio) tisu tumbuhan yg aktif membahagi dan terdapat pd bahagian pertumbuhan aktif spt hujung akar, pucuk, dan kambium. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sel aktif(active cell) | Sel dalam helaian elektronik yang terpilih. Kandungan sel ini boleh diolah atau diubahsuai oleh pengguna ketika sel aktif. | Kamus Komputer |
interaksi | tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain; tindak balas antara dua pihak atau lebih: Komunikasi ialah proses perhubungan atau ~ di kalangan individu. berinteraksi bertindak atau berhubungan secara aktif antara satu sama lain: Pertemuan itu memberi peluang kpd yg hadir utk ~ serta bertukar-tukar fikiran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aktif | 1. giat (bekerja, berusaha), cergas: ia sedang ~ dlm pergerakan politik; ahli-ahli jawatankuasa yg ~; 2. (Lin) menunjukkan subjek ayat melakukan sesuatu terhadap objek; ayat ~ ayat yg subjeknya melakukan sesuatu terhadap objek (mis ia memukul anjing); mengaktifkan membuat (menjadikan) aktif, menggiatkan: ~ kembali parti yg hampir mati; keaktifan kegiatan, kecergasan (bertindak, berusaha, dsb): kerana ~ dan semangatnya, hidup kembali parti kita; pengaktifan perihal (perbuatan, usaha, dsb) mengaktifkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |