Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ku] | اکو

Definisi : kata ganti nama diri pertama (selalu digunakan dlm perhubungan yg akrab antara sesama kawan dan antara manusia dgn Allah tetapi agak kasar jika digunakan ketika berbicara dgn orang yg harus dihormati). beraku menyebut “aku” sbg kata ganti nama diri pertama: Tidak sopan jika kita ~ apabila bercakap dgn orang-orang tua. mengaku 1 membuat pernyataan atau pengesahan ttg diri sendiri: Dia tidak tahu menggunakan bahasa Melayu dgn betul tetapi ~ sbg ahli bahasa. 2 mengatakan “ya” ttg sesuatu tuduhan, kesalahan dsb: Dia enggan ~ bahawa dia telah membocorkan rahsia itu. 3 menganggap sbg: ~ bapa; ~ anak. mengakui 1 mengaku akan; menyatakan sesuatu sbg benar: Pemuda itu telah ~ segala kesalahannya. 2 menerima sbg sah; membenarkan: Kerajaan Malaysia telah ~ kerajaan Bangladesh. memperakukan menjadikan sesuatu dpt diakui (kebenarannya dll): Pihak Sirim perlu ~ mutu setiap barang keluaran dlm negara. akuan segala sesuatu yg diakui: ~nya itu telah ditolak kerana tidak disertai keterangan yg cukup. perakuan hasil atau hal memperakukan: ~ pihak Sirim perlu didapatkan sebelum sesuatu barang boleh dijual kpd pengguna. pengakuan hal (perbuatan dsb) mengaku atau mengakui; pengesahan: ~ negara-negara maju utk membantu negara-negara yg sedang membangun itu sangat menggembirakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aku

Puisi
 

Jeling-jeling paku,
     Paku masak lemak;
Siapa jeling aku,
     Aku cakap pada emak.


Lihat selanjutnya...(70)
Peribahasa

Aku alah engkaulah menang.

Bermaksud :

Tidak mahu mengaku kalah.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sebodoh-bodohbagaimana bodoh sekalipun: ~ aku, aku tidak akan menyerah kalah begitu sajaKamus Pelajar Edisi Kedua
bersalahberbuat sesuatu yg salah; ada salahnya: Jika aku ~, aku minta maaf.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dewek(déwék) Jw ark bp sendiri, diri sendiri; aku ~ aku sendiri.Kamus Dewan Edisi Keempat
berhabis wangbanyak membelanjakan wang dgn sia-sia (membazir), mengeluarkan wang (dgn banyaknya) sehingga kesempitan: biar aku ~, biar aku papa, asalkan hati aku puas, asalkan aku tidak malu; ~ tenaga (waktu) membuang-buang tenaga (waktu);Kamus Dewan Edisi Keempat
berhabis= ~ wang banyak membelanjakan wang dgn sia-sia (membazir), mengeluarkan wang (dgn banyaknya) sehingga kesempitan: biar aku ~, biar aku papa, asalkan hati aku puas, asalkan aku tidak malu; ~ tenaga (waktu) membuang-buang tenaga (waktu);Kamus Dewan Edisi Keempat
reputasi(réputasi) 1. nama baik: aku mem­punyai pengikut, aku mempunyai ~, aku sudah menjadi tokoh politik; 2. perbuatan dll yg menyebabkan nama baik.Kamus Dewan Edisi Keempat
suka1 perasaan senang atau perasaan gembira: Hanya engkaulah sahabatku dlm ~ dan duka. 2 = ~ hati (berasa) senang hati; (berasa) gembira; girang: Aku tidak ~ tinggal di kampung ini. 3 mahu mengerjakan sesuatu; gemar akan sesuatu; berkenan akan sesuatu: Aku boleh pergi bila-bila aku ~. Aku tidak ~ engkau mengganggu mereka. 4 menaruh perasaan kasih atau sayang: Tidak ada ibu yg tidak ~ akan anak-anaknya. bersuka-suka bergembira; bersenang-senang: Pd ketika itu, baginda telah pergi ke Rembau ~ beberapa lama. bersuka-sukaan 1 bergembira beramai-ramai (dgn makan minum, nyanyian dsb): Setelah itu menteri Kelahan pun berjamu makan minum ~ tiga empat hari lamanya. 2 bercinta-cintaan (antara lelaki dan perempuan). menyukai 1 suka akan; menggemari; meminati: Kanak-kanak sangat ~ filem kartun. 2 menaruh kasih kpd; suka kpd; menyayangi: Banyak gadis yg ~nya. menyukakan menyebabkan menjadi suka; menjadikan suka; menggirangkan hati; menggembirakan: Apa yg ~ engkau tinggal di kampung ini? kesukaan 1 keadaan atau rasa suka; kegembiraan: Mereka bermain beramai-ramai dgn penuh ~. 2 apa-apa yg disukai; apa-apa yg menyukakan; kegemaran; kemahuan: ~nya pd waktu lapang ialah memancing.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pokaibp tidak ada wang lagi, sudah kehabisan wang: engkau hendak pinjam drpd aku, macam mana aku hendak beri sebab aku pun dah ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyetirmemandu (kereta): aku kira aku sudah tidak boleh lagi ~ sendiri;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengetahui1 tahu akan sesuatu; memaklumi: Sekarang barulah aku ~ mengapa aku dipanggil. 2 tahu dan faham setelah melihat atau mengalaminya: Drpd peristiwa buruk yg menimpa rakyat Jepun di Hiroshima dan di Nagasaki itu, dapatlah kita ~ betapa kuatnya kuasa bom atom itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas