akua regia | ist campuran yg terdiri drpd asid nitrik pekat dan asid hidroklorik pekat, yg berwarna kuning dan sangat mengakis. Campuran ini boleh melarutkan platinum, perak dan emas, dan merupakan agen pengoksidaan yg kuat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
akua | ist bkn air atau larutan akueus: Larutan ~ yg mengandungi ion boleh mengalirkan elektrik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
akua regia | (Kim) campuran yg sangat menghakis dan terdiri drpd satu isi padu asid nitrik pekat dgn empat isi padu asid hidroklorik pekat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akua | (Kim) bkn air atau larutan akueus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
subakua | (sub.akua) berkaitan dgn sukan di bawah permukaan air: kelab ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
palung ikan | bekas atau kotak drpd kaca tempat memelihara ikan, akuarium. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
palung | 1. tanah lekuk yg bertakung air, paluh; 2. petak atau kotak tempat makan (minum) binatang (kuda, lembu, dll), lawak-lawak; 3. sj saluran panjang yg berpetak-petak tempat mengasingkan bijih drpd batu-batu dll; 4. saluran air (drpd buluh dll); 5. Kd sj bekas utk mengisi semaian; ~ ikan bekas atau kotak drpd kaca tempat memelihara ikan, akuarium. | Kamus Dewan Edisi Keempat |