Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar Yang Akhir dan Tiada Kesudahan (satu drpd 99 nama Allah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata al-Akhir


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
al-AkhirAr Yang Akhir dan Tiada Kesudahan (satu drpd 99 nama Allah).Kamus Dewan Edisi Keempat
kitabAr 1. buku suci (yg mengandungi perkara­perkara keagamaan spt hukum, ajaran, dll): Quran ialah ~ yg akhir drpd Allah; ~ Allah al-Quran; ~ Injil kitab yg diturunkan kpd Nabi Isa; ~ suci a) = kitabul-kudus kitab mengenai hal-hal agama (spt al-Quran dll); b) kitab Injil dan Taurat; ~ Taurat kitab yg diturunkan kpd Nabi Musa; ~ Zabur kitab yg diturunkan kpd Nabi Daud; 2. ark buku (mengenai berbagai­-bagai perkara): maka adalah aku karangkan akan ~ ini darihal hikayat diriku; ~-kemitab berbagai-bagai kitab; ~ loghat ark buku yg mengandungi perkataan-perkataan dan ertinya, kamus; ~ ramalan buku yg digunakan utk melihat nasib atau mengetahui sesuatu yg akan berlaku; ~ turutan buku pelajaran huruf atau bahasa Arab peringkat permulaan; berkitab memakai (mempunyai) buku suci; tidak ~ tidak berpandu kpd kitab, tidak beragama, kafir; pengitaban; ~ hukum Id pengumpulan dan penyusunan hukum (undang-undang).Kamus Dewan Edisi Keempat
nabiAr 1. orang yg dipilih Allah utk menerima wahyu daripada-Nya utk dirinya sendiri dan tidak diwajibkan menyampaikan wahyu itu kpd orang lain: Muhammad ialah ~ yg ter­akhir; 2. = al-Nabi Nabi Muhammad SAW; kenabian yg berkaitan (berhubungan) dgn nabi: Nabi Muhammad seorang manusia biasa yg diutus oleh Allah sbg pesuruh dgn mukjizat ~nya; sudah pasti tidak ada darjah yg lebih tinggi drpd darjah ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
masdarAr tempat terbit, sumber, punca: al-Qu-ranlah yg dijadikan ~ dan rujukan yg akhir-nya mencipta bahasa Melayu moden.Kamus Dewan Edisi Keempat
peringkat1. batas yg sudah dicapai (dlm se­suatu kerja, kegiatan, perundingan, dll), ting­kat (dlm perkembangan sesuatu), tahap: kerja membuka ladang baru itu sudah sampai ke ~ akhir, iaitu memulakan penanaman pokok getah dan lain-lain; 2. bahagian (darjat, ke­las, taraf) sesuatu kedudukan (keadaan, ke­majuan, dll): kerajaan mempertimbangkan kepentingan rakyat yg di ~ rendah serta yg berkedudukan tinggi; berperingkat bertingkat, bertahap, berkelas (berpangkat, bertaraf), berperenggan: contoh kira-kira yg diberikan oleh guru hendaklah ~, drpd yg senang kpd yg susah; berperingkat-peringkat peringkat demi pe­ringkat, menurut atau ada peringkatnya (tidak sekali gus) bertahap-tahap: al-Quran diturunkan ~; setiap manusia mempunyai tugas kepimpinan, namun kepimpinan itu ~; memeringkatkan menjadikan peringkat, membahagikan atau menyusun dsb mengikut peringkat-peringkat tertentu: pelajaran yg diberi hendaklah diperingkatkan menurut kebolehan murid-murid; pemeringkatan perbuatan memeringkatkan sesuatu: sebilangan kecil negara saling bertindak tanpa adanya satu ~.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas