alangkah | 1. kata yg melahirkan rasa kagum, hairan, dsb: ~ cantiknya bunga-bungaan di taman itu; 2. betapa: ~ (baik, buruk, besar, kecil, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cabar | penakut; pengecut: Alangkah ~ rupanya tuan, tidak spt Raja Pahlawan. mencabar 1 menyuruh seseorang melakukan sesuatu jika berani: Beliau telah ~ pegawai itu supaya mengulang tuduhan tsb. 2 mengajak berlawan utk menentukan siapa yg lebih kuat (lebih pandai dsb); menantang. 3 memerlukan ketabahan, kecekalan, keberanian dsb: tugas yg ~. 4 mempersoalkan sah atau tidaknya (keputusan, pengadilan dll): Tidak seorang pun yg boleh ~ keputusan mahkamah. cabaran 1 ajakan utk berlawan; tantangan. 2 sesuatu yg mencabar: Hidup ini penuh dgn ~. pencabar orang yg mencabar; penantang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
betapa | 1. peri, alangkah: sekarang dia menyedari ~ mustahaknya papan tanda tersebut; ~ senangnya hati anak negeri; 2. sesuai dgn, seperti: maka nenek kebayan pun bersiaplah ~ adat kahwin anak raja besar-besar; 3. bagaimana, dgn cara apa: ~ halnya kita hendak membawa dia ke rumah sakit sedangkan kita tidak mempunyai kenderaan; 4. meskipun: ~ dicarinya, tidak juga ditemukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rakus | 1. gelojoh, lahap: alangkah ~nya ia memakan juadah itu; 2. ki selalu hendak banyak-banyak, loba, serakah, tamak: ~ akan kekayaan; sangat ~ dan loba terhadap bahan-bahan hidup; kerakusan 1. kegelojohan, kelahapan: ia tahu benar akan perangai pemuda itu, pantang larangnya, kekuatannya, kelemahannya, ~nya, dll; 2. kelobaan, ketamakan: utk mengubah sikap dan ~ peribadi kpd sikap berbudi bahasa dan berkasih sayang; perakus orang yg sangat rakus (gelojoh, loba, tamak, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cabar | penakut; pengecut: Alangkah ~ rupanya tuan, tidak spt Raja Pahlawan. mencabar 1. menyuruh seseorang melakukan sesuatu jika berani: Beliau telah ~ pegawai itu supaya mengulang tuduhan tsb. 2. mengajak berlawan utk menentukan siapa yg lebih kuat (lebih pandai dsb); menantang. 3. memerlukan ketabahan, kecekalan, keberanian dsb:tugas yg ~. 4. mempersoalkan sah atau tidaknya (keputusan, pengadilan dll): Tidak seorang pun yg boleh ~ keputusan mahkamah. cabaran 1. ajakan utk berlawan; tantangan. 2. sesuatu yg mencabar: Hidup ini penuh dgn ~. pencabar orang yg mencabar; penantang. | Kamus Pelajar |
merasai | 1. mengecap (makanan, minuman, dll), mencicip: alangkah puas hatinya ~ makanan masakan ibunya; rasai dulu kopi itu sebelum dihidangkan; 2. menikmati (kesenangan, kemewahan, kebahagiaan, dll): kesenangan dan kemewahan hidup yg dirasainya itu ialah drpd harta isterinya; belum pernah ia ~ hidup senang spt orang-orang lain; 3. menderita (kesusahan, sengsara, dll): barulah hamba ~ sengsara hidup di dlm penjara; mereka akan ~ duka nestapa yg tidak terkira-kira lagi; rasai olehmu balasan kekasaran tingkahmu; 4. = merasa-rasai meraba-rabai (menjamah-jamah) hendak mengetahui dgn tangan dll: rasa-rasai dahulu dgn kakimu sama ada dalam atau tidak sungai itu; 5. ki menduga (mengajuk, mengkaji, meninjau, dll) hati orang dll: drpd air mukanya, kita dapat ~ apa yg terkandung dlm hati perutnya; syor-syornya itu harus dirasa-rasai dulu sebelum dibuat keputusan; 6. mengalami rasa dlm hati (batin): dirasainya cintanya pd wanita itu kian lumpuh; 7. sl menyedari, menginsafi: duduk di Mesir kira-kira tiga bulan lamanya itu pun tiada dirasai oleh Laksamana; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkubukan | menjadikan (menggunakan) sesuatu sbg kubu: jika kita ~ batang pisang alangkah baiknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertambul | dihidangkan dgn tambul: sayang kita minum ini tiada ~, jika ada gerangan tambulnya alangkah baiknya; tambur II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perit | 1 (be)rasa sakit spt yg dirasai ketika ditampar kuat-kuat dll. 2 ki tidak senang; susah: Alangkah ~nya kehidupan mereka sejak kematian ayah dan ibu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gundah | 1 perasaan sedih atau bimbang; dukacita: Badannya menjadi kurus kering kerana menyimpan ~ dlm hatinya. 2 berasa rindu: Alangkah ~nya kita akan Laksamana. ~-gulana tersangat sedih sehingga badan menjadi lesu. menggundahkan menyebabkan berasa gundah; menyedihkan hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |