menyelimut | menutup badan dgn selimut: Alia ~ Adam dgn cadar itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selimut | kain yg digunakan utk menutup badan ketika tidur supaya tidak kesejukan; kain gebar. berselimut memakai atau menggunakan selimut; berselubung dgn selimut: Busu tidak suka tidur ~. berselimutkan menggunakan sesuatu sbg selimut: Dia ~ sehelai kain batik lepas. menyelimut menutup badan dgn selimut: Alia ~ Adam dgn cadar itu. menyelimuti 1 menjadi sbg selimut pd; menyelubungi sesuatu sbg selimut: Sehelai kain cadar ~ tubuhnya yg gempal. 2 ki menutupi atau menyelaputi: Selepas itu, kelihatan awan tebal ~ puncak bukit. menyelimutkan menggunakan atau mengenakan sesuatu sbg selimut (pd tubuh dll): Dia ~ kain pelikat pd adiknya yg kedinginan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |