alih-alih | dgn tidak disangka-sangka, tetapi: katanya ia sakit, ~ saya berjumpa dengannya di pasar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
top-top | bp alih-alih, sekonyong-konyong, tiba-tiba; ~ kena roboh tiba-tiba kena roboh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rupanya | 1. rupa; 2. nampaknya, (kalau) mengamat-amati keadaannya (bentuknya, kelakuannya, dll): ~ kita akan berhari raya pd hari Sabtu; ~ Marsdenlah orang yg mula-mula sekali menggunakan perkataan “utas” dlm kamusnya; 3. agaknya, kiranya, barangkali, gerangan, konon: siapa pula ~ yg suka mencoret-coret dinding ini? 4. kiranya, alih-alih, sebenarnya, sebetulnya: kusangka ia sedang membaca dlm bilik, ~ tidur; spt dicanai ~ prb perihal keelokan sesuatu benda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kiranya | 1. pd anggapannya (sangkanya): ~ orang tidak tahu kecurangan yg dilakukannya; 2. hendaknya, semoga, mudah-mudahan: barang dilanjutkan Allah Taala ~ umur Duli Yang di-Pertuan; 3. = jika (kalau) ~ = sekiranya kalau, kalau-kalau, seandainya: maafkan kami ~ kami mengganggu; jikalau ~ ada Hang Tuah hidup, adakah ampun duli tuanku akan dia? 4. barangkali, agaknya, rasanya, rupanya: dilambaikannya tangannya, dgn segera aku pegang, ~ tangan itu sangat panas; Oh, karya As ~! 5. alih-alih, rupa-rupanya: kujangka sudah banyak yg ada di sana, ~ aku yg pertama tiba; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ambil alih | ; mengambil alih menggantikan orang atau pihak lain mengendalikan (menguasai dsb) sesuatu; pengambilalihan hal (perbuatan, tindakan) mengambil alih: ~ tanah drpd petani telah dibuat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
balik alih | ; membalik alih mengalih letak sesuatu supaya terbalik (songsang) keadaannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
balik alih | ; membalik alih mengalih letak sesuatu supaya terbalik (songsang) keadaannya. | Kamus Pelajar |
rupa | 1. perihal sesuatu benda yg kelihatan dr luar, sifat sesuatu pd lahirnya: kepala binatang itu ~nya spt kuda; tidak memandang ~ tidak mempedulikan keadaan dr luar, tidak mengendahkan; ~ bentuk rupa dan bentuk (sifat dan keadaan) sesuatu (benda); 2. = ~ muka rautan muka, paras muka, roman muka, tampang muka: perempuan yg elok ~nya; ada ~ cantik; 3. apa yg tampak (kelihatan), wujud: tamsil spt matahari dgn cahaya dgn panas, namanya tiga, ~nya tiga, hakikatnya satu juga; 4. bangun, bentuk, tokoh: menara itu ~nya spt roket; dapatlah kuturut ~ huruf sedikit-sedikit tetapi dgn kasarnya; 5. bagai, jenis, macam: siap sedia segala ~ juadah utk hari raya; mengapa gerangannya hal ini demikian ~;~ bangsa a) kerakyatan, kewarganegaraan; b) sifat-sifat (cara hidup dll) bangsa; ~ bumi lukisan atau gambaran bentuk muka bumi pd peta, topografi; ~ taip muka taip; ~ boleh diubah, tabiat dibawa mati prb terlalu susah hendak mengubah tabiat; ~ harimau hati tikus prb nampaknya gagah berani tetapi sebenarnya penakut; bagai ~ orang terkena beragih prb muka masam kerana rugi dll (ketika berbagi barang-barang syarikat); indah khabar dr ~ prb khabar selalunya lebih baik drpd keadaan sebenarnya; rupanya 1. rupa; 2. nampaknya, (kalau) mengamat-amati keadaannya (bentuknya, kelakuannya, dll): ~ kita akan berhari raya pd hari Sabtu; ~ Marsdenlah orang yg mula-mula sekali menggunakan perkataan “utas” dlm kamusnya; 3. agaknya, kiranya, barangkali, gerangan, konon: siapa pula ~ yg suka mencoret-coret dinding ini? 4. kiranya, alih-alih, sebenarnya, sebetulnya: kusangka ia sedang membaca dlm bilik, ~ tidur; spt dicanai ~ prb perihal keelokan sesuatu benda; serupa 1. satu rupa (jenis, keadaan, macam, dll): Viva dan Opel Kadet ~ sahaja; 2. sama rupanya (bangunannya, bentuknya, warnanya), semacam, seragam: pelanduk dua ~; pakaian ~ pakaian seragam; 3. tidak berbeza, sama (dgn), bersamaan (dgn), sama sahaja: kamu akan mendapat jawaban yg hampir ~ dgn apa yg ditunjukkan; dewan kedua ialah Dewan Rakyat dan ini adalah ~ dgn “House of Commons”; 4. sebagai, selaku, seperti: langkahnya ~ orang besar; 5. (Mat) sama bangunnya (bentuknya), sebangun: rajah segi tiga ~ ABC dan XYZ; berserupa sama rupanya, bersamaan; menyerupa Mn berlagak atau berlaku spt, merupakan diri spt, menyamar (menyaru) spt; menyerupai 1. serupa dgn, mirip dgn, hampir menyamai, mengarah-arahi: hulunya diperbuat drpd kayu, bengkok di hujungnya dan ~ bentuk hulu pistol; 2. sama dgn, menyamai: Tuhan bersifat sedia dan kekal, mustahil Ia ~ benda-benda yg baharu; sungguhpun ia bergelar Presiden tetapi ia tidaklah ~ kedudukan Presiden Amerika; 3. Jk meniru(-niru), menyama-nyamai: lakunya ~ orang tuanya; menyerupakan 1. menjadikan serupa (dgn), menyamakan (rupanya, aturannya, dll): sistem dan kadar kutipan zakat itu haruslah diserupakan; 2. mengatakan sama (dgn), menganggap sama (dgn), memisahkan sama (dgn): ia diserupakan dgn kanak-kanak sekolah menengah sahaja; keserupaan kesamaan rupa: sebutan dua ~ dlm cara pembiakan ayam dan katak; perserupaan persamaan rupa, persesuaian, persetujuan; rupa-rupa berbagai-bagai, bermacam-macam (rupa, bentuk): dikumpulnya ~ barang lama; rupa-rupanya 1. agaknya, barangkali, kalau-kalau, kiranya: ~ rundingan damai di Paris itu tidak sampai ke mana; 2. sebaliknya, melainkan: yg disangkanya boleh mendatangkan keberuntungan ini ~ tidak demikian jadinya; berupa 1. ada rupanya yg boleh dilihat (nyata, kelihatan), wujud: roh ialah suatu kejadian Allah yg tidak ~; 2. rupanya, bentuknya (bangunnya) sbg: lambang negaranya ~ sebuah bintang berbucu tiga belas; 3. terjadi drpd, terdiri drpd: memberi bantuan yg ~ mata benda; 4. elok rupanya, cantik: bakal isterinya itu hendaklah orang yg berbangsa dan ~; 5. dlm keadaan (bentuk): undang-undang yg diluluskan oleh mereka itu biasanya ~ rangka yg mengandungi dasar undang-undang yg kasar sahaja; 6. berkelakuan, berperangai: orang yg sistem sarafnya terganggu itu ~ spt orang mabuk; berupa-rupa berbagai-bagai, bermacam-macam, berjenis-jenis; merupa 1. menjadi ada, berwujud, memperlihatkan diri (hantu, jin, roh, dll); 2. nampak membayang (dlm mimpi, angan-angan, dll); merupai menyerupai (mengarah-arahi, mirip dgn): rajah itu tidak ~ bulatan tetapi lebih mendekati segi empat bujur; merupakan 1. membentuk (membuat, menjadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi, membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4. ki melambangkan, melukiskan, menggambarkan: Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yg dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yg ~ fikiran yg dibuat drpd satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya spt (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung Ledang ~ dirinya spt perempuan tua; ia dapat ~ dirinya spt harimau; b) berlagak (berlaku dll) sbg: dgn ~ dirinya sbg seorang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu; terupa boleh dirupakan (diwujudkan, diangan-angankan): ~ di hadapannya wajah anaknya yg nakal itu; tidak ~ oleh akal tidak masuk akal; rupa-rupaan sl ark rupa-rupa, berbagai-bagai (rupa). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alih | ; beralih 1 bertukar ke tempat lain; berpindah: Pejabat tsb telah ~ dr Jalan Pudu ke Jalan Ampang. 2 berganti dgn yg lain; berubah kpd (dgn) sesuatu yg lain: Setelah selesai acara yg pertama, mereka pun ~ ke acara yg berikutnya pula. ~ akal berubah akal atau pendapat. ~ angin a. pergi ke sesuatu tempat utk berehat-rehat. b. bertukar tempat tinggal atau tempat kerja. ~ haluan mengikut haluan yg baru. ~ musim berganti musim. ~ rumah berpindah rumah. mengalih 1 membuat supaya beralih; menukar; mengganti. 2 menukarkan tempat; memindahkan: Ibu telah ~ pasu bunga itu dr luar rumah ke dlm rumah. 3 mengganti sesuatu dgn yg lain; mengubah: Apabila kami sampai, mereka ~ perbualan mereka dgn yg lain. ~ langkah menukar pekerjaan. ~ nama menukar nama dgn nama yg lain. ~ sila mengubah cara duduk. peralihan perubahan drpd sesuatu keadaan kpd keadaan yg lain; pergantian. pengalihan perbuatan atau hal mengalih. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
alih bahasa | pertukaran drpd satu bahasa kpd bahasa yg lain, penterjemahan; mengalihbahasakan menterjemahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |