Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; mengalir 1. bergerak berterusan (bkn air, cecair, tenaga elektrik, dll): air sungai ~ ke laut; darah ~ keluar drpd luka di kepala­nya; 2. bergerak perlahan-lahan dan sedikit-sedikit, meleleh (bkn air mata, peluh, dll): air matanya ~ juga dlm suram-suram cahaya; 3. bergerak melalui atau menerusi kawat (bkn arus atau tenaga elektrik); 4. bergerak keluar atau masuk (dr sebuah negara ke negara lain dsb), berpindah banyak-banyak (ke negara atau tempat lain): emas ~ ke luar negeri; mengaliri Id mengalir ke (sesuatu kawasan, daerah, dll): air bendungan itu dapat ~ daerah yg luas; mengalirkan 1. menyebabkan (menjadi­kan) mengalir, menyalurkan (air dll) ke: maksud bendungan ini ialah utk ~ air ke sawah; pertempuran yg ~ darah; 2. menye­babkan bergerak (di air), menghanyutkan: ~ rakit; 3. menyalurkan (cita-cita, kegiatan, dsb), mengarahkan; aliran 1. gerakan mengalir (bkn air, tenaga elektrik, dll): ~ air sungai menuju ke laut; ~ tenaga elektrik; 2. gerakan keluar atau masuk biasanya banyak-banyak (dr sebuah negara ke negara lain dsb): ~ emas ke luar negeri; 3. saluran (spt paip air, dawai elektrik, dll) tempat mengalirnya sesuatu: ~ sungai itu selalu berpindah-pindah; 4. haluan pemikir­an (pendapat), mazhab (politik, pandangan hidup, dll); ~ falsafah moden pandangan (haluan) falsafah moden; ~ komunis pendapat atau pemikiran komunis; ~ zaman pandangan hidup masa tertentu; 5. jalan (cerita dsb): cerita ini kutuliskan secara roman sejarah, tetapi ~nya kusesuaikan dgn kisah pepe­rangan Kedah; 6. arah perkembangan, ke­cen­derungan atau kemungkinan (hala sesuatu perkembangan): ~ puisi tahun enam puluhan; ~ pasaran getah; 7. yg termasuk dlm sesuatu golongan yg khusus atau tertentu (bkn pem­bahagian atau pengelasan pelajar atau pelajar­an dsb), sekolah menengah ~ Melayu; pelajar-pelajar ~ sains; ~ tunai penerimaan dan pem­bayaran wang tunai; beraliran berhaluan pendapat (politik, pan­dangan hidup dll): lunas itu ~ utk mendirikan suatu negara sosialis; pengaliran perihal (perbuatan, usaha dsb) mengalirkan, penyaluran (air, arus elektrik, dll), pemindahan (emas, modal dsb): ~ air ke sawah padi; ~ emas ke luar negeri dilarang oleh kerajaan; pengalir sesuatu yg (digunakan utk) meng­alir­kan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alir I


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berkincir; ~ alir = kincir alir Mn pintar (cekap) dlm menjawab dll;Kamus Dewan Edisi Keempat
pencarta alir(flowcharter)1. Atur cara yang berfungsi menjanakan carta alir secara automatik daripada kod mirip yang diberikan. 2. Orang yang bertanggungjawab menghasilkan carta alir. Biasanya nama pencarta alir disertakan dalam carta alir untuk membolehkan pihak bermasalah membuat rujukan.Kamus Komputer
penyambung keluar(out connector)1. Palam yang digunakan untuk menyalurkan output liang komputer pada peranti output. 2. Lambang carta alir yang digunakan untuk menyatakan tempat carta alir diputuskan untuk pergi ke tempat sambungan carta alir yang lain. Penyambung ini digunakan kerana kertas lukisan carta alir telah penuh dan tidak dapat menampung semua bahagian, atau carta alir telah dipecahkan kepada beberapa modul.Kamus Komputer
alir IIsj pancing utk menangkap buaya; me­nah­an ~ memasang tali alir; mengalir menangkap buaya dgn tali alir.Kamus Dewan Edisi Keempat
templat carta alir(flowchart template)Kepingan plastik atau logam yang mempunyai acuan lambang carta alir terpotong padanya. Templat ini digunakan sebagai alat bantu untuk membolehkan pengguna melukis carta alir dengan lebih kemas.Kamus Komputer
garis alir(flowline)Garis dalam carta alir yang menunjukkan arah aliran proses.Kamus Komputer
carta alir automatik(automated flowchart)Carta alir yang dilukis secara automatik oleh komputer daripada kod mirip yang diberikan.Kamus Komputer
gambar rajah alir(flow diagram)Lihat carta alir.Kamus Komputer
teks carta alir(flowchart text)Keterangan yang mengiringi lambang carta alir.Kamus Komputer
simbol carta alir(flowchart symbol)Simbol khas yang digunakan untuk membentuk carta alir bagi mewakili pengendalian, data, aliran, atau perkakasan.Kamus Komputer
12345

Kembali ke atas