alkana | ist kumpulan sebatian hidrokarbon alifatik tepu yg atom-atom karbonnya mempunyai ikatan tunggal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
alkana | (Kim) kumpulan sebatian hidrokarbon alifatik yg atom-atom karbonnya mempunyai ikatan tunggal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
oktana | ist hidrokarbon alkana yg terdapat dlm petroleum, digunakan dlm sintesis organik dan sbg bahan pelarut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
oktana | (Kim) hidrokarbon alkana cecair yg terdapat dlm petroleum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siri homolog | (Kim) siri sebatian karbon drpd jenis yg sama dan diwakili satu formula am (mis alkana dan alkena); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hidrokarbon alifatik | hidrokarbon yg atom-atom karbonnya tersusun dlm bentuk rantai lurus atau rantai bercabang (mis alkana, alkena, dan alkuna); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
formula am | (Kim) formula yg melambangkan kumpulan sebatian organik secara umum, dgn menggunakan lambang sbg ganti bilangan atom (mis alkana dilambangkan sbg CnH2n+2); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemeruapan | 1. (Kim) keadaan atau sifat sesuatu bahan atau cecair yg cepat bertukar menjadi wap: setiap pecahan minyak mentah mengandungi alkana yg mempunyai kelikatan dan ~ yg berbeza; 2. (Eko) darjah perubahan harga sesuatu sekuriti atau pasaran sama ada menaik atau menurun dgn cepat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
formula am | ist formula kumpulan sebatian organik secara umum yg dilambangkan dgn menggunakan huruf dan angka sbg ganti bilangan atom, mis formula am bagi alkana ialah CnH2n+2. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hidrokarbon | (Kim) sebatian organik yg terdiri drpd unsur-unsur hidrogen dan karbon; ~ alifatik hidrokarbon yg atom-atom karbonnya tersusun dlm bentuk rantai lurus atau rantai bercabang (mis alkana, alkena, dan alkuna); ~ siklik hidrokarbon yg sebahagian atau kesemua atom karbonnya tersusun dlm bentuk gelang tertutup; ~ tak tepu hidrokarbon yg mengandungi sekurang-kurangnya satu ikatan ganda dua dan/atau satu ikatan ganda tiga di antara atom-atom karbonnya; ~ tepu hidrokarbon yg unsur karbonnya terikat antara satu sama lain dgn ikatan tunggal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |