alkena | /alkéna/ ist kumpulan sebatian hidrokarbon alifatik tak tepu yg atom-atom karbonnya mempunyai satu atau lebih ikatan ganda dua. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
alkena | (alkéna) (Kim) kumpulan sebatian hidrokarbon alifatik yg atom-atom karbonnya mempunyai satu ikatan ganda dua atau lebih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penghidratan | (Kim) 1. penghasilan ion drpd molekul air dgn sesuatu bahan; 2. tindak balas penambahan air kpd alkena utk menghasilkan alkohol, atau kpd alkuna utk menghasilkan keton. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hidrokarbon alifatik | hidrokarbon yg atom-atom karbonnya tersusun dlm bentuk rantai lurus atau rantai bercabang (mis alkana, alkena, dan alkuna); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siri homolog | (Kim) siri sebatian karbon drpd jenis yg sama dan diwakili satu formula am (mis alkana dan alkena); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hidrokarbon | (Kim) sebatian organik yg terdiri drpd unsur-unsur hidrogen dan karbon; ~ alifatik hidrokarbon yg atom-atom karbonnya tersusun dlm bentuk rantai lurus atau rantai bercabang (mis alkana, alkena, dan alkuna); ~ siklik hidrokarbon yg sebahagian atau kesemua atom karbonnya tersusun dlm bentuk gelang tertutup; ~ tak tepu hidrokarbon yg mengandungi sekurang-kurangnya satu ikatan ganda dua dan/atau satu ikatan ganda tiga di antara atom-atom karbonnya; ~ tepu hidrokarbon yg unsur karbonnya terikat antara satu sama lain dgn ikatan tunggal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hidrat | (Kim) sebatian drpd air dgn sebatian atau unsur lain; menghidratkan 1. (Kim) menyebabkan sesuatu bergabung dgn air secara kimia; 2. menjadikan sesuatu lembap: penyegar muka ~ kulit dgn lembut; penghidratan (Kim) 1. penghasilan ion drpd molekul air dgn sesuatu bahan; 2. tindak balas penambahan air kpd alkena utk menghasilkan alkohol, atau kpd alkuna utk menghasilkan keton. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siri | rangkaian sesuatu yg sama (spt cerita, buku, peristiwa, dll) yg dikeluarkan (diadakan, disiarkan, dll) berturut-turut: inilah ceramah yg kedelapan dlm ~ ceramah ilmiah; ~ aktinid (Kim) siri unsur radioaktif dlm jadual berkala, bermula dgn aktinium dan berakhir dgn lawrensium; ~ homolog (Kim) siri sebatian karbon drpd jenis yg sama dan diwakili satu formula am (mis alkana dan alkena); ~ lantanid (Kim) siri lima belas unsur logam dlm jadual berkala, bermula dgn lantanum dan berakhir dgn lutetium; nombor ~ nombor (bilangan) yg berturut-turut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |